my friends storyy's🫶🏻
10 stories
OG | Petals of Fate  by rinavelle3
rinavelle3
  • WpView
    Reads 222
  • WpVote
    Votes 51
  • WpPart
    Parts 14
Leeya Latifah, seorang gadis ringkas yang bekerja di kedai bunga Daisy & Dreams, tidak pernah menyangka rutin paginya yang kelam-kabut akan berubah rentak selepas bertemu dengan Hazim Arrian. Lelaki itu muncul bukan sekadar sebagai pelanggan, tetapi sebagai sosok yang penuh rahsia, memesan bunga buat kekasihnya, Sofea Ariqa. Namun, di sebalik ketegasan wajah Hazim, ada sekeping hati yang sedang mencari erti kesetiaan dan keredaan. Leeya pula, dalam diam mula mengagumi cara Hazim menghargai wanita, tanpa menyedari bahawa nama "Sofea Ariqa" itu bakal menjadi jambatan yang menghubungkan takdir mereka dalam cara yang tidak diduga. Pertemuan demi pertemuan yang diaturkan-Nya mula membibitkan rasa. Namun, mampukah cinta itu mekar jika ia bermula dengan bayang-bayang wanita lain? Di antara tuntutan syariat dan debar di dada, Leeya dan Hazim perlu belajar bahawa cinta yang sebenar adalah cinta yang membawa mereka lebih dekat kepada Pencipta. "𝘒𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘣𝘶𝘯𝘨𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘢𝘯𝘵𝘪𝘬 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘩𝘢𝘳𝘶𝘮, 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘫𝘢𝘨𝘢 𝘬𝘦𝘴𝘶𝘤𝘪𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘵𝘪𝘣𝘢 𝘸𝘢𝘬𝘵𝘶 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘥𝘪𝘱𝘦𝘵𝘪𝘬."
Mr. Secret Admirer [OG] by fashamimiey
fashamimiey
  • WpView
    Reads 1,882
  • WpVote
    Votes 360
  • WpPart
    Parts 50
~ 𝓢𝓘𝓝𝓞𝓟𝓢𝓘𝓢 ~ Dalam kehidupan yang sibuk, seorang wanita muda bernama Melissa telah sering menerima surat cinta tak bernama. Dia sangka itu adalah ulah kekasih hatinya. Namun, kekasihnya memberitahu bahawa dia sama sekali tidak pernah menghantar apa-apa surat. Mereka juga sering bertemu. Jadi, menghantar surat bukan lagi cara mereka berkomunikasi. Situasi tersebut menimbulkan banyak tanda tanya kepada Melissa. Siapakah yang menghantar surat itu selama ini? Adakah daripada orang yang dikenali? "Mr. Secret Admirer" adalah sebuah cerita cinta yang penuh misteri, pengorbanan dan kebahagiaan. 🤍•Sebuah karya : fashamimiey 🤍•Start : 21/12/2025 🤍•Finish : 🩶•𝑷𝒆𝒓𝒕𝒂𝒎𝒂 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒍𝒊, 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒈𝒊𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒖𝒄𝒂𝒑𝒌𝒂𝒏 𝒋𝒖𝒕𝒂𝒂𝒏 𝒕𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒃𝒂𝒄𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒖𝒅𝒊 𝒎𝒆𝒍𝒖𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒂𝒔𝒂 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒄𝒂 𝒌𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒌 𝒔𝒆𝒃𝒆𝒓𝒂𝒑𝒂 𝒊𝒏𝒊. 𝑺𝒐𝒌𝒐𝒏𝒈𝒂𝒏, 𝒌𝒐𝒎𝒆𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒕𝒊𝒂𝒑 '𝒗𝒐𝒕𝒆' 𝒌𝒂𝒍𝒊𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒂𝒕 𝒃𝒆𝒓𝒎𝒂𝒌𝒏𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒏𝒈𝒂𝒕 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒕𝒆𝒓𝒖𝒔 𝒎𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔. 𝑻𝒆𝒓𝒖𝒔𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒐𝒎𝒆𝒏, 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒔𝒖𝒌𝒂 𝒃𝒂𝒄𝒂😍. 🩶•𝑺𝒆𝒎𝒐𝒈𝒂 𝑲𝒊𝒔𝒂𝒉 𝒊𝒏𝒊 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊 𝒔𝒆𝒔𝒖𝒂𝒕𝒖 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒊𝒏𝒅𝒂𝒉 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒉𝒂𝒕𝒊
𝐚𝐥𝐲𝐚 𝐢𝐬𝐚𝐛𝐞𝐥𝐥𝐚 by lyaaaalurve
lyaaaalurve
  • WpView
    Reads 107
  • WpVote
    Votes 27
  • WpPart
    Parts 6
Alya dia anak tunggal dan hendak masuk ke sekolah baru... Dan dia bertemu dengan seorang lelaki yang membencinya... "ALYA TAK NAK KAHWIN DENGAN DIA !!! "-Alya Isabella " Jangan degil Alya ini keputusan papa"-encik ersyad. Encik Ersyad masih bernekad untuk menyatukan anak dia bersama dengan Tuan Rayyan. Apabila mereka bertemu kembali Alya dia bekerja sebagai seorang penjaga cafe, dan Rayyan pula bekerja sebagai seorang pemilik syarikat '𝘙𝘈𝘠𝘠𝘈𝘕 𝘐𝘚𝘒𝘈𝘕𝘋𝘈𝘙 𝘏𝘖𝘓𝘋𝘐𝘕𝘎𝘚'. Rayyan kini dia mengikut ajaran ayahnya mewarisi Syarikat sendiri dari umur muda. ......... Selepas berbulan-bulan Alya baru tahu yang ayahnya menghidap penyakit kanser. -Adakah Alya menerima keputusan itu? -Adakah mereka akan menjadi pasangan yang bahagia? -Adakah hubungan mereka akan kekal hingga akhir cerita ini? -Adakah ayah Alya akan memaafkan Alya atas perbuatan nya terdahulu? ★★★ [Saya ingin meminta maaf jika ada typo di dalam cerita ini kerana ini cerita pertama saya kalau ada kekurangan saya ingin meminta maaf dari awal ]. Jangan pernah bosan untuk dengar maaf dari saya☺ ___________________________________ ~Selamat membaca hasil tangan Ku~
His Secret Admirer [OG] by Lyhanelle
Lyhanelle
  • WpView
    Reads 967
  • WpVote
    Votes 531
  • WpPart
    Parts 10
[My First Story!♡] - SLOW UPDATE "It's easier to watch from afar than risk the world knowing how much I care." -Hilyana Farzana Hilyana Farzana sentiasa percaya hidupnya akan tenang... Buku, dunia fiksyen, dan hari-hari yang dilaluinya tanpa banyak suara. Tapi ketenangan itu mula terganggu. Satu pandangan yang terlalu lama singgah. Satu nama yang kerap muncul tanpa diminta. Dan satu perasaan yang tumbuh diam-diam, walaupun dia cuba menafikannya. Aakif Zaydan. Tenang, berprinsip, dan penuh fokus. Seseorang yang hadir tanpa janji... namun cukup untuk membuatkan hati Hilyana berhenti seketika. Tetapi adakah dia benar-benar untuk Hilyana, atau hanya bayangan yang menimbulkan rasa ragu? Salah faham mula muncul. Pandangan menjadi berat. Luka hadir tanpa niat meninggalkan kesan, bukan sahaja pada mata... tetapi juga pada hati. Di saat Hilyana cuba memahami perasaannya sendiri, datang pula kehadiran lain yang mengubah suasana. Bukan sebagai pengganti, tetapi cukup untuk mencetuskan persoalan yang lebih rumit daripada sekadar 'suka'. Kerana bagaimana jika rasa itu tidak pernah sehala? Bagaimana jika diam disalah tafsir sebagai menjauh? Dan bagaimana jika sesuatu yang tidak pernah diluahkan... sebenarnya telah lama disedari orang lain? Apabila jarak mula terbentuk, satu soalan kekal tanpa jawapan adakah perasaan itu masih boleh diselamatkan... atau ia sudah pun terlambat sejak awal? Start: 10/1/2026 End: ???
𝑹𝒂𝒊𝒔𝒚𝒂 𝒎𝒂𝒅𝒊𝒏𝒂:𝒅𝒆𝒂𝒓 𝑨𝒊𝒅𝒆𝒏 (C) by Elsya_dear
Elsya_dear
  • WpView
    Reads 3,392
  • WpVote
    Votes 184
  • WpPart
    Parts 22
𝘛𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘮𝘦𝘴𝘵𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘣𝘦𝘯𝘤𝘪 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘶𝘩, 𝘬𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨, 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘳𝘦𝘭𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘰𝘳𝘣𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘶𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘬𝘪𝘵𝘢, 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘥𝘪𝘢... " 𝘕𝘢𝘮𝘢 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘢𝘥𝘪𝘯𝘢 𝘳𝘢𝘪𝘴𝘺𝘢! 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘳𝘢𝘪𝘴𝘺𝘢 𝘮𝘢𝘥𝘪𝘯𝘢! " " 𝘕𝘢𝘭𝘶𝘳𝘪 𝘴𝘢𝘺𝘢, 𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘵𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 awak 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘱𝘶 𝘴𝘢𝘺𝘢. 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭 𝘬𝘦? 𝘮𝘢𝘥𝘪𝘯𝘢 𝘳𝘢𝘪𝘴𝘺𝘢? " 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢, 𝘥𝘪𝘢 𝘳𝘦𝘭𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘰𝘳𝘣𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴𝘬𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢. 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘳𝘪𝘯𝘥𝘶, 𝘥𝘪𝘢 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪, 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳 𝘯𝘺𝘢......... 𝑭𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒄𝒆𝒓𝒊𝒕𝒂.. 𝒔𝒐𝒓𝒓𝒚 𝒌𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒂𝒅𝒂 𝒕𝒚𝒑𝒐 𝒔𝒊𝒌𝒊𝒕... 𝑻𝒉𝒂𝒏𝒌 𝒚𝒐𝒖 𝒂𝒍𝒍 𝒇𝒐𝒓 𝒃𝒆𝒊𝒏𝒈 𝒘𝒊𝒍𝒍𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒐 𝒓𝒆𝒂𝒅 𝒎𝒚 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚. 𝑻𝒉𝒆 𝒘𝒓𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝒊𝒏 𝒕𝒉𝒊𝒔 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚 𝒎𝒂𝒚 𝒏𝒐𝒕 𝒃𝒆 𝒃𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒃𝒖𝒕 𝒕𝒉𝒆 𝑳𝒐𝒗𝒆 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚 𝒐𝒇 𝑹𝒂𝒊𝒔𝒚𝒂 𝒂𝒏𝒅 𝑨𝒊𝒅𝒆𝒏 𝒊𝒔 𝒃𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒆𝒏𝒐𝒖𝒈
OG | CRIMSON EDGE by rinavelle3
rinavelle3
  • WpView
    Reads 323
  • WpVote
    Votes 101
  • WpPart
    Parts 34
Selena Maris ialah seorang blade assassin dalam kumpulan elit Crimson Edge, hidup dalam dunia yang dipenuhi darah, rahsia dan misi tanpa belas kasihan. Perasaan bukan pilihan. ia kelemahan yang boleh membawa maut. Namun segalanya berubah apabila dia dipertemukan semula dengan Lucien Dray, lelaki misteri dari masa lalunya yang kembali bersama rahsia berbahaya dan kaitan dengan organisasi pembunuh kejam, Nocturne. Di tengah peperangan dan pengkhianatan, Selena mula berdepan musuh paling menakutkan dalam hidupnya.Perasaanya sendiri terhadap lelaki yang tidak sepatutnya dia percayai. Apabila rahsia tentang keluarganya terbongkar, Selena sedar masa lalunya jauh lebih gelap daripada yang dia sangka. Dan dalam dunia yang hanya mengenal kematian... adakah cinta masih mampu bertahan? ✦ 𝓢𝓽𝓪𝓻𝓽: 18 𝓙𝓪𝓷𝓾𝓪𝓻𝓲 2026 ✦ 𝑭𝒊𝒏𝒊𝒔𝒉: - 𝓙𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 𝓵𝓾𝓹𝓪 𝓿𝓸𝓽𝓮 𝓭𝓪𝓷 𝓭𝓻𝓸𝓹 𝓬𝓸𝓶𝓶𝓮𝓷𝓽 𝓾𝓷𝓽𝓾𝓴 𝓼𝓾𝓹𝓹𝓸𝓻𝓽 𝓼𝓪𝔂𝓪 𝓽𝓪𝓾. 𝓔𝓿𝓮𝓻𝔂 𝓿𝓸𝓽𝓮 𝓪𝓷𝓭 𝓬𝓸𝓶𝓶𝓮𝓷𝓽 𝓻𝓮𝓪𝓵𝓵𝔂 𝓶𝓮𝓪𝓷𝓼 𝓪 𝓵𝓸𝓽 𝓽𝓸 𝓶𝓮 🤍🤍
REZ : HIS BEAUTIFUL  | OG  by aelrosesy
aelrosesy
  • WpView
    Reads 2,126
  • WpVote
    Votes 375
  • WpPart
    Parts 8
𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐫𝐞𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐢𝐬 || 𝐀𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐋𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚 "Happines was just a word, until you become the meaning behind it" -Tengku Adrean Luis Seorang gadis yang terjerat dengan kekejaman bapa kandungnya sendiri. Ariana Larisa. Gadis yang dihina dan dibenci oleh bapanya kerana dianggap punca kematian ibunya ketika usia 7 tahun. Tambah pula ibu dan adik tirinya menjerat kehidupannya menjadi semakin rumit. Di suatu hari Ariana Larisa tiada apa yang tinggal, dia ditemukan dengan seorang jejaka yang bakal membawa kehidupannya berubah mendadak. Tengku Adrean Luis. Jejaka yang berwatakan dengan wajah dingin, serius, malah dia juga seorang lelaki yang tidak mudah membantu orang lain dengan simpati. Orang kata "SOMBONG!" "Awak ni siapa?" -ARIANA LARISA "Aku manusia la, ada nampak aku ni ada ekor ke?" -TENGKU ADREAN LUIS Kehidupan Ariana Larisa selepas berjumpa dengan jejaka bermata kelabu itu, hidupnya bahagia tetapi ada sesuatu yang menariknya untuk dia tidak boleh memiliki kebahagiaan. "Kenapa Riana rasa dipinggirkan walaupun orang itu kata dia selalu dekat dengan Riana?" -ARIANA LARISA UPDATE TODAY 8 FEB - PERTUKARAN NAMA HEROINE
His : Haninda Amara [OG] by lyaamysarah
lyaamysarah
  • WpView
    Reads 7,121
  • WpVote
    Votes 819
  • WpPart
    Parts 12
[FIRST STORY] - SLOW UPDATE 「 𝑻𝒘𝒐 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒔, 𝑶𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 」 ˗ˏ' Nur Haninda Amara ♡ Tengku Qays Adyan 'ˎ˗ Nur Haninda Amara, gadis yang tak lekang dengan senyuman, bukan kerana bahagia tetapi untuk menutup luka lama yang pernah meragut sebahagian hidupnya. Tragedi silam itu meninggalkan trauma yang perlahan-lahan menuntut penyembuhan. Tengku Qays Adyan membina hidupnya dengan satu tujuan, iaitu menjadi yang terbaik demi ibunya. Di sebalik kehidupannya yang tampak sempurna dari luaran, dalam diam Qays dihantui dengan bayangan silam yang pernah menghancurkan dirinya sejak kecil lagi. Dua jiwa yang terluka ini disatukan dalam sebuah ikatan yang lebih mulia daripada sekadar cinta. Saat bahagia menyapa, Amara mula percaya bahawa luka lama, walau sedalam mana sekalipun, mampu disembuhkan... selagi mereka saling ada untuk menyembuhkan. "Hubby sayangkan sayang sampai bila-bila..." -Tengku Qays Adyan Namun di sebalik senyuman dan janji setia, terselit seribu satu rahsia lama yang menuntut kebenaran. Sedikit demi sedikit, kepercayaan dan kesetiaan cinta mereka diuji oleh dugaan yang tidak terduga, sehingga hati yang pernah sembuh kembali runtuh. "Sampai bila lagi? Saya dah penat, Qays!" -Nur Haninda Amara Mampukah Amara mengecapi bahagia untuk kesekian kalinya? Dan mampukah Qays mengembalikan cahaya dalam hidup Amara, tanpa melepaskan cinta yang mereka bina? "𝒀𝒐𝒖'𝒓𝒆 𝒕𝒉𝒆 𝒔𝒕𝒂𝒓 𝒕𝒉𝒂𝒕 𝒍𝒊𝒈𝒉𝒕𝒔 𝒎𝒚 𝒔𝒉𝒂𝒅𝒐𝒘𝒆𝒅 𝒘𝒐𝒓𝒍𝒅." ⚠️ 100% MY OWN IDEAS ‼️ 🚫 NO PLAGIARISM ALLOWED ‼️ 🤏🏻 AYAT TERABUR SIKIT. 🙏🏻 MAAF KALAU BANYAK KESALAHAN. 💞 SLOW UPDATE. START : 30 NOVEMBER 2025 END : ?
Her second love: Her First Big Hope || SLOW UPDATE by Qairyin_
Qairyin_
  • WpView
    Reads 241
  • WpVote
    Votes 109
  • WpPart
    Parts 17
Khairina Adreena - seorang gadis yang dulunya ceria, selamba, merendah diri dan baik tetapi oleh kerana keadaan mengubahnya, dia menjadi seorang yang dingin, pendiam dan lebih matang. Dia juga menjadi anti-lelaki. Hafiidh Danish - seorang lelaki yang friendly, soft spoken dan aktif sukan. Dia juga pernah menaruh perasaan pada Khairina tetapi terpaksa mengabaikan gadis itu oleh kerana sesuatu yang tidak dapat dielakkan demi masa depan gadis itu.