bebski 🤍
5 stories
Hashtag: Malas Layan! by jeterdelamae
jeterdelamae
  • WpView
    Reads 1,409
  • WpVote
    Votes 225
  • WpPart
    Parts 18
Part of Algarash Royal Series. Putera Kedua Algarash. Inspired by Best Friend - Rex Orange County Tuanku Putera Eizat Isma'. Dia Tuan Putera kedua yang amat nakal dan suka mengusik orang sampai naik angin. Ada sahaja mulutnya nak mengusik. Ada sahaja provokasi nak dilontarkan. Manakala Hanan Aminah hanyalah dietician istana yang bertugas menjaga diet keluarga diraja. Tambahan, amat mudah terpancing dengan provokasi Eizat tapi tak pernah kalah dengan sindiran pedas. Setiap prank, setiap sindiran, setiap senyum nakal... membuat mereka berdua marah, mengamuk dan tanpa sedar... semakin jatuh hati. "Kalau awak nak kacau saya lagi, janji peluk saya bila saya marah."penuh sarkastik Hanan berbicara sambil ajukan penumbuk kecilnya pada Eizat. Dia tahu... Mana mungkin Eizat nak peluk dia. Alolo. Hanan ni macam chihuhua. Kecil tapi garang! "Janji," jawabnya dengan senyum penuh maksud. "Eee, menyampahnya cakap dengan awak!"delik Hanan, tapi pipi merona malu. "Ha... My favourite shade of pink are here,"selamba Eizat cuit pipi Hanan sebelum terbirit-birit berlari pergi. Hanan benci Eizat yang sering porak-perandakan emosi dia! Provokasi, sarkasme, dan senyuman manis buatkan Hanan tertanya... Adakah ini cuma permainan nakal, atau cinta sebenar sedang muncul? © 2026 By delamae
Bukan Cerita Cliche! by jeterdelamae
jeterdelamae
  • WpView
    Reads 1,051
  • WpVote
    Votes 139
  • WpPart
    Parts 12
Part Of Algarash Royal Series. Puteri Bongsu Algarash. Inspired by Do I Wanna Know (Hozier Cover) Mima, si bongsu kesayangan keluarga diraja Algarash, membesar dengan kasih sayang yang melimpah daripada abah, ibu dan empat orang abang yang terlalu suka memanjakannya. Bagi Mima, cinta romantik hanyalah sesuatu yang klise dan tidak perlu. Dia sudah cukup "penuh" dengan cinta yang ada dalam hidupnya. Atas kehendak sendiri, Mima memilih untuk bekerja sebagai seorang kerani di sebuah pusat kebajikan kecil, jauh daripada gemerlap istana. Tanpa gelaran, tanpa protokol. Di situlah dia bertemu dengan Naqib, seorang penjaga warga emas yang tenang, sopan, dan sederhana. Berbeza dengan orang lain, Naqib tidak pernah melihat Mima sebagai seorang puteri, walaupun dia tahu status sebenar Mima sejak awal. Bagi Naqib, Mima hanyalah Mima. Seorang gadis yang ceria, manja dan terlalu jujur dengan emosinya. Hari-hari mereka dipenuhi dengan perkara kecil: kerja harian, perbualan santai, usikan ringan, salah faham remeh, dan tawa yang tidak dirancang. Mima yang suka mengusik perlahan-lahan menjadi selesa untuk mengadu, manja, dan menunjukkan sisi rapuhnya kepada Naqib. Manakala Naqib, dengan caranya yang tenang dan penuh hormat, menjadi tempat Mima berlabuh tanpa dia sedari. Tanpa janji manis atau drama besar, perasaan itu tumbuh melalui perkara-perkara kecil. Namun apabila batas terlalu dijaga dan kata-kata tidak terucap, salah faham pun tercipta. Kadangkala, cinta hanyalah tentang seseorang yang memilih untuk tinggal dengan sabar, dengan hormat, dan dengan hati yang tenang. "Saya tak pandai buat awak jatuh cinta. Saya cuma pandai ada." - Naqib Adam. Dan buat pertama kalinya, Mima belajar bahawa cinta bukan sesuatu yang klise, ia hanya menunggu untuk difahami. "Awak buat saya rasa selamat tanpa cuba pun," - Eimina Isma' Syamima. Dan mungkin, itu sudah cukup untuk dinamakan cinta. © 2026 By delamae
Her Brother's Keeper  by Si_LangitSenja
Si_LangitSenja
  • WpView
    Reads 65,219
  • WpVote
    Votes 4,267
  • WpPart
    Parts 61
Menjadi anak bongsu dan satu-satunya perempuan dalam kalangan tujuh orang abang bukannya satu keistimewaan buat Alya. Di sebalik gelaran 'puteri', ada kasih sayang yang kadangkala terasa menyesakkan dan tembok perlindungan yang terlalu tinggi untuk dipanjat. Kehidupan mereka lapan beradik adalah simfoni yang pelbagai nada; ada abang yang tegas melindungi, ada yang lembut memujuk, dan ada yang diam memendam rahsia. Namun, tawa dan hiruk-pikuk harian mereka sebenarnya hanyalah sebuah tabir. Di sebalik bahu-bahu yang gagah itu, tersimpan retak yang kian menjalar dan luka lama yang enggan sembuh. Apabila satu demi satu rahsia silam mula tersingkap, Alya tersedar bahawa tugas menjaga bukan lagi milik abang-abangnya semata. Ternyata, wira-wiranya juga manusia biasa yang boleh hancur. Kini, Alya perlu belajar menjadi kekuatan buat mereka, membalut luka yang sekian lama terbuka, sambil memastikan ikatan persaudaraan mereka tidak karam dipukul badai rahsia. ⚠️ [Warning] LEGAL DISCLAIMER ⚠️ Cerita ini berunsur keluarga, komedi, dan nilai Islam. ❌ Tiada unsur lucah. ❌ Tiada unsur dewasa. ❌ Tiada percintaan terlarang. Semua hubungan dalam cerita adalah "Kekeluargaan" & "Persahabatan", dibina atas kasih sayang, bukan cinta songsang. (Sila jangan salah letak genre/reading list) 📌 Mohon hormati genre & niat karya ini.