𐔌՞ ܸ.ˬ.ܸ՞𐦯
4 stories
[C] AMRAN DEINZ  by syakinah_m
syakinah_m
  • WpView
    Reads 157,208
  • WpVote
    Votes 5,258
  • WpPart
    Parts 56
| Spin-off Isi Hati Erina Wardah | Gara-gara roti Croissant, habis satu kedai di London itu ribut oleh mereka. Disebabkan itu juga, tercetusnya pertemuan kali pertama antara Anastasia dan Amran. Pertemuan yang menyebalkan dan yang paling penting... Dibencikan! Betul lah orang cakap, jangan terlalu benci nanti melekat ke hati. Ana akui itu tapi dia juga sudah punya kekasih hati di tanah air sendiri. Oleh itu, dia perlu setia dan percaya. Namun kepercayaannya pada si kekasih hati punah saat ketahuan curang di belakangnya selama ini. Dasar jantan tak guna! Hati Anastasia hancur berkecai. Berderai. Bersepai. Namun hadirnya Amran, mengutip semula serpihan hati itu lalu mencantumkannya semula menjadi hati baru. "Kau nak pinjam bahu aku tak?" -Amran Deinz "Untuk?" -Anastasia "Untuk kau bersandar. Kutlah kau penat dengan hidup ni. Bolehlah kau sandarkan kepala kau dekat bahu aku." Hidup mereka bahagia, langsung tiada masalah. Sehinggalah timbulnya fitnah yang membuatkan Amran mula curiga dan ragu-ragu dengan cinta Anastasia. "Bila aku kata aku cinta dan sayangkan kau sangat-sangat, aku tak pernah main-main. Bila dengar kau kata kau cintakan aku juga sangat-sangat, sumpah cakap aku sangat bahagia dan gembira. Tapi bila benda ni jadi, aku mula ragu-ragu dengan cinta kau, Embun. Kau...betul-betul sayangkan aku? Atau kau masih punya perasaan dengan dia?" Apa semua ni? Anastasia buntu. Mahu dijelaskan perkara sebenar, Amran sudah lancar perang dingin dengannya. Macam mana dia nak tarik semula kepercayaan Amran tentang cinta yang tak hitung dia pada si sang suami ni? Mampukah hubungan mereka berbalik seperti dulu? Tenang dan bahagia? Atau malah sebaliknya? Silakan dibaca... -Light story -Comedy Romance
Racing Flame by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 772,823
  • WpVote
    Votes 40,384
  • WpPart
    Parts 58
DAREEQ EZRA, seorang pelumba Formula 1 yang terkenal dengan gelaran 'Born Racer'. Seawal umur 18 tahun, dia mula mencipta sejarah sebagai pelumba paling muda yang meraih podium. Namun seiring umurnya meningkat, dia mula rasa tekanan dengan kerjaya dan kejayaan sendiri. Kesilapan sedikit mengundang kecaman orang. Dia mula hilang keyakinan. ZEANISSA, seorang gadis yang langsung tak tahu dengan dunia motorsport. Senang cerita, dia tak berminat. Disebabkan ajakan rakan-rakannya, dia akhirnya jejakkan kaki buat pertama kali di litar lumba. "Aku nak pergi dari sini. Aku tak nak duduk sini. Kau ada caranya?!" - Zeanissa Sakit yang dirasakan tidak terperi apabila dia dibenci dan diperlakukan teruk oleh rakan baik sendiri. Zeanissa benar-benar terluka. "Kau pernah cakap kau tak nak duduk dekat sini. Kau tanya aku caranya, and ini jawapan aku." - Dareeq Ezra Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba dia dilamar oleh si driver Mercedes AMG Petronas yang sangat popular dalam dunia Formula 1. Zeanissa mati akal. Namun memikirkan kesedihan yang sedang ditanggungnya, dia bersetuju. Untuk berkahwin dan ikut Dareeq ke Monaco. Perkahwinan yang pada mulanya hanya sekadar atas dasar kepentingan mereka perlahan-lahan menimbulkan perasaan yang melibatkan hati. Namun hubungan yang baru mekar seperti bunga perlahan-lahan layu. "Apa lagi yang abang tipu Zea? Apa lagi?!" - Zeanissa "Abang minta maaf. That freaking jealousy's eating me up. It's killing me inside." - Dareeq Ezra 📎story ni rekaan semata mata 📎maaf kalau grammar berterabur 📎light conflicts 📎update setiap hari 2 chapter JANJI Start : 04/09/2025
My Husband: Rider of The Last Shadow (OG) by Mimiwaniey
Mimiwaniey
  • WpView
    Reads 8,414
  • WpVote
    Votes 582
  • WpPart
    Parts 13
Muhammad Haqq Ruzain, seorang juruterbang jet pejuang yang tidak pernah tertarik untuk mengenali mana-mana wanita di dalam hidupnya. Namun siapa sangka, pertemuan demi pertemuan telah mengubah segalanya. Dia mula membuka ruang hatinya untuk mengenali gadis yang bernama Nura Elnara. Nura Elnara, pelajar dalam bidang perubatan yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan. Dia menyimpan satu impian besar untuk menebus kembali segala luka dan rasa kecewa yang diberikan oleh abang kandung sendiri terhadap ibu bapanya. Dia berusaha menjadi anak yang mampu menjadi tunjang buat keluarganya. Pertemuan Haqq dan Nara di LIMA'23 membawa hubungan mereka lebih akrab meskipun mereka sering bertikam-lidah seperti anjing dan kucing. Haqq yang tidak mahu mensia-siakan perasaannya, membuat keputusan berani melamar Nara secara tiba-tiba. "Jom kahwin dengan aku, nak?" -Haqq "Awak ajak kahwin macam ajak main pondok-pondok kan?" -Nara "Nara, aku tak main-main. Nak kahwin dengan aku tak?" -Haqq "Maaf, tapi saya tak nak." -Nara Lamarannya ditolak. Namun perasaan Haqq tidak pernah mati. Dia yakin, Nara adalah jodohnya dan dia memilih untuk terus menunggu. "Kalau kita berjumpa semula, kau kena terima lamaran aku. Itu dare untuk kau, boleh?" -Haqq "Baik, saya setuju," -Nara Nara yakin mereka tidak akan bertemu lagi. Tapi takdir berpihak pada Haqq. Mereka dipertemukan semula. Saat Nara bergelut menyelamatkan keluarganya, Haqq muncul membawa perlindungan, membawa cinta dan membawa janji lama. Sejauh mana seorang wanita sanggup berkorban demi keselamatan keluarga dan cinta sejatinya? Dan sejauh mana seorang Haqq Ruzain sanggup berjuang untuk melindungi wanita yang pernah menolak lamarannya dulu? "You know, Nara... whenever I open my heart, you're the only one I let in. And when I close it... you're still the one I hope never leaves." -Haqq Ruzain- Start: 1 july 2025 End:
Gadis Untuk Tuan Putera [Lengkap] by suyaplums
suyaplums
  • WpView
    Reads 64,819
  • WpVote
    Votes 6,565
  • WpPart
    Parts 48
☆.。.:* Hello You Universe [Siri Dua] ˚ ✧ ˚. ❝ I want prince charming, but at the end i got Prince Crown of Algarash,❞ Adlyn hidup bahagia, sederhana dan padanya- sempurna. Tidak sehingga teman lelakinya buat announcement bahawa dia sudah bertunang dengan gadis lain. Marah? Ya, sudah tentu. Mengamuk Adlyn dibuatnya! Dan dalam dia menghayati luka yang bersayat di hati, secara tak sengaja dia telah melakukan kesilapan fatal yang mempertemukan dia dengan- "Kau perogol bersiri ke?!" Tak memasal kena jeling. Akibat luka di hati, secara tak sengaja terkuras juga wang di bank kerana Adlyn tak sengaja telah meranapkan kereta sang jejaka poyo itu. "Er... Bayar ansuran boleh ke?" Dan di situlah permulaan pertemanan tak diduga atas dasar hutang antara Adlyn dan lelaki yang dia tuduh sebagai perogol bersiri itu. ⋆.˚ ᡣ𐭩 .𖥔˚ "Weh, Es Batu... Kau kerja apa, sebenarnya?" Eskandar terkaku. "Oh..."otak ligat berfikir idea untuk kelentong. "Kerja kerajaan je." Tapi dia tak bohong! Betullah dia kerja kerajaan... Kerja susun dana negara sebab dia kan, Putera Diraja Eskandar Idris, pewaris tahta kerajaan Algarash. Tapi lebih senang digelar, "Oh, haah lah. Lupa lah, Es Batu." -Es Batu oleh Adlyn. A simple story about dynamic energy between a golden retriever girl and chaotic boy. - Gadis Untuk Tuan Putera. ⋆.˚ ᡣ𐭩 .𖥔˚ © 2021 by suyaplums All Rights Reserved