putvinrynfl
Alora Aeris - Sejak kecil, aku tak pernah perlukan sebab untuk membenci dia.
Cukup dengan melihat muka dia pun dah mampu merosakkan mood aku untuk satu hari.
Dia terlalu menyebalkan, terlalu suka masuk campur, dan paling aku benci , dia sentiasa bertindak seolah-olah dia tahu segala-galanya tentang aku.
Jadi kalau ada sesiapa yang bertanya siapa orang terakhir di dunia yang aku mahu jumpa semula, jawapan aku cuma satu.
Dia.
Malangnya, daripada semua orang yang boleh muncul semula dalam hidup aku... mestilah dia.
Archer Lance - " Kau boleh benci aku selama mana yang kau nak. "
Dia tersenyum kecil, tapi pandangan mata itu langsung tak berubah.
"Setahun, sepuluh tahun, atau sampai rambut kita sama-sama putih."
Dia melangkah pergi sebelum berhenti buat kali terakhir.
"Tapi jangan pernah harap aku akan berhenti ingat pasal kau."
Kerana bagi dia, kebencian aku bukan alasan untuk pergi.
Ia cuma bukti bahawa, walau apa pun yang berlaku, aku masih ada tempat dalam hidup dia.