Mrslilydaisy (A)
5 stories
M E L M A W A R [COMPLETED] by itsnazshabs
itsnazshabs
  • WpView
    Reads 126,166
  • WpVote
    Votes 7,836
  • WpPart
    Parts 54
Garapan ke-4 Spin-off of PALOMA COMPLETED💚
Cinta Kerana Dia..[✅Completed] by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 1,959,574
  • WpVote
    Votes 64,465
  • WpPart
    Parts 65
@Choco_Lyn @CintaKeranaDia @2018 @storyke-7@Romantic @Best Engku Adrian Faizur adalah lelaki yang amat aku cinta dan aku sayang. Setelah tiga tahun bercinta, rasa sayang aku pada dia makin lama makin tebal sampai aku rasa yurp.. dialah THE ONE dalam hidup aku tanpa aku sedar sebenarnya aku adalah THE ONE yang kacau jalan cintanya dengan Amirah. Bila dengan aku, dia tak tunjuk yang dia sedang berlakon cinta namun hakikatnya itulah apa yang Engku Adrian rasa sehinggalah akhirnya ibu bapanya mendesak untuk melangsungkan perkahwinan. Engku Syah Taufiq, didesak sebagai pengganti. Kalau boleh, mahu saja dia menolak tapi ada benda yang Engku Adrian simpan dan buatkan dia tidak mampu membantah. Kerana rahsia itu, Engku Syah sanggup jadi pengganti sebagai pengantin lelaki. Apa kau rasa bila kau dikahwinkan dengan lelaki yang bukan kau cinta? Makin sakit bila kau tahu perkara yang sebenar? Mungkin ke.. aku patut mengalah dan tamatkan perkahwinan yang langsung tak mendatang kan apa-apa faedah? 'Jangan pernah harap, saya akan cintakan awak.'- Huraifah Farihah. 'Then, aku takkan berharap.'-Engku Syah Taufiq. ...
The Poison Blood: ACE  [COMPLETE] by fleur_fleura
fleur_fleura
  • WpView
    Reads 24,372
  • WpVote
    Votes 1,319
  • WpPart
    Parts 37
[TAKE THE RISK OR LOSE THE CHANCE] Satu demi satu kematian yang di hadapi oleh Ace akan menemukan Ace dengan Bunga Red Spider Lily. 'Atau lebih dikenali sebagai Bunga Kematian' Apakah kaitan bunga itu dengan dirinya. Adakah diri dia di perhatikan oleh seseorang?. Pembunuhan demi pembunuhan kaum Hera melibatkan Kaum Ruth. Setiap penyeksaan yang di alami oleh kaum Hera meninggalkan dendam di dalam diri mereka kerana bilangan kaum itu semakin pupus . Demi menyelamatkan Kaum itu sering dibunuh, Ace dan rakan-rakanya cuba untuk mencari dalang di sebalik pembunuhan Kaum Hera. Satu demi satu bukti dikumpul namun masih membawa mereka ke jalan buntu. Namun kerana satu penyiasatan di pasar gelap terbesar yang telah mengaburi pihak atasan dengan kegiatan haram yang mereka lakukan membawa jalan keluar tetapi banyak nyawa yang harus terkorban. Pasar gelap yang menjadi salah satu punca ekonomi bagi kaum Ruth terbongkar sisi gelapnya kerana aktiviti yang mereka lakukan sangatlah kejam. Dendam yang lama membara dalam diri Ace mengukuhkan lagi tujuan dia hidup demi membalas dendam. Adakah Ace dan rakan-rakannya berjaya menyelamatkan Kaum Hera dari dibunuh?
Rahsia Hati Kita [C] by nrecha
nrecha
  • WpView
    Reads 238,112
  • WpVote
    Votes 18,747
  • WpPart
    Parts 34
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA start: 25 April 2024 end: 24 September 2024 Bagi dunia, Raihana Mikaila hanyalah gadis yang tidak cukup cantik untuk dihargai. Di sekolah, dia menjadi mangsa buli kerana tubuhnya yang gemuk dan kulitnya yang gelap. Setiap ejekan membuatkan dia semakin belajar satu perkara. Manusia tidak pernah benar-benar baik. Namun di sebalik semua luka itu, Raihana Mikaila menyimpan satu rahsia yang tidak pernah diketahui sesiapa. Dia jatuh cinta pada seorang lelaki bernama Raaif Mateen, kawan baik kepada abang sulungnya. Perasaan itu bermula dalam diam dan terus hidup bertahun-tahun lamanya. Apabila Raaif Mateen dan abangnya menyambung pelajaran ke luar negara, kehidupan Raihana Mikaila mula berubah. Tahun demi tahun berlalu, Raihana Mikaila bukan lagi gadis yang sama. Apabila Raaif Mateen kembali ke Malaysia, hubungan mereka yang dulunya akrab kini berubah menjadi dingin dan asing. Raihana Mikaila memilih untuk menjauhkan diri, seolah-olah lelaki bernama Raaif Mateen itu tidak pernah membawa makna apa-apa dalam hidupnya. "Hana marahkan Abang Raaif ke? Hana nampak tak suka nak bersembang dengan Abang Raaif." - RAAIF MATEEN Bertahun-tahun Raihana menyimpan cinta, masa akhirnya memberi dia keberanian untuk mengaku. Namun dia terlambat. "Te-Terima kasih jadi insan yang terpenting dalam hidup Hana. Terima kasih ajarkan Hana cara hidup yang sepatutnya Hana jalani selama ini." - RAIHANA MIKAILA
Dendam Dalam Cinta [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 589,523
  • WpVote
    Votes 19,518
  • WpPart
    Parts 84
"So keturunan Ghaz la ni? So kenapa dengan mamat tu? Kenapa tiba-tiba topik pasal dia?" - Yusra "Aku... minat dekat dia." - Eliya Saat itu, pertama kali Yusra mendengar nama itu. Ghaz Syahrin. Nama yang pada awalnya asing, kini menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Yusra cuma gadis biasa yang datang dari keluarga sederhana. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya menempatkan diri di universiti berprestij, dikelilingi anak-anak bangsawan. Tapi segalanya berubah selepas kematian sahabat baiknya, Eliya. Hidupnya musnah sekelip mata. Yusra dipaksa berhenti pengajian, dan lebih kejam. Dia dituduh sebagai pembunuh Eliya. Dunia yang pernah terang, kini gelap sepenuhnya. Lebih parah, Ghaz Syahrin, lelaki yang dulunya hanya nama dalam perbualan ringan, kini menuntut balas. Dendamnya membara atas kematian kekasihnya, dan Yusra menjadi sasarannya. "Jangan sentuh aku, Ghaz Syahrin. Aku jijik!" - Yusra "Kalau kau jijik, aku sepuluh kali ganda jijik dengan pembunuh macam kau." - Ghaz Syahrin Antara cinta yang tak sempat berputik dan dendam yang tak mahu padam, mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang tiada penghujungnya.