current read
4 stories
Promise You'll Stay by rxygirlanna
rxygirlanna
  • WpView
    Reads 5,787
  • WpVote
    Votes 612
  • WpPart
    Parts 126
Pertemuan mereka bermula secara tak sengaja. Harry, seorang doktor yang tenang dan professional, dan Carla, gadis yang cuma mahu lari daripada masa silamnya. Satu pertemuan, kemudian Carla hilang dari radar. Harry tak pernah menyangka mereka akan bertemu semula... dan kali ini, Carla tanpa sedar melangkah masuk ke dunia lelaki itu. Perlahan-lahan, sikap Harry yang protective dan caring mencuri hati Carla. Dari pertemuan yang tanpa sengaja, ke satu detik bahagia yang lain, dan akhirnya mereka berkahwin. Bersumpah janji bersama sehingga ke akhirnya. Tapi masa silam Carla tak pernah hilang. David, lelaki yang pernah hampir memusnahkan hidupnya, kembali dengan ugutan yang menjerat. Untuk melindungi Harry, Carla memilih untuk diam. Sedikit demi sedikit, kepercayaan yang mereka bina mula retak. Sekelip mata, seluruh dunia yang dia pertahankan runtuh. Harry yang tak pernah menyerah, akhirnya memilih untuk meninggalkan London dan pulang ke Malaysia. Carla tak mampu biarkan semuanya berakhir begitu. Tanpa pengetahuan sesiapa, dia menjejaki lelaki yang dia cinta ke tanah airnya. Tapi di sana, ujian baru menanti. Keluarga Harry, terutama umi yang tidak tahu kewujudan dia. Amira, wanita yang bakal dijodohkan dengan Harry dan bayang-bayang David yang tak akan berhenti mengejar. Adakah Harry sanggup membuka hatinya semula? Adakah Carla cukup kuat untuk berjuang sekali lagi? Dan... bila David sedar Carla sudah jauh darinya, sejauh mana dia akan pergi untuk merampas kembali apa yang dia anggap miliknya? Sebuah kisah cinta yang bermula dengan janji setia, kemudian meledak dengan rahsia, pengkhianatan, dan pertarungan antara rasa takut dan kepercayaan. Mampukah mereka akhirnya temui kebahagiaan... atau cinta ini hanya tinggal janji?
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 683,593
  • WpVote
    Votes 56,847
  • WpPart
    Parts 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
Whispered Love by amorealyn
amorealyn
  • WpView
    Reads 120,386
  • WpVote
    Votes 5,456
  • WpPart
    Parts 43
Perkahwinan mereka diatur oleh keluarga. Bukan kerana cinta, tapi kerana nama. Tapi dalam diam, perasaan mula berbisik. "Loving you was never the plan but losing you was never an option either." - Evan Hernandez Richard "You were the silence I waited to hear from, and the noise I couldn't escape." - Evangeline Aurora Sinclair In the quiet between lies and longing, love whispered loudest.They didn't need the words.Because every kiss, every lingering hug, every choice was whispered love. Start : 14 July 2025 Status : ongoing Language : English, Bahasa Melayu and Bahasa Indonesia amorealyn's first ever debut wattpad story ♡
Beri Aku Waktu by Americarlla
Americarlla
  • WpView
    Reads 67,952
  • WpVote
    Votes 4,971
  • WpPart
    Parts 53
Selepas setahun menghilang tanpa penjelasan, Ayesha kembali membawa pulang seorang bayi perempuan bernama Ameena, sekali gus mencetuskan seribu tanda tanya tentang siapa bapa kandungnya. Bagi menutup aib itu, Ayesha terpaksa menerima Idris, sepupu yang dibencinya, sebagai suami. Namun, perkahwinan paksa itu membibitkan konflik yang jauh lebih sulit dan rumit. Berikutan satu tragedi hitam pada masa lalu, Idris rela menjadi 'Pak Sanggup' kerana dia teramat yakin bahawa Ameena ialah anaknya. Bahkan, dia menganggap Ayesha sengaja menafikan haknya sebagai bapa kepada Ameena. Sebaliknya, Ayesha terpaksa menelan segala tohmahan sendirian kerana hakikat sebenar jauh lebih mengerikan-dia sendiri tidak tahu siapa bapa kandung Ameena. Malah, dia juga sedang menjejaki lelaki itu demi menuntut bela atas penderitaan seseorang. Dalam rumah tangga yang sarat dengan teka-teki, dua jiwa ini saling memburu jawapan. Idris, meskipun masih keliru, tetap memilih untuk memberikan Ayesha waktu. Ayesha pula berharap pada waktu untuk merungkai kebenaran. Tanpa disedari, waktu jugalah yang memaut hati mereka untuk saling merawat luka, melindungi, dan membenarkan cinta itu mekar. Ada sebab mengapa Ayesha memilih untuk menghilang setahun yang lalu. Ada amanah yang perlu dipertahankan di sebalik kewujudan Ameena. Apabila waktu akhirnya membongkar identiti sebenar bapa kandung Ameena, maka terbuktilah-siapa yang harus dicurigai selama ini. "Aku hidup tanpa ada yang menghargai. Jadi, apalah sangat memberikan kau waktu... biarpun syaratnya aku terpaksa menanti dalam kebingungan yang entah bila ada noktahnya." - Idris "Kebenaran tidak pernah menakutkan, melainkan telinga yang diam-diam mendengar. Pemangsa tidak pernah berwajah raksasa... dia berwajah manis." - Ayesha. Start: Dec 2025 End: -