cukpcakehuss's Reading List
14 stories
LITTLE LILY [ OG ] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 56,314
  • WpVote
    Votes 7,800
  • WpPart
    Parts 17
[ BOOK 5] Tiga puluh tahun menyendiri dalam dunia dan identiti palsu, dia akhirnya bertemu nafas baharu. Asbab untuk terus hidup. "Saya teka, nama sebenar cik bukan Rosli. Cik juga bukan seorang lelaki." "Pandai awak teka. Nama saya Limah." Limah kawal senyuman. Pertama kali ada manusia reti teka jantina dirinya. Walau pertemuan kali pertama mereka tidak indah, Limah tak tahu kenapa dia asyik bermimpi di siang hari. Berangan, mahu kekal menjadi kecil. "Lah? Tiba- tiba jadi makin kecil pula bandar Deland. Pusing sana jumpa awak. Pusing ke sini pun jumpa. Tak sangka. Awak cari saya, sebab nak minta hutang kereta ke?" Masuk kali ketiga, Limah sudah tak reti bersangka baik. Tambahan pula lelaki asing itu sentiasa mengekorinya bersama dua orang jejaka perangai aneh. Gaya seperti pemiutang. "Kalau cik Limah sudi bantu. Kami bertiga mahu pinjam seorang 5 dollar dari cik Limah. Kami tak ada duit cash nak beli tiket bas." Tercengang Limah dengar pengakuan mereka. Tak sangka, wujud juga manusia yang tidak pernah menaiki bas. 5 dollar pun tiada! "Saya rasa, abang saya boleh tolong akak. Itupun kalau akak sudi tolong abang saya." Perkenalan Limah dengan seorang doktor cantik pula mengundang satu perasaan lama. Perasaan haram yang dia selalu cuba kuburkan. "Tolong macam mana?" -LIMAH "Kahwin dengan abang Muhammad." -ALTıN RUKSANA Permintaan si cantik, desakkan keluarga serta takdir seakan memihak kepada Muhammad. Jasad gagah Limah tersepit di tengah pintu hijrah. "Awak dah pandang? Pandang saya betul- betul. Tak menyesal? Saya bukan perempuan normal. Saya raksasa. Raksasa jahil. Menjijikkan." -LIMAH "Pada pandangan saya, kita sekufu." -MUHAMMAD ; Dia lelaki misteri, juga matang. Bersama rupa dan akhlaknya yang sempurna. Dengan tenang, Muhammad berjaya mengheret Limah kembali ke fitrahnya tanpa sebarang kekasaran, keluhan atau penyesalan. "Terima kasih, encik suami." -L . M "Terima kasih kembali, Lily permaisuri. -D . M. M
Takdir terakhir kita [C]  by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 993,755
  • WpVote
    Votes 47,028
  • WpPart
    Parts 68
Qaireen lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halaman. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi satu-satunya tempat yang membuatkan dia rasa paling selamat. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025
Cinderella Milik Tuan Ceo | OG by syam1m1e
syam1m1e
  • WpView
    Reads 2,844
  • WpVote
    Votes 292
  • WpPart
    Parts 8
Karya ketiga by syamimie⏳️ Blurb: Sempurna? Jauh sekali. Dia membesar dengan serba kekurangan. Kekurangan yang pada awalnya hanyalah sekadar perkara biasa pada seorang Mirea Sofea. Namun, kekurangan yang ada pada dirinya mula menjadi bahan hinaan orang sekeliling. Sehinggakan dia berfikir bahawa dia adalah orang yang paling malang di dunia ini. Hari-harinya berjalan seperti biasa, memekakkan telinga tatkala dirinya menjadi umpatan orang. Padanya, dia mampu harungi semua ujian ini, sehinggalah satu malam yang mengubah segalanya. Zayn Evryn. Sempurna? Ya, cukup sempurna. Satu kejadian yang membawa pertemuan mereka berdua itu membuatkan dua jiwa meronta dalam tak rela. "Eh kau tak payah nak berlakon lah depan aku! Kau yang rancang semua benda ni kan?! Kau goda aku semalam sebab kau nak bolot semua harta aku kan?!" -Zayn Evryn "Encik merepek apa ni?! Saya tak kenal pun siapa Encik!! Kenapa Encik fitnah saya macam ni!!" -Mirea Sofea Setelah malam itu, masing-masing memilih untuk meneruskan hidup seperti biasa. Namun, munculnya kembali Zayn disisi Mirea membuatkan Mirea semakin gila. Bukan gila kerana lelaki itu berbuat jahat padanya, namun gila kerana perubahan mendadak lelaki itu. "Love me, Mirea Sofea..." -Zayn Evryn Bagaikan terhenti dunianya. Kelu lidah Mirea dengan pengakuan berani mati lelaki itu. Cinta? Mirea tidak kenal apa itu cinta. Dirinya yang serba kekurangan itu, layakkah dia untuk dicintai? Dan Zayn Evryn? Mengapa dia tiba-tiba sahaja meluahkan rasa cinta? Adakah ada sesuatu di sebalik perkenalan mereka itu sehinggakan Zayn sanggup mengejar cinta Mirea sebegitu rupa? Dan apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik semua ini sebenarnya? Start: 1/1/2026 End:
HIS GIRL | C  by syam1m1e
syam1m1e
  • WpView
    Reads 219,724
  • WpVote
    Votes 8,742
  • WpPart
    Parts 45
Karya pertama by syamimie⏳ Salam diberi sebagai pembuka bicara, Tanda hormat pada semua. Bertemu kita di karya pertama, Semoga kisah ini menyentuh jiwa. Pengenalan watak : Tengku Haiyan Mikael & Hawa Qaisara Affan Haqeem & Elvina Luffya Faiq Mukhriz & Ayuni Zahirah Tuan Maher Raees & Nurin Anita Tuan Maher Nadhir & Kasih Amylea COMING SOON ♻️ AFFAN HAQEEM: HIS LOSS FAIQ MUKHRIZ: HIS REFUGE TUAN MAHER RAEES: HIS SACRIFICE TUAN MAHER NADHIR: HIS PROMISE story ni belum diubahsuai. not edited yet. so byk sgt kesalahan tatabahasa dan storyline pun byk kekurangan. dengan ikhlas hati, saya memohon maaf atas kekurangan saya. in sha Allah, kalau ada masa dan rajin, saya akan betulkan. start: 1/2024 end: 11/2025
𝗚𝗵𝗼𝘀𝘁 𝗢𝗳 𝗗𝗲𝗰𝗲𝗶𝘁 | 𝗢𝗚  by lostlynad_
lostlynad_
  • WpView
    Reads 3,704
  • WpVote
    Votes 197
  • WpPart
    Parts 20
Drayen Ennio seorang lelaki kejam yang berasal dari Itali . Dia merosakkan seorang wanita yang bernama Theona Feldora , kerana dendam . Selepas dendam nya tercapai , dia bertanggung jawab atas tindakan kejamnya . Namun segalanya menjadi sukar apabila , dia tersedar bahawa tindakannya membuatkan isterinya itu , mengalami kemurungan , dan trauma yang besar. Drayen mula bersumpah , terhadap wanita itu , yang dia akan berubah dan mahu membuktikan bahawa dia mampu menyembuhkan segala trauma yang dihadapi sterinya . "𝑱𝒂𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒂𝒘𝒂𝒌 , 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒌𝒕𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒔𝒂𝒍 𝒂𝒕𝒂𝒔 𝒕𝒊𝒏𝒅𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒌 , 𝑫𝒓𝒂𝒚𝒆𝒏 ." - 𝐓𝐇𝐄𝐎𝐍𝐀 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐎𝐑𝐀 - "𝑷𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 , 𝒎𝒚 𝒍𝒂𝒅𝒚 . 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒎𝒆 𝒇𝒐𝒓𝒆𝒗𝒆𝒓 , 𝒊'𝒎 𝒑𝒓𝒐𝒎𝒊𝒔𝒆 , 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒕𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝒍𝒖𝒌𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒊𝒌𝒂𝒏 , 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏 𝒑𝒖𝒏 𝒕𝒂𝒌 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒍𝒖𝒌𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒌 ." - 𝐃𝐑𝐀𝐘𝐄𝐍 𝐄𝐍𝐍𝐈𝐎 - Adakah Drayen mampu bersabar untuk memulihkan segala trauma Theona , atau Drayen hanya menenangkan Theona dengan mulut manisnya kerana terpaksa sahaja ?
the ruined flower. by ivyskyyo
ivyskyyo
  • WpView
    Reads 6,957
  • WpVote
    Votes 429
  • WpPart
    Parts 16
"Thirst for revenge" Disaat hidupnya akhirnya mula stabil, ketika dia benar-benar percaya badai itu telah berlalu namun muncul kembali susuk-susuk yang pernah mencincang jiwanya hidup-hidup. Kehadiran mereka merobek luka lama yang disangkanya sudah kering, memaksanya menelan semula setiap serpih derita yang pernah memusnahkan dirinya dahulu. Dalam remuk yang tidak mampu lagi dipendam, dia membuat satu keputusan yang menggoncang seluruh dunianya. Keputusan yang menghancurkan jasad lain, jasad yang suci daripada dosanya, yang tidak pernah sekalipun terlibat dalam gelap silamnya. Dan saat kesedaran mengetuk pintu hatinya, semuanya sudah terlambat. Dia telah melangkah terlalu jauh, hingga tiada ruang untuk berpatah balik. "Saya tiada penjelasan untuk semuanya. Bencilah saya, hukumlah saya dan sekalipun saya ditikam hingga awak puas, saya faham." -KHALILA DALISYAH- (unedited)
C | Senja Terakhir Kita by notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Reads 28,458
  • WpVote
    Votes 1,183
  • WpPart
    Parts 38
Senja merah jingga menelan langit, tapi Aryan tak sanggup menatapnya. Helena berdiri di tepi balkoni, wajahnya berseri walau tubuhnya kelihatan lemah. "Ary, nanti... kita tengok senja dekat pantai, nak?" suara Helena lirih, cuba kedengaran biasa. Aryan tersengih kecil, menolak dengan nada ringan. "Kau tu sakit, El. Tak payah mengada." Helena mencebik, tapi hatinya bergetar. Dia cuba seloroh, "Kalau ni permintaan terakhir saya, macam mana?" Aryan tersentak, menoleh. "Apa kau cakap ni? Kita bukannya takkan jumpa dah." Diam. Helena menunduk, menahan kaca di matanya daripada tumpah. Dia tersenyum tipis, walau dalam dadanya ada jurang yang tak mampu dijelaskan. Aryan mengusap belakang tengkuk, cuba meredakan suasana. "Kau sihat cepat. Lepas tu baru kita plan tengok senja dekat tepi pantai." Suaranya bersahaja, seolah-olah esok pasti ada. Helena hanya mengangguk. "Kalau awak tahu... Senja di tepi pantai tu... satu-satunya yang tertinggal dalam bucket list saya... Saya cuma nak awak ada sekali. Bukan nanti. Tapi sekarang. Sembuh? Tu cuma dalam cerita fantasi je," hatinya berdesis, meluahkan kata yang tidak mampu meniti di bibirnya. Dia mendongak, menatap langit yang semakin jingga. Senja kali ini terasa lebih dekat, lebih berat, seakan-akan langit sendiri tahu rahsia yang belum pernah terucap. Start: 1st September 2025 End: 22nd September 2025
OG | Abadi by notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Reads 5,199
  • WpVote
    Votes 541
  • WpPart
    Parts 31
"Boleh tak, kalau kita cuma hidup untuk masa sekarang?" ujar Jasmine Soraya, penuh dengan harapan yang dia sendiri tahu hanyalah sebuah mimpi. "Selamanya kita akan abadi, sayangku," balas Hans Ghaffar perlahan. Di sebalik nada tenangnya, tersimpan pilu yang terpaksa dia telan dalam diam. Dua pasang mata itu saling bertaut. Tiada kata, namun kesunyian itu menjadi kebahagiaan paling jujur, kebahagiaan yang kelak akan dirindui setengah mati oleh dua jasad yang terikat oleh waktu. "Aku sayangkan kau, Jasmine. Maafkan aku sebab mengambil masa yang terlalu lama untuk sedar akan tulusnya cinta kau." Bisik hati Hans. Anak matanya yang gelap masih terpaku pada wajah polos milik Jasmine. "Jasmine..." panggilnya perlahan. Belum sempat Hans berbicara, bunyi loceng jam berdentang nyaring membingitkan telinganya. Wajahnya memerah, urat-urat di pelipis jelas menegang, menahan sakit yang datang tanpa amaran. Hans bangkit tergesa-gesa lalu berlari meninggalkan Jasmine dalam keadaan terpinga-pinga. Di hadapan dinding yang dingin, Hans bersandar. Sebuah jam poket dikeluarkan dari sakunya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum memusing tombol kecil di sisi jam itu. "Bawa aku pulang ke tahun 2026," ucapnya perlahan, seolah-olah merayu pada waktu sendiri. "Sayang, aku janji akan kembali." Desis hatinya sebelum mata itu terpejam rapat. Air mata kecewa akhirnya gugur, membasahi wajah lelaki yang terpaksa memilih antara cinta dan masa. Start: 23 December 2025 End:
IVAN QIDRAN by Daniaaryanna
Daniaaryanna
  • WpView
    Reads 1,238,287
  • WpVote
    Votes 41,052
  • WpPart
    Parts 68
STATUS: COMPLETE IVAN QIDRAN x AERIS ALAIA Siapa sangka disebalik wajah ceria Aeris Alaia tersembunyi luka yang tak pernah sembuh. Di caci, di hina, di maki memang makanan harian. Hidupnya mula berubah saat dia bertemu seorang lelaki asing - Ivan Qidran, seorang yang datang tanpa dijemput, tapi terus menjadi penyelamat di saat dia paling terdesak. Dalam satu keputusan berani, Aeris melamar lelaki itu untuk berkahwin dengannya. "Awak, awak nak kahwin dengan saya tak?" - AERIS ALAIA "Desperate sangat ke kau ni sampai ajak aku kahwin?" - IVAN QIDRAN "Haah memang saya desperate sebab saya terpaksa. Kita kahwin jom" - AERIS ALAIA Semuanya bermula hanya kerana janji dan amanah. Namun siapa sangka, perkahwinan itu sebenarnya membuka lembar baru bagi mereka berdua. Perasaan kasih dan sayang yang tumbuh makin sukar dijelaskan. Perlahan-lahan, keduanya belajar erti pengorbanan, kepercayaan, dan cinta sebenar. Antara tanggungjawab dan rasa, antara rahsia dan ketulusan, antara realiti dan mimpi, mereka akhirnya menemui bahagia yang mereka sendiri tak sangka wujud. "Kerana janji dan amanah takdir kita tercipta." #Cringe alert #Roller coaster alert
COACH MUSUHKU IALAH TAKDIRKU | OG  by Lxyhavreb_
Lxyhavreb_
  • WpView
    Reads 2,606
  • WpVote
    Votes 276
  • WpPart
    Parts 12
Inara Amanda. Seorang gadis yang lembut pada zahirnya, namun keras pada jiwanya. Sejak lahir, dia dididik untuk menjadi pemberani tanpa ruang untuk rasa takut. Dunia yang dibesarkannya tidak pernah mengajar erti lemah. Dia juga merupakan antara pelajar Muay Thai terbaik di Malaysia. Namun takdir membawa perubahan. Inara berpindah ke negara baharu, meninggalkan segalanya, dan bakal berlatih di bawah bimbingan seorang coach baharu. Dalam fikirannya, coach itu seorang wanita. Itulah yang dia percaya. Sehinggalah saat matanya bertembung dengan figura yang berdiri di hadapannya dan dunianya seakan berhenti berputar. Kenapa mereka perlu bertemu? Kenapa...dia? "Look who we have now." - Adriel Mikael Adriel Mikael. Jejaka yang menjadi dambaan ramai wanita. Seorang coach Muay Thai bertaraf antarabangsa, disegani di seluruh ASIA. Dalam masa yang sama, dia juga seorang usahawan berjaya yang namanya dikenali merentas negara. Sukar untuk menafikan. Lelaki ini terlalu lengkap. Terlalu sempurna. Namun di sebalik segala pertembungan, pertengkaran dan masa lalu yang menyakitkan, Adriel mula merasakan sesuatu yang asing muncul dalam dirinya. Sesuatu yang tidak pernah dia izinkan untuk wujud. Dia tidak pasti apa namanya. Tetapi satu perkara jelas, selagi gadis itu berada di sisinya, hatinya terasa tenang. Walhal...gadis itu adalah musuhnya sejak bertahun-tahun dahulu. Namun apa pilihan yang dia ada? Hatinya menginginkannya. Dia mahu Inara menjadi miliknya untuk selama-lamanya. "We are different Adriel. You and I...can't be together." - Inara Amanda "If we are different why don't we just do it? We are like cats and dogs. From enemies they became friends but we..." - Adriel Mikael "From enemies to happy partners." Start: 1/1/2026 End: ?