az28lia's Senarai Bacaan
16 stories
Menawan by babybreath05
babybreath05
  • WpView
    Reads 256,895
  • WpVote
    Votes 10,948
  • WpPart
    Parts 63
Orang kata perkahwinan itu manis, maniskah ia? Tidak bagi orang yang kahwin tanpa cinta malah kahwin demi keluarga. Begitu juga yang di rasa oleh Emiir Ibrani Elhaziq apabila dia perlu berkahwin dengan Nur Sofia Aurin tanpa kerelaan hati. Apabila dia tahu isterinya adalah kakak kepada Bella Kailani bekas kekasihnya hatinya sakit tetapi tidaklah dia berdendam cumanya dia kecewa malah takut untuk bercinta kembali. Trauma? Sudah tentu. "Cuba buka hati tu untuk saya, tolonglah." Nur Sofia Aurin. "Kalaulah semudah itu." Emiir Ibrani Elhaziq. Hari demi hari, kisah mereka ada sahaja yang tidak kena tetapi apa yang mereka boleh lakukan? Berpisah saat hati sudah mencintai, terutamanya Emiir Ibrani Elhaziq yang sudah jatuh ke dalam cinta Nur Sofia Aurin. Saat hati ingin meluahkan rasa tersebut satu kejadian membuatkan Nur Sofia Aurin tekad akan sesuatu. "Kita bercerai." Nur Sofia Aurin.
Sayap di Hujung Senja [REWRITE/OG/SU] by liliescassette
liliescassette
  • WpView
    Reads 1,530
  • WpVote
    Votes 144
  • WpPart
    Parts 31
Nota kaki: karya ini masih dalam fasa penambahbaikan dan saya rewrite atas beberapa faktor... Kapten Muhammad Luth Na'im, callsign Skyhawk, seorang juruterbang jet pejuang TUDM, terkenal dengan keberaniannya di udara. Setiap misi yang diamanahkan kepadanya disempurnakan dengan penuh ketelitian, menjadikannya salah seorang juruterbang paling disegani. Namun, di sebalik seragam dan gelaran, Luth menyimpan rahsia yang hanya dia seorang tahu-satu kisah silam yang menghantuinya sejak sekian lama. Semuanya berubah apabila dia dipilih untuk menyertai misi khas yang penuh risiko. Misi ini bukan sekadar mempertahankan ruang udara negara, tetapi juga melibatkan satu konspirasi besar yang boleh mengancam keselamatan tanah air. Dalam usaha mencari kebenaran, Luth bertemu dengan seorang sukarelawan, Nur Uqaira, yang tanpa disangka mempunyai kaitan dengan masa lalunya. Ketika mereka merungkai satu demi satu petunjuk, Luth mula menyedari bahawa bukan mudah untuk dia memenangi hati wanita tersebut. Dalam pergelutan antara tugas dan perasaan, dia perlu membuat keputusan-mengejar kebenaran atau melindungi mereka yang dia sayangi. "Macam mana kau boleh setenang ni? Kita boleh mati bila-bila masa!"- NUR UQAIRA "Sebab aku dah biasa dengan situasi macam ni. Aku tentera, Uqaira. Mati tu dah lama ada dalam perhitungan aku." - MUHAMMAD LUTH NA'IM Di langit yang menjadi saksi, peluru bukan satu-satunya ancaman. Kepercayaan, pengkhianatan, dan pengorbanan menjadi taruhan dalam pertempuran yang bukan hanya melibatkan nyawa, tetapi juga hati dan jiwa. Adakah Luth Na'im mampu mengatasi segala cabaran, atau adakah langit biru yang selama ini menjadi dunianya akan menjadi medan terakhirnya?
Di Langit Yang Biru by evlyrsn
evlyrsn
  • WpView
    Reads 6,272
  • WpVote
    Votes 249
  • WpPart
    Parts 35
Elhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mereka dipertemukan kembali. Daniea Ellysha, seorang juruterbang TUDM, berjiwa lasak tetapi berhati lembut. Pernah bertugas di Pangkalan Udara Labuan, dia memilih berpindah ke Kuantan demi dekat dengan keluarganya. Ketika ancaman pengkhianatan muncul dalam pasukan, mereka harus menghadapi dilema antara kesetiaan dan kebenaran. "Seorang tentera sejati tidak akan mengkhianati negaranya." Namun, bagaimana jika musuh ada di antara mereka?
My mischievous princess  by _urzyraa
_urzyraa
  • WpView
    Reads 12,937
  • WpVote
    Votes 841
  • WpPart
    Parts 22
Aiden Erwan - seorang jejaka yang terlalu mementingkan kerjayanya. Hidup bertahun-tahun tanpa kasih sayang seorang ibu dan ayah. "Bro, kau memang tak nak jumpa ibu kau dah ke? Dia nak jumpa kau-" belum habis kata-kata Haikal, Aiden lalu meninggalkannya. Nayra Arisha - seorang wanita yang telah disakiti berkali-kali oleh kekasih lamanya, iaitu Farish Farhan. Nayra juga seorang wanita yang selalu dimanjakan dengan keluarganya, terutama abang-abangnya. Pertemuan Nayra dan Aiden bermula di Nadira's Café. Mereka sering mengunjungi kafe itu. Aiden mula jatuh cinta pada Nayra ketika kereta Nayra rosak di tengah jalan. Aiden melamar Nayra untuk berkahwin dengannya, tetapi Nayra menolak lamarannya kerana masih trauma dengan kekasih lamanya. Nayra masih memperhatikan usaha Aiden dan menerimanya. Setelah menikah dengan Aiden, banyak masalah yang mereka lalui sehingga Aiden menyuruh Nayra berhenti kerja. Nayra Arisha berdegil, dia tidak mahu meninggalkan syarikat yang dia usahakan selama ini. Mereka hadap segala ujian bersama-sama dan yakin bahawa segala ujian ada jalannya. Setelah mereka merempuh pelbagai ujian dan kebenaran mula terbongkar satu demi satu, mampukah Nayra menerimanya? Mampukah mereka mempertahankan hubungan mereka, atau berakhir di situ sahaja?
Mrs. Khal | EBOOK by Liohayes
Liohayes
  • WpView
    Reads 831
  • WpVote
    Votes 86
  • WpPart
    Parts 5
Kehadiran seorang lelaki dalam hidup gadis yang hampir memusnahkan rumah tangga kakak sendiri, tanpa disangka menjadi titik perubahan terbesar dalam hidup gadis itu. Di saat Puteri merasakan dirinya tidak lagi layak untuk bahagia, Allah hadirkan peluang kedua yang tidak pernah dia minta, namun sangat dia perlukan. Puteri Qalisya telah kehilangan segalanya. Ibu bapa, kakak, dan kehidupan mewah yang suatu ketika dahulu menjadi dunianya. Lebih menyakitkan, dia turut dihukum dengan dosa silam ibunya yang digelar seorang perampas hingga status dirinya dipijak-pijak tanpa belas. "Bukan perempuan macam awak. Anak perampas. Tak ada taraf. Tak ada status. Dan tak ada apa-apa." -Sharifah Kamelia Niat ikhlas Syed Khal Azhar untuk menghalalkan Puteri Qalisya bukanlah perjalanan mudah. Lahir daripada rahim seorang wanita yang pernah meruntuhkan rumah tangga orang lain, Puteri berdepan pelbagai tentangan, hinaan dan ujian yang menguji iman serta harga dirinya. Dalam diam, Puteri percaya... segala penderitaan ini adalah kifarah buat dosanya yang lalu dan kebahagiaan bukan haknya. Dan Khal, dia seperti penyelamat hidup Puteri yang selama ini kucar-kacir. "Ada sebab kenapa Allah hantar sayang dalam hidup abang." -Syed Khal Azhar Di tengah badai yang tidak henti melanda, Puteri berjuang mengubah diri, memperbaiki iman dan belajar memaafkan diri sendiri. Persoalannya, mampukah mereka mempertahankan cinta dalam dunia yang terlalu cepat menghukum? Dan adakah Puteri akan berani percaya bahawa Allah masih menyimpan bahagia untuknya? "Dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ini, abanglah lelaki yang paling peduli tentang saya." -Puteri Qalisya
ANDIKA LYAM: hanya kau satu (og) (in process editing) by fyrrose
fyrrose
  • WpView
    Reads 1,501
  • WpVote
    Votes 183
  • WpPart
    Parts 4
Choi Andika Lyam, jejaka kacukan Melayu, Korea dan Perancis, pernah menyimpan perasaan pada Nyssa Alayna sejak zaman sekolah. Namun, caranya tunjuk rasa suka itu agak kejam dengan membulinya tanpa jemu. Suatu hari dia terserempak semula setelah hampir 4 tahun belajar ke luar negara tetapi bukan bawa kegembiraan. Hatinya hampa bila gadis itu sudah mempunyai kekasih hati. Andika pun bawa diri ke satu tempat yang jauh. 10 tahun kemudian, Andika kembali semula bila dapat tahu Nyssa dalam masalah. Niatnya hanya memastikan keselamatan Nyssa dari jauh. Seorang musuh dari masa silam muncul membawa dendam sudah lama terpendam. Tanpa pilihan, Andika terpaksa keluar dari persembunyiannya. Berdepan dengan bahaya yang lebih besar daripada sekadar cinta yang tidak kesampaian. Siapakah dalang di sebalik ancaman ini ? Apakah kaitan dengan masa silam Andika, Nyssa dan Naj ? Dalam permainan dendam ini, siapa yang sebenarnya yang menjadi pemburu dan siapa yang diburu ? "Walau apapun jadi, aku tetap bersama dengan kau, sweetie"
MANJA LEILA : HIS HOME (COMPLETED) by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 424,265
  • WpVote
    Votes 28,024
  • WpPart
    Parts 54
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE SPIN OFF - TUAN MUDA AYYAZ KHAN PUBLISH DATE : 1/9/2025 - 22/1/2026 ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya. [RANKING #1 ON WATTPAD!]
Leftenan Harith Mateen:Code Name Bigboss [Complete] by secretmissflower
secretmissflower
  • WpView
    Reads 120,459
  • WpVote
    Votes 774
  • WpPart
    Parts 6
Mencintai 2 orang lelaki dalam satu masa,mampukah dia memilih calon yang terbaik?atau akan merosakkan hidupnya "I don't like you but I like fiction men"-Raisha Marlya- "Aku yang akan jadi Thariq Ridzuwan,Al Qadr,Shark,Dheo Han dan semua character fictional untuk kau"-Harith Mateen- "Saya masih cintakan Hans"-Raisha Marlya- "I only want you, you and you forever"-Harith Mateen- Nak tahu lebih lanjut bacalah..... © Hak Cipta Terpelihara
HER GAMES, HIS PATIENCE | C by NjwHaniy
NjwHaniy
  • WpView
    Reads 4,352
  • WpVote
    Votes 317
  • WpPart
    Parts 32
Setiap helahnya dijawab dengan diam yang penuh makna. Aiman Rafiq. Seorang pelajar lelaki di Universiti Malaya. Mengambil jurusan ekonomi kerana bercita-cita mahu menjadi seorang akauntan. Raiqah Della. Pelajar Universiti Sentul Malaysia. Juga mengambil jurusan ekonomi kerana bercita-cita untuk menjadi pegawai bank. Pertemuan mereka berdua bukanlah satu perancangan. Namun ianya takdir. "Abang topi hitam!" -Raiqah Della Gelaran yang diberikan kepada Aiman Rafiq. Cinta mula berputik apabila mereka mula mengenali satu sama lain. "I'll call you dear, and you call me Della" -Raiqah Della "Alright my Della" -Aiman Rafiq Kisah mereka tidak terhenti di sini. Ada sesuatu yang berlaku di antara mereka. Nak tahu selanjutnya? Nantikan di bab akan datang.
Takdir terakhir kita [C]  by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 1,210,641
  • WpVote
    Votes 53,962
  • WpPart
    Parts 68
Qaireen lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halaman. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi satu-satunya tempat yang membuatkan dia rasa paling selamat. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025