YANGAISHAH27's Reading List
8 stories
Sir, I love you  | C |  by THERHEIYERIN
THERHEIYERIN
  • WpView
    Reads 292,576
  • WpVote
    Votes 11,077
  • WpPart
    Parts 55
Zenriq Edzlan, pensyarah muda yang terkenal dengan ketegasan dan sikap dinginnya di dalam kelas. Baginya, peraturan adalah prinsip, dan hubungan dengan pelajar harus kekal profesional. Namun, dia tidak pernah mampu menafikan kehadiran Erissa Zahra, pelajar manja, penuh gelagat gedik yang selalu berjaya mencuri perhatiannya dalam diam. Apa yang bermula sebagai perasaan terpendam, berubah menjadi kenyataan apabila mereka disatukan dalam ikatan perkahwinan atas aturan keluarga. Erissa, yang sebelum ini hanya tahu mengusik, mula mengenali sisi Zenriq yang lembut dan penuh kasih. Dalam diam, cinta mereka tumbuh-perlahan, tetapi mendalam. Namun, di saat rumah tangga mereka mula mekar dengan kebahagiaan dan kasih sayang yang tulus, takdir sekali lagi menguji. Satu kemalangan meragut separuh daripada memori Erissa termasuk semua kenangan tentang suaminya sendiri. Bagi Erissa, Zenriq hanyalah orang asing. Tetapi bagi Zenriq, Erissa tetap cinta pertamanya dan kini dia tekad untuk menjadikan dirinya cinta terakhir isterinya, walaupun harus bermula dari kosong... dan walaupun hatinya sendiri hampir hancur menanggung rindu yang tak dikenali lagi.
LOVE YOU, DHIA ARISSA (complete ✅) by officialnnmr
officialnnmr
  • WpView
    Reads 60,483
  • WpVote
    Votes 1,692
  • WpPart
    Parts 105
⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Kematian suami tercinta secara tiba-tiba, membuatkan Dhia Arissa tenggelam dalam dunianya sendiri. Cintanya yang terlalu mendalam buat Emir Rayyan menjadikan Dhia Arissa bagaikan separuh gila merindui. Dhia Arissa dipulau oleh keluarga mertua dek kerana termakan umpat keji orang sekeliling mengatakan dia pembawa malang. Iyalah, baru seminggu berkahwin, suaminya sudah ditimpa malang sehingga meragut nyawanya! Simpati akan nasib adik iparnya, Ezmir Raykal membantu Dhia Arissa untuk bangkit semula. Tidak putus asa dia membantu gadis itu sehingga dia pulih dari kemurungannya. Lamaran daripada Ezmir Raykal membuatkan Dhia Arissa buntu. Antara yakin atau tidak, Dhia Arissa menerima lamaran abang iparnya tanpa rasa cinta. Walaupun sudah bergelar suami isteri, Dhia Arissa masih tidak mampu menerima Ezmir Raykal sebagai suaminya. Meskipun Ezmir Raykal melayaninya seperti puteri, namun itu belum cukup untuk membuatkan Dhia Arissa melupakan Emir Rayyan. Ezmir Raykal sedar. Dia hanya bertepuk sebelah tangan. Dia sedar akan hal itu namun hanya dengan menjadi suami Dhia Arissa sahaja yang boleh membuatkan dia melindungi gadis itu. Kehidupan rumah tangga mereka turut disulami rasa bahagia walaupun mereka berkahwin bukan atas dasar cinta. Ezmir Raykal tidak jemu mencurahkan kasih sayangnya pada si isteri. Kerana satu fitnah, bahagia yang mula dikecapi mulai musnah. Ego Ezmir Raykal tercabar apabila Dhia Arissa meminta untuk dilepaskan. Ezmir Raykal nekad mahu membawa diri jauh dari hidup Dhia Arissa. Kala si suami menjauh, Dhia Arissa mula merindui. Dia mencari Ezmir Raykal dan cuba memujuknya. Namun, hati Ezmir Raykal bagaikan tertutup untuk Dhia Arissa. Buatlah apa sahaja, Dhia Arissa. Sedikit pun Ezmir Raykal tak hairan. Dapatkah Dhia Arissa mendapatkan semula cinta Ezmir Raykal? Benarkah hati Ezmir Raykal sudah tertutup isterinya?
MR. ICY LECTURER (complete ✅) by officialnnmr
officialnnmr
  • WpView
    Reads 508,654
  • WpVote
    Votes 7,110
  • WpPart
    Parts 106
⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seorang gadis bernama Nia Adellia. Izz Zafran ialah lelaki pertama yang bertakhta di hati Nia Adellia. Sedari kecil mereka memang rapat seperti belangkas. Ke mana sahaja Izz Zafran pergi, pasti Nia Adellia ada bersama. Cinta yang diucap, seringkali ditolak oleh sang jejaka idaman, namun Nia Adellia tidak berputus asa. Sehinggalah lamaran daripada ibu saudaranya, iaitu ibu kepada Izz Zafran seakan membuka ruang untuk Nia Adellia memiliki hati Izz Zafran. Dengan terpaksa, Izz Zafran bersetuju untuk mengahwini Nia Adellia walaupun dia hanya menganggap gadis itu seperti adik kandungnya sendiri. Nia Adellia tidak berputus asa untuk membuat Izz Zafran, suami yang juga pensyarahnya di universiti untuk jatuh cinta padanya. Meskipun perkahwinan mereka dirahsiakan daripada pengetahuan umum, Nia Adellia tidak peduli. Izz Zafran dingin melayani isterinya. Dia melayan Nia Adellia sama seperti pelajar lain, tiada layanan yang istimewa. Kerana hati Izz Zafran bukanlah milik isterinya, tetapi milik Raihana. Cintanya pada Raihana tidak pernah padam sejak zaman sekolah menengah lagi. Izz Zafran nekad, dia mahu mengahwini Raihana kerana hanya Raihana yang dicintainya. Nia Adellia terima. Dia rela dimadukan asalkan Izz Zafran tetap menjadi suaminya sehingga akhir hayatnya. Namun, dia juga punya hati dan perasaan. Seringkali diabaikan suami, menyebabkan hati Nia Adellia terluka. Benarkah Izz Zafran jodoh yang terbaik untuknya?
KIRANA, MY DEAREST (complete ✅) by officialnnmr
officialnnmr
  • WpView
    Reads 56,405
  • WpVote
    Votes 1,831
  • WpPart
    Parts 84
⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan ❗Novel ini adalah sambungan daripada novel 'My Beloved Babysitter'. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, pembaca dinasihatkan untuk membaca novel pertama sehingga tamat terlebih dahulu sebelum membaca novel ini ya ☺️☺️ Selepas lima tahun, kehidupan rumah tangga Kirana dan Ashraff Nadim sangat bahagia. Kasih sayang mereka semakin bercambah dengan kehadiran Afieq Khalish, permata hati mereka. Namun, rumah tangga mana yang tidak dilanda badai? Kehadiran Julayka, sepupu arwah Sofea, muncul untuk menghancurkan kasih sayang Kirana dan Ashraff Nadim. Sikap Ashraff Nadim mula berubah. Dari seorang yang penyabar dan penyayang, berubah menjadi pembengis. Setiap hari Kirana dipukul dan dihina. Bukan sahaja Kirana yang menjadi mangsa, malah Afieq Khalish juga turut menjadi mangsa baran Ashraff Nadim. Sehinggalah satu hari, Kirana diceraikan tanpa sebarang alasan. Ashraff Nadim menghalau Kirana dan Afieq Khalish dari rumah agamnya. Nadine Aulia yang pulang bercuti, terkejut dengan berita yang didengarinya. Dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada papanya. Dengan pertolongan kawan baik papanya, Nadine Aulia cuba menyelamatkan hubungan Ashraff Nadim dan Kirana. Setelah semuanya terbongkar, Ashraff Nadim mula menyesal dan cuba memujuk Kirana semula. Namun, Kirana sudah tawar hati. Mampukah Nadine Aulia menyatukan semula Ashraff Nadim dan Kirana? Adakah Kirana dapat menerima Ashraff Nadim semula selepas dia dilayan kejam oleh bekas suaminya itu? Bolehkah cinta pertama bertahan sampai hujung nyawanya? Berjayakah Ashraff Nadim memujuk Kirana atau dia bakal kehilangan perempuan kesayangannya selama-lamanya?
ISTERI UNTUK MR. DUDA (complete ✅) by officialnnmr
officialnnmr
  • WpView
    Reads 545,021
  • WpVote
    Votes 12,031
  • WpPart
    Parts 101
⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Nur Atiya, seorang gadis yang ceria langsung tidak menyangka akan jatuh cinta pada seorang duda yang merupakan majikan di tempat kerjanya. Pertemuan kali pertama mereka terus membuatkan hati Atiya terpaut pada lelaki itu. Syed Arman, seorang duda yang berusia pertengahan 30-an, baru sahaja bercerai dengan bekas isterinya. Perceraian yang terjadi gara-gara sikap terburu-buru menyebabkan Syed Arman menjadi duda gila talak. Sayangnya pada Nayla, bekas isterinya terlalu dalam. Syed Arman bertindak melamar Atiya sebagai isterinya hanya untuk membuatkan Nayla cemburu dan juga kerana ego. Atiya akur dan dia rela dijadikan boneka Syed Arman asalkan lelaki itu menjadi miliknya. Namun, sehebat mana Syed Arman cuba menafikan perasaan asing yang mulai bertapak di hati, dia terpaksa akui hatinya mula menerima Atiya sedikit demi sedikit. Obsesinya pada Nayla mulai pudar semenjak dia mengenali isterinya yang bernama Nur Atiya itu. Tetapi, benarkah Nur Atiya adalah jodoh yang terbaik untuknya? Bagaimana jika Nayla kembali di dalam hidupnya? Di antara Nur Atiya dan Nayla Afrina, siapakah yang Allah s.w.t. tetapkan untuk menjadi isteri buat Mr. Duda?
HIS PRECIOUS ANGEL by itsnrlse
itsnrlse
  • WpView
    Reads 17,468
  • WpVote
    Votes 709
  • WpPart
    Parts 60
HIS SERIES 1 𝑫𝒂𝒓𝒓𝒆𝒏 𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑬𝒅𝒘𝒂𝒓𝒅 & 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒍𝒚𝒂 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍𝒊𝒏𝒂 𝑪𝒍𝒂𝒓𝒂 Siapa saja yang tidak kenal dengan Darren Arjuna Edward? Anak kepada salah seorang billionaire iaitu Tuan Muda Arcy Xaivier Arjuna. Abang sulung kepada Nur Dalia Dalisya, Asyraaf Dhariz Xaivier, Cahaya Aisy Darchelle dan Dariel Arjuna Enrique. Adellya Angelina Clara atau lebih mesra dipanggil Clara merupakan seorang gadis yang sering dipulaukan oleh keluarganya. Kewujudan Darren sedikit sebanyak mengubah hidupnya. Pertemuan mereka berdua saat berada di bangku sekolah menengah membuatkan Darren terjatuh hati pada si gadis namun si dia telah tawar hati. START: 24/5/2024 END: 2/6/2024
Han's: His Aching Allure  by aryanasyaa
aryanasyaa
  • WpView
    Reads 80,026
  • WpVote
    Votes 2,319
  • WpPart
    Parts 71
Tengku Aryana Alissa Shah lebih mesra disapa sebagai Syaa. Syaa - Anak kedua kepada Tengku Hayyan Denniz Shah dan Puan Nazliyana. Syaa baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan dan pembedahan di Boston dan kini pulang ke Malaysia. Setelah dipujuk berkali-kali oleh Tengku Hayyan agar bekerja di hospital miliknya, Syaa akhirnya mengalah dan menolak tawaran kerja dari hospital berprestij yang lain. Syaa telah menutup pintu hatinya untuk mencintai seseorang setelah peristiwa 2 tahun lepas, yang berlaku sewaktu dia bercinta ketika belajar dahulu. Namun, pertemuannya dengan seorang lelaki yang dingin dan beku sewaktu dia merawat lelaki itu tempoh hari telah mengubah hatinya. Dia jatuh cinta pandang pertama ke? Lebih parah, mereka selalu terserempak setelah itu, dan lelaki itu membuatkan Syaa tidak keruan. Syaa tidak seperti dirinya sendiri apabila berhadapan dengan lelaki dingin itu. Persoalannya, adakah waktu itu benar-benar kali pertama dia berjumpa dengan lelaki itu? "Kalau Syaa setuju, Han pun setuju," balas Tengku Adrian Darren Han De luca Shah kepada Tengku Arisa Dania. Perkahwinan mereka lebih kepada bercinta selepas nikah. Namun, setelah mereka merasa selesa dan sayang antara satu sama lain, banyak rahsia yang mula terungkai yang mula menggoyahkan hubungan suami isteri itu. Start: 4 September 2024 End: Slow update.
My Love, Dr.Ghamiya  by LoveBlack_Roses
LoveBlack_Roses
  • WpView
    Reads 57,092
  • WpVote
    Votes 2,744
  • WpPart
    Parts 54
***3rd story*** Status: on going Tengku Qayyum Qadir X Raja Ghamiya Sophia Kalau nak lebih faham jalan cerita, author sarankan pembaca semua baca cerita first dulu iaitu My Soul Cassandra dan kedua My Dear Lily. Tapi nak baca yang ni dulu pun, okey je. Mana-mana pun boleh. !!!!!WARNING!!!!! This story contain: ⛔ Harsh words! ⛔ Sexy storyline & No censored ⛔ Cliche! Cliche! Cliche! ⛔ Big NO to PLAGIARISM (TOLONG JANGAN SESEKALI CETAK KELUAR IDEA ORANG LAIN YA! BUKAN SENANG TAU NAK HASILKAN SESEBUAH KARYA TU!! RASA NAK PECAH OTAK BERFIKIR) 🌹100% IDEA AUTHOR. 🌹Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Start: 30 April 2023 End: