best
3 stories
LITTLE LILY [ OG ] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 66,219
  • WpVote
    Votes 9,552
  • WpPart
    Parts 20
[ BOOK 5] Tiga puluh tahun menyendiri dalam dunia dan identiti palsu, dia akhirnya bertemu nafas baharu. Asbab untuk terus hidup. "Saya teka, nama sebenar cik bukan Rosli. Cik juga bukan seorang lelaki." "Pandai awak teka. Nama saya Limah." Limah kawal senyuman. Pertama kali ada manusia reti teka jantina dirinya. Walau pertemuan kali pertama mereka tidak indah, Limah tak tahu kenapa dia asyik bermimpi di siang hari. Berangan, mahu kekal menjadi kecil. "Lah? Tiba- tiba jadi makin kecil pula bandar Deland. Pusing sana jumpa awak. Pusing ke sini pun jumpa. Tak sangka. Awak cari saya, sebab nak minta hutang kereta ke?" Masuk kali ketiga, Limah sudah tak reti bersangka baik. Tambahan pula lelaki asing itu sentiasa mengekorinya bersama dua orang jejaka perangai aneh. Gaya seperti pemiutang. "Kalau cik Limah sudi bantu. Kami bertiga mahu pinjam seorang 5 dollar dari cik Limah. Kami tak ada duit cash nak beli tiket bas." Tercengang Limah dengar pengakuan mereka. Tak sangka, wujud juga manusia yang tidak pernah menaiki bas. 5 dollar pun tiada! "Saya rasa, abang saya boleh tolong akak. Itupun kalau akak sudi tolong abang saya." Perkenalan Limah dengan seorang doktor cantik pula mengundang satu perasaan lama. Perasaan haram yang dia selalu cuba kuburkan. "Tolong macam mana?" -LIMAH "Kahwin dengan abang Muhammad." -ALTıN RUKSANA Permintaan si cantik, desakkan keluarga serta takdir seakan memihak kepada Muhammad. Jasad gagah Limah tersepit di tengah pintu hijrah. "Awak dah pandang? Pandang saya betul- betul. Tak menyesal? Saya bukan perempuan normal. Saya raksasa. Raksasa jahil. Menjijikkan." -LIMAH "Pada pandangan saya, kita sekufu." -MUHAMMAD ; Dia lelaki misteri, juga matang. Bersama rupa dan akhlaknya yang sempurna. Dengan tenang, Muhammad berjaya mengheret Limah kembali ke fitrahnya tanpa sebarang kekasaran, keluhan atau penyesalan. "Terima kasih, encik suami." -L . M "Terima kasih kembali, Lily permaisuri. -D . M. M
Dia Kekasih Bayangan |OG by thelykaa
thelykaa
  • WpView
    Reads 7,681
  • WpVote
    Votes 330
  • WpPart
    Parts 16
(Sequel) -"Sempurnakan Cinta Kita" 'Dia Kekasih Bayangan' ⭑.ᐟ Let me introduce the characters in this story ⭑.ᐟ ⭑.ᐟ Important character ⭑.ᐟ ╰┈➤ Tengku Ariyan Kasyaf (29 Tahun) ╰┈➤ Tengku Nayra Alana (28 Tahun) ╰┈➤ Tengku Naila Alisa (29 Tahun) ╰┈➤ Heziq Kyle (29 Tahun ) .𖥔 ݁ ˖ supporting character.𖥔 ݁ ˖ ╰┈➤Rayna Sofea (26 Tahun) ╰┈➤ Diandra Mellweson (28 Tahun) ╰┈➤ Nihan Herlin (23 tahun) ╰┈➤ Krish Henrry (25 Tahun) ╰┈➤ Saif Adam (25 Tahun) ╰┈➤Muhammad Arif Iskandar ( 29 Tahun) ╰┈➤ Muhammad Taufik Haikal (29 Tahun) ╰┈➤ Saferra Aurora Kerisya (8 Tahun) ˖⋆⭒˚.⋆Enjoy and happy reading ⋆⭒˚.⋆
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,867,977
  • WpVote
    Votes 414,003
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
+8 more