_urzyraa
- LECTURAS 3,461
- Votos 281
- Partes 14
Aiden Erwan - seorang jejaka yang terlalu mementingkan kerjayanya. Hidup bertahun-tahun tanpa kasih sayang seorang ibu dan ayah.
"Bro, kau memang tak nak jumpa ibu kau dah ke? Dia nak jumpa kau-" belum habis kata-kata Haikal, Aiden lalu meninggalkannya.
Nayra Arisha - seorang wanita yang telah disakiti berkali-kali oleh kekasih lamanya, iaitu Farish Farhan. Nayra juga seorang wanita yang selalu dimanjakan dengan keluarganya, terutama abang-abangnya.
Pertemuan Nayra dan Aiden bermula di Nadira's Café. Mereka sering mengunjungi kafe itu. Aiden mula jatuh cinta pada Nayra ketika kereta Nayra rosak di tengah jalan.
Aiden melamar Nayra untuk berkahwin dengannya, tetapi Nayra menolak lamarannya kerana masih trauma dengan kekasih lamanya. Nayra masih memperhatikan usaha Aiden dan menerimanya.
Setelah menikah dengan Aiden, banyak masalah yang mereka lalui sehingga Aiden menyuruh Nayra berhenti kerja. Nayra Arisha berdegil, dia tidak mahu meninggalkan syarikat yang dia usahakan selama ini.
Mereka hadap segala ujian bersama-sama dan yakin bahawa segala ujian ada jalannya.
Setelah mereka merempuh pelbagai ujian dan kebenaran mula terbongkar satu demi satu, mampukah Nayra menerimanya? Mampukah mereka mempertahankan hubungan mereka, atau berakhir di situ sahaja?