berpayung Tuhan
2 stories
kita dan waktu (edit) by aribeoms
aribeoms
  • WpView
    Reads 380
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 1
❝𝘵𝘰 𝘭𝘪𝘷𝘦 𝘧𝘰𝘳 𝘵𝘩𝘦 𝘩𝘰𝘱𝘦 𝘰𝘧 𝘪𝘵 𝘢𝘭𝘭.❞ Iman Syafi, seorang anak laki-laki yang tinggal di sebuah rumah anak yatim walaupun Im sendiri tidak tahu sama ada memang gelaran yatim piatu itu sesuai menggambarkannya. Di dalam rumah anak yatim ini dia menghadapi kesengsaraan, bukannya kehangatan yang sepatutnya dia dapatkan di dalam sesuatu yang bergelar rumah. Im tekad ingin keluar dari rumah anak yatim itu dan mulakan hidup baru yang lebih baik. Apabila dia keluar dari rumah anak yatim yang ibarat neraka dunia itu, Im sangkakan bahawa segala kesengsaraan akan lenyap, tetapi takdir membawanya jatuh terpuruk ke titik yang paling rendah dalam hidupnya apabila dia disahkan menghidap penyakit yang membawa maut. Dia mula rasa hidupnya tidak bermakna lagi. Khaleel Aiman, seorang anak laki-laki yang cuba menyelamatkan Im daripada mengakhiri hidup sendiri. Perwatakan yang ceria dan senyuman yang tidak lekang dari bibir seolah-olah menggambarkan Aiman sebagai seseorang yang bebas daripada masalah. Hidupnya juga tampak senang dengan kemewahan hidup dalam banglo dan ditatang penuh kasih oleh umi dan baba. Hidup Aiman jelas bagai langit dan bumi jika dibandingkan dengan hidup Im. Namun, senyuman dan sinar yang ia zahirkan itu ternyata ibarat tirai yang menyembunyikan kegelapan malam. Siapa sangka, lelaki seceria Aiman pernah berkurung di dalam bilik seorang diri berbulan-bulan dek kerana satu peristiwa yang membuatkan dia meletakkan sepenuh kesalahan atas dirinya? "Kita kawan sampai bila-bila, Im." - Aiman "Ya, Aiman. Kita akan kawan sampai bila-bila." - Im Im cuba untuk terus hidup manakala Aiman masih dalam proses menyembuhkan lukanya yang masih berdarah. Akan adakah harapan untuk mereka berdua? ⤿ keonho & seonghyeon friendship fanfiction © aribeoms, 2026.
mimpi by aribeoms
aribeoms
  • WpView
    Reads 74
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 7
"kerana kita masih punya ruang untuk bermimpi..." di sini, tempat bersemadi segala rasa yang pernah singgah dalam dadaku. di sini, tempat ku berpulang, lagi dan lagi, bila tetamu tak diundang berkunjung ke ruang fikiranku lagi. di sini, tempat kulari, bersembunyi bagaikan anak kecil yang takut akan kegelapan. di sini, kaubaca puisi-puisiku yang berantakan, sama seperti pemuisinya. © aribeoms, 2026.