Karya Novel by Mona Ho
1 story
My Dear, Mona  by melyaalunaho
melyaalunaho
  • WpView
    Reads 5
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 3
Sepuluh tahun yang lalu, satu fitnah telah mengubah segalanya. Revan Hayy, seorang guru sambilan yang juga sukarelawan Bahasa Inggeris di sebuah kampung terpencil, terpaksa berkahwin dengan Mona, gadis yang menuduhnya melakukan perkara tidak senonoh. Fitnah itu memusnahkan segalanya.. Tunangnya Iluza, gadis tercantik di kampung itu yang juga sepupu Mona, ditemui meninggal dunia selepas pertengkaran antara mereka berdua. Tanpa mahu mendengar sebarang penjelasan, Revan menghukum Mona dengan kebencian paling kejam. Gadis itu dipenjarakan, walau akhirnya dibebaskan kerana kekurangan bukti. Namun bagi Revan, hukuman itu tidak cukup. Dia meninggalkan kampung, meninggalkan Mona tergantung tanpa jawapan.. Lalu membina semula hidupnya di kota besar sebagai pewaris syarikat eksport antarabangsa milik ayahnya, Tuan Reddy Hayy. Sepuluh tahun kemudian, luka lama yang disangkanya telah mati kembali terbuka. Sebuah surat pengesahan nikah antara dirinya dan Mona ditemui oleh ibunya, Puan Liuya Hayy. Di bawah desakan kedua ibu bapanya, Revan terpaksa menjejaki Mona semula.. Gadis yang paling dia benci, tetapi juga satu-satunya wanita yang masih sah bergelar isterinya. Namun, pertemuan mereka di kampung bukan seperti yang dibayangkannya. Mona bukan lagi gadis celupar dan penuh keinginan seperti dulu. Dia kini pendiam, tunduk pada takdir, dan hidup dalam bayang tohmahan masyarakat. Wajahnya suram, suaranya perlahan, namun di mata Revan... tersimpan sesuatu yang tak dapat dia tafsir.. Rasa bersalah dan luka yang tidak pernah sembuh. Dihantui masa silam, Revan mula berperang dengan hatinya sendiri. Antara kebencian yang menahun dan perasaan halus yang mula tumbuh tanpa diundang. Mampukah Revan memaafkan Mona atas segala yang telah berlaku? Atau mungkinkah di sebalik kebencian itu, sebenarnya tersimpan cinta yang belum pernah padam? Start :14/11/2025 End :-