Naeltha
Karya ini hanyalah karya santai dan suka-suki saya sahaja.
📜 Nota: Karya ini adalah daripada saya sepenuhnya. Hak cipta terpelihara. Plagiat merupakan kesalahan serius dan dilarang sama sekali‼️📢
___________________________________________
Mengisahkan tentang pasangan bahagia, Idris Maleeq dan Iffa Auferia, yang sedang menyulam niat untuk mendirikan rumah tangga yang harmoni dan bahagia. Namun, angan mereka musnah serta merta apabila kemalangan menimpa Iffa.
Di hujung hayat Iffa, hanya satu permintaan yang dipinta buat Idris dan adiknya, Iman Aurelia, meneruskan perkahwinan idamannya. Permintaan yang diterima amatlah berat buat kedua-dua belah pihak. Sama ada calon, mahupun keluarga.
Akhirnya, kata sepakat menjadi jawapan semua pihak. Tiada yang dipaksa dan tiada yang terpaksa. Maka terjalinlah sebuah ikatan tanpa cinta, hanya janji untuk mencuba membahagiakan antara satu sama lain.
"Kita cuba, kita ikhtiar. Aku yakin, Allah pandang usaha kita. Yang selebihnya tawakal." -Idris Maleeq-
Perkahwinan bukan permainan.
Mereka cuba dan mencuba sehingga salah seorang daripada mereka berasa sesuatu yang lain sedang menghuni jiwanya. Namun, kata hanyalah kata. Iman tersedar satu perkara, selama hubungan ini berlayar, segala cubaan bukan mendorong ke arah cinta, namun hanya keselesaan.
"Layanan awak pada saya hanya seperti seorang abang yang melindungi adiknya. Awak tak pernah beri ruang pada diri awak untuk cintakan saya." -Iman Aurelia-
Hakikat itu menghentam dasar hati Iman, jiwanya sudah terikat cinta. Hatinya sudah mula memberikan reaksi apabila nama Idris disebut. Namun, mengapa ruang diantara mereka semakin menipis? Tujuan mereka semakin kabur. Adakah karam ditelan lautan, atau terus berlayar menuju pelabuhan?
Ya Allah, sesungguhnya aku berserah sepenuhnya kepada engkau...