(⁠◍⁠•⁠ᴗ⁠•⁠◍⁠)⁠❤
36 stories
Buku Pertama 2016: 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐨𝐧𝐤𝐫𝐢𝐭 ✓ by nurflwr
nurflwr
  • WpView
    Reads 2,429,729
  • WpVote
    Votes 62,423
  • WpPart
    Parts 61
AMARAN : HARAP SEBOLEHNYA TAK DIBACA ATAU DILAWAT SEBAB SAYA MALU T A M A T Iloveyou 100% in the name of Allah " sopan sikit tak boleh ?" Kataku. Lelaki itu membisu,tak nampak pula muka dia dengan jelas bila dia memakai cermin mata hitam. Eh..orang apa pakai cermin mata hitam kat hari panas macam ni ? _ ANISA KAIRA. "Kau sibuk apasal ? Eh perempuan kampung,kau tak usahlah back up pak cik ni sangat. Tapi kalau kau ganti rugi baju aku . " _ QHYRILL MUSLIM " dia hanya perempuan yang you angkat jadi isteri dalam permainan you saja,That's what you should know, Qhyrill ! " _ ALAYSHA SUFIAN. Diakui kehidupannya yang datang ke bumi KL bukan lah seperti yang disangka,bila dia bertembung dan ada perhitungan dengan lelaki yang akhirnya jadi suami sementara nya. Tapi tak diketahui apa punca sebenar dia diletakkan sebagai isteri.Beberapa rahsia seakan terbongkar dihujung-hujung..banyak dugaan menimpa Anisa kaira bila bergelar isterinya...lagi-lagi kepulangan Alaysha yang akhirnya menagih cinta Qhyrill semula. Apakah takdir buat Kaira?
𝐓𝐡𝐞 𝐊𝐧𝐢𝐠𝐡𝐭'𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 by nurflwr
nurflwr
  • WpView
    Reads 11,099
  • WpVote
    Votes 495
  • WpPart
    Parts 5
Dia perlu bergegas ke Amerika malam itu sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku. Malam ketika sibuk bersaing dengan masa, alam seolah menghukumnya apabila tidak sengaja bertembung dengan satu kejadian di dalam gudang yang terbiar. Seorang gadis hampir diperkosa oleh beberapa orang lelaki, menyebabkan dia campur tangan. "Tutup badan kau tu..." Aku tundukkan muka daripada melihat apa yang terdedah. Mata tertancap pada satu helai kain, lantas ku hulurkan setelah dicapai. Aku percaya itu punya dia. "Nah, sarung tudung kau." Aku sangkakan dia gadis yang bertudung litup dengan menyarungkan kain menutupi mahkota kepalanya, ternyata bukan. Ternyata dia... ______ "Apa yang awak beri?" "Aku bukan orang jahat, tu barang diorang. Diorang tunggu aku bagi barang tu malam ni, tapi aku lewat sikit sebab ada hal tak mampu aku elak." "-Awak lewat, dan sebab terlalu lama menunggu jadi diorang ganggu saya sewaktu saya lalu depan gudang tu." "-Tapi aku tak biarkan kau diapa-apakan. Kau pun tahu aku selamatkan kau." "Bukan, it's not you who saved me but The Lord. He listen to my prayers, He sent me you." -𝐀𝐑𝐄𝐍 𝐈𝐒𝐀𝐁𝐄𝐋𝐋𝐄 _______ Bumi Amerika menerima dia dengan tangan terbuka, tapi hatinya masih mahu pulang dan duduk di negara asalnya. Amerika hanya tempat berteduh sementara, bawa dia pulang akhirnya. Setelah dua tahun, pertemuan dengan wajah jelita Aren dan mata hazel yang pernah menyelamatkannya dulu, bersua kembali di bawah langit yang bersaksi. "Apa khabar kau?" -𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐒𝐘𝐀𝐑
QAED (OG) by ayeshahamani_19
ayeshahamani_19
  • WpView
    Reads 34,164
  • WpVote
    Votes 3,123
  • WpPart
    Parts 30
TUAN QAED IBRAHIM | MAWAR NARESSA Jika mentari itu menghangatkan, titisan hujan itu pasti mendinginkan. Seperti itulah kehidupan. Bukan bahagia semata-mata yang datang menerpa. Keperitan itu, mengajar diri supaya tenang dan kekal kuat. Sampai bila? Entahlah, dia tiada jawapan untuk itu. Mawar Naressa. Hidupnya hanya ditemani dengan mendung dan hujan semata. Adanya pelangi, sekejap cuma. Jadi, sampai bilakah dia akan terus tenggelam dalam keperitan hidup ini? Qaed. Zahirnya, sempurna. Batinnya menjerit kuat mahukan kebebasan. Disebabkan tindakan manusia yang tidak berhati perut, kebebasannya direnggut pergi begitu sahaja. Dua jiwa yang dahagakan kebahagian, mampukah mewarnai kanvas kehidupan mereka dengan keindahan warna pelangi? Tiada siapa tahu. Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi.
PUSPA WANGI (OG) by ayeshahamani_19
ayeshahamani_19
  • WpView
    Reads 1,634
  • WpVote
    Votes 209
  • WpPart
    Parts 4
RIYADH ANDIKA | NUHA MALIKA Tak tahu nak cakap ni cerita apa. Bacalah dulu, nanti saya fikirkan sinopsis.
Darkest Moment (TERBIT) by ayeshahamani_19
ayeshahamani_19
  • WpView
    Reads 9,917
  • WpVote
    Votes 627
  • WpPart
    Parts 21
KHEN THANAWAT@AHMAD ZAHEEN | RATNA ANGGUN Terbitan : Fajar Pakeer Nukilan kehidupan manusia tidak semuanya tercoret indah. Adakalanya, ada garis hitam yang terconteng membuatkan dirinya larut dalam sunyi. Lontaran kata-lata nista sudah sebati dengan jiwa. Hidup diselubungi kegelapan, namun diredah jua. Malaysia dan Thailand Dua insan ditemukan dalam takdir yang kelam. Siapa sangka, hasrat seorang gadis buta untuk mencari pembunuh orang tuanya membuatkan dia ditemukan oleh seorang ketua kongsi gelap di negara gajah putih itu. "Tolong saya.. tolong cari siapa pembunuh ibu dan bapa saya".- RATNA ANGGUN Kerana terdesak, dia terpaksa meminta lelaki itu membantunya. Tetapi, ada harga yang perlu dibayar. "Boleh, tapi aku ada satu syarat. Aku nak kau ikut aku dan berkhidmat selama dua tahun. Sebagai balasan, aku akan bantu kau cari pembunuh tu". - KHEN THANAWAT Cinta itu bagai batu permata dalam di dasar lautan. Hati yang beku tanpa sebarang belas kasihan pada rintihan sayu mula berubah. Anggun Ratna berjaya memberi secebis kasih yang selama ini Khen Thanawat inginkan. Namun, indah yang didamba, liku sengsara yang diselusuri. Bernafas di dalam dunia yang bermandikan darah dan air mata, tidak mudah. Terleka sikit, nyawa mereka bakal melayang seperti abu di malam hari. Persoalannya, berjayakah Anggun menjejaki pembunuh orang tuanya dengan bantuan Khen? Adakah kegelapan itu sentiasa menyelebungi hidup mereka atau akan ada cahaya yang datang menjengah? Dua jiwa yang berbeza latar belakang dijemput masuk ke dalam takdir yang gelap dan kelam. Persoalannya, berjaya ke mereka bertahan sehingga ke akhirnya? Atau... mereka akan lemas selamanya? Jika momen hitam itu mengajar 1001 erti kehidupan, izinkan secebis cahaya terselit bersama untuk melenyapkan segala kegelapan yang merusuh jiwa dan raga.
Lockdown Moment (TERBIT) by ayeshahamani_19
ayeshahamani_19
  • WpView
    Reads 192,986
  • WpVote
    Votes 2,105
  • WpPart
    Parts 23
KAPTEN LUTH ASYRAF | HAIRA SOFIA Terbitan : Fajar Pakeer Semesta memberi isyarat setiap orang yang kita temui dalam hidup, pasti hadir membawa perasaan atau pergi menyerah dek kenyataan. Seakan-akan segala kebetulan yang terjadi bagaikan mimpi. Siapa sangka, pertemuan seorang jururawat bernama Haira Sofia bersama seorang kapten tentera bernama Luth Asyraf membuka satu riwayat baharu dalam hidupnya. Namun, disebabkan kisah silam Luth Asyraf, Haira Sofia juga turut menjadi sasaran kepada pihak yang ingin membalas dendam. "Cantik perempuan tu. Sama macam dulu. Bukan dia dah mati ke, hurm?" - HAIDER Menerima ketentuan, tidak mudah bagi Haira Sofia. Siapa sahaja yang sanggup menelan hakikat yang perit itu? Mengapa dia juga turut terpalit dengan misteri hidup lelaki bernama Luth Asyraf? "Tell me, kenapa mereka kenal saya? Juga kata saya dah lama mati." - HAIRA SOFIA "Aku. Tak. Nak. Kau. Tahu." - LUTH ASYRAF Bibit rindu mula berputik menyatukan dua insan yang berbeza latar belakang. Tetapi, disebabkan tugas dan amanah, mereka terpisah. Memenuhi tanggungjawab kepada tanah air. Menjadi petugas barisan hadapan untuk menyelamatkan nyawa. Sebegitu mahalkah harga kebahagian perlu dibayar sehingga perlu mengorbankan jiwa dan raga? Luth Asyraf... Haira Sofia, mereka insan terpilih yang dipaksa masuk ke dalam permainan jiwa yang bermandi luka. Ada lara yang merusuh, ada darah yang menjadi saksi pertaruhan. Sanggupkah Haira Sofia bangkit setelah ditikam dengan sandiwara dan mengejar kembali nadi cintanya? Persoalannya, kepada siapa kemenangan itu berpihak? Kepada pihak seteru atau mereka berdua? Jika momen terkunci itu mengajar 1001 erti kehidupan, izinkan secebis bahagia terselit bersama untuk melenyapkan air mata yang jatuh tanpa bicara.
Forgotten Moment (NEW) by ayeshahamani_19
ayeshahamani_19
  • WpView
    Reads 19,058
  • WpVote
    Votes 1,725
  • WpPart
    Parts 17
ASP HARRIS NUFAIL | RAISA AYANA Bab baru setiap hari Jumaat setiap minggu
THE WICKED DUO by SuriAksara
SuriAksara
  • WpView
    Reads 63
  • WpVote
    Votes 16
  • WpPart
    Parts 4
"You picked a dance with the devil." Di Royal Phoenix University (RPU), hanya ada satu undang-undang tidak bertulis: Jangan cari pasal dengan The Wicked Duo. TENGKU NOAH ALDIAN. Si badboy dengan sel otak yang sering tidak berhubung. Dia adalah pemangsa yang kejam, namun dalam sesaat boleh berubah menjadi 'badut' tak bertauliah. Di sebalik hobi mengurat dan egonya yang setinggi langit, Noah hanyalah seorang lelaki yang sedang sesat menanti 'cinta pertama' yang tak kunjung tiba. TIFF ESHAAL XAVIER. Si 'otak' yang tenang namun penuh intimidasi. Berbeza dengan Noah yang bising, Tiff adalah bayang-bayang yang memerhati dalam diam. Namun, tiada siapa tahu ketenangannya hanyalah topeng bagi rasa bersalah yang merantai hidupnya selama sedekad. Dia telah melepaskan separuh jiwanya dulu, dan kini parut itu kembali berdarah. Empayar kekuasaan The Wicked Duo mula retak apabila TYA ELTASHA XAVIER melangkah masuk. Dia bukan lagi 'El' yang naif dan mudah menangis. Dia adalah Tya yang membawa kedinginan London ke tanah tropika. Dia tidak pulang untuk mencari keluarga; dia pulang untuk menuntut bela. "Simpan drama abang mithali kau, Tiff. Abang aku dah lama mati. Aku balik bukan nak cari kau, aku balik nak tengok kau dan Mummy mereput dalam neraka yang kau orang cipta sendiri." Namun, misi balas dendam Tya terganggu dengan kehadiran IR QASREENA RAZQYA. Gadis bertudung yang terlalu ceria untuk dunia RPU yang kotor. Bagi Tya, Qas hanyalah gangguan. Bagi Qas, Tya adalah 'malaikat' penyelamat. "Tya, awak ingat saya diam sebab saya takut? Kadang-kadang, air yang tenang itulah yang paling mudah buat orang lemas tanpa sempat minta tolong." Apabila rahsia mula terbongkar dan kemaafan menjadi taruhan, adakah The Wicked Duo akan kekal berkuasa, atau mereka bakal tewas dalam permainan yang dicipta oleh gadis yang paling mereka remehkan? START : 3 JANUARI 2026 END : ~ NOAH X TYA TIFF X QASREENA T H E W I C K E D D U O ~ 😚
WHISPER FROM YOU  by SuriAksara
SuriAksara
  • WpView
    Reads 84
  • WpVote
    Votes 28
  • WpPart
    Parts 8
Slice of Life • School Life • Comedy • Mystery (Mild Fantasy) --- Serene High. Bagi orang luar, ia adalah simbol prestij dan masa depan yang berkilauan. Namun bagi Naya Aqasha, ia hanyalah sebuah tempat persembunyian. Selepas sejarah hitam buli meragut keberaniannya untuk bersuara, Naya memilih untuk menjadi halimunan. Baginya, diam itu selamat. Diam itu tenang. Namun, ketenangan itu hancur sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam sebuah kelab yang salah mempertemukannya dengan sekumpulan pelajar yang tidak tahu makna 'diam'. Ada Safiyya yang terlalu mengambil berat, Amril si penyakat yang tak reti duduk diam, Rianne yang penuh drama, Nazrief si ketua yang tegas, serta Damien dan Aisy yang sentiasa dalam perang dingin intelektual. Tanpa sedar, benteng yang dibina Naya mula retak oleh kehangatan sebuah persahabatan yang tidak pernah dia impikan. Dan di tengah-tengah kekacauan itu, ada Tengku Aadyan Hadi. Lelaki yang berdiri di dalam kepompong dinginnya sendiri. Aadyan mempunyai rahsia yang menyakitkan-dia mampu mendengar suara hati manusia, tetapi hanya jika dia mula membiarkan perasaan sayang hadir dalam dirinya. Kerana itu, Aadyan memilih untuk menjadi beku. Dia tidak mahu mendengar dusta, dia tidak mahu mendengar pengkhianatan. Baginya, menyayangi seseorang bermaksud menyerahkan ketenangannya kepada kebisingan yang tidak berhujung. Sehinggalah dia bertemu Naya. Tanpa sekelumit rasa sayang yang sempat tumbuh, suara hati gadis itu bergema kuat di telinganya. Ia bukan sebuah jeritan, tapi sebuah bisikan yang tulus, sunyi, dan penuh luka. "Aku tak cakap apa-apa pun," ujar Naya, bingung melihat renungan tajam lelaki itu. "Itulah masalahnya," balas Aadyan dalam hati. "Sebab aku dengar segalanya." "He heard her heart before he even knew her name. And now, he can't unhear it." W h i s p e r f r o m y o u ~✨ START : 24 DECEMBER 2025 END : ~ [ ©SuriAksara ]
SI TENGKU PEMBULI by SuriAksara
SuriAksara
  • WpView
    Reads 8,067
  • WpVote
    Votes 615
  • WpPart
    Parts 33
"Satu universiti tahu, kau milik aku. Dan bila kau milik aku, maksudnya hanya aku yang boleh 'sentuh' kau." Bagi QISHA AMEENA, mendapat tawaran biasiswa ke Grand Imperial University (GIU) adalah satu anugerah yang hampir mustahil. Selepas setahun berhempas-pulas bekerja demi kos perubatan ibunya, dia fikir ini adalah peluang untuk mengubah nasib. Namun, dia tidak sedar GIU bukan sekadar tempat menuntut ilmu, tetapi sebuah 'rimba' elit yang kejam. TENGKU HAEL ISKANDAR. Nama yang membawa gerun di Fakulti Perniagaan. Dingin, berkuasa, dan sangat obsesif. Sejak hari pertama Qisha melangkah masuk, Hael telah menandakannya sebagai 'target' peribadi. Tiada siapa dibenarkan mendekati Qisha, apatah lagi menyentuhnya, kecuali Hael. Qisha benci Hael. Dia benci setiap cacian dan layanan kasar lelaki itu yang seolah-olah menganggapnya sebagai hamba. Namun, di sebalik topeng 'pembuli' itu, ada rahsia gelap yang menghantui Hael Iskandar. Tragedi Hana yang mati di tangan 'syaitan' bertopengkan manusia masih berdarah di ingatan Hael. Dia tahu niat sebenar rakan-rakannya terhadap Qisha. Hael tidak membuli untuk menghancurkan dia membuli untuk memagar. Kerana di GIU, menjadi 'milik' Hael Iskandar adalah satu-satunya cara untuk Qisha tidak berakhir seperti Hana. Antara benci yang membuak dan rahsia pernikahan yang tersimpan rapi, mampukah The Beast melindungi permatanya tanpa menghancurkan hati gadis itu sendiri? START : 27 DECEMBER 2025 END : ~ HAEL X AMEENA ~ S I T E N G K U P E M B U L I 😎