New og
53 stories
The Endgame by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 22,517
  • WpVote
    Votes 1,730
  • WpPart
    Parts 46
STAND-ALONE ⋆͛︎ [Prequel & Spin-Off] Zade Archer. Memiliki perwatakan yang bertentangan daripada sepupunya. Dianggap tidak berperasaan dan kurang mahir dalam menunjukkan emosi, dia merupakan seorang pemain bola sepak atau posisi yang lebih tepat, penjaga gawang gol. Layla Anasia. Kerana minat dan bidangnya, dia bersetuju menjadi seorang pelatih peribadi bagi pasukan bola sepak Selangor FC namun martabat dirinya sebagai seorang wanita diperlekehkan. "Be with me for one year. Stay with me. Aku janji aku akan jaga kau." Angkara perbuatan orang lain, Zade sanggup menggadai dirinya demi Layla. Sukar untuknya berpura-pura tidak peduli bila hatinya inginkan Layla seorang. Apa yang Zade lakukan, semuanya berlandaskan satu perasaan. Cinta. Perasaan yang belum pernah dia rasai selama ini. Layla yang mengajarnya erti menyayangi. Tidak mungkin Zade mampu melepaskan Layla pergi.
ERNESTO DANIELS (SU) - EDITING by CikArdel
CikArdel
  • WpView
    Reads 106,122
  • WpVote
    Votes 3,628
  • WpPart
    Parts 76
2nd series of Black Butterfly. 𝐒𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐦𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐱 𝐄𝐫𝐧𝐞𝐬𝐭𝐨 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥𝐬 𝐄𝐫𝐧𝐞𝐬𝐭𝐨 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥𝐬, memiliki segala yang diinginkan. Dia seorang penguasa kejahatan, kekayaan, kekuasaan, dan keberanian untuk melanggar batas. Wajahnya yang dingin dan mata yang tidak terbaca menyimpan rahasia-rahasia yang lebih gelap dari malam itu sendiri. Di balik setiap senyum, terselip ancaman yang tak terucapkan, dan di balik setiap kata, terdapat kekuatan yang tak terbantahkan. Dalam dunia yang penuh dengan kegelapan, Ernesto Daniels berdiri sebagai penjelmaan dari segala ketakutan dan kekejaman. Dia adalah raja kegelapan, dan tak seorang pun berani menentang takhtanya kecuali orang-orang bodoh. 𝐒𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐦𝐞𝐥𝐢𝐚, she is innocent person. Gadis yang sangat lah lurus, selurusnya. Tetapi pandai mengambil hati orang. Dia wanita selalu tersenyum dan matanya selalu dipenuhi dengan kelembutan dan kebaikan. Namun, di balik senyumnya yang cerah, Sara menyembunyikan beban yang teramat berat. Terkadang Sara lupa untuk menjaga kesihatannya sendiri. Dia terlalu sibuk menolong orang lain hingga lupa untuk mengurus dirinya sendiri. Kebaikan hati Sara membuatnya terlalu banyak memikirkan kepentingan orang lain daripada dirinya sendiri. Baginya, kebahagiaan terbesar adalah melihat orang-orang di sekitarnya bahagia dan merasa terbantu. Kisah Sara Amelia adalah cerminan dari kebaikan yang tak terbatas, kelembutan yang menginspirasi, dan cinta yang tulus. Meskipun hatinya terlalu baik, Sara adalah sosok yang memancarkan cahaya di tengah kegelapan. Mereka bertemu tanpa dijangka. "I will kill who ever dares to mess with me." - Ernesto "Ma- maaf tu-tuan. Sa-saya tak sengaja." - Sara Amelia But, this woman. This woman made him want to know more about her. "Sara.. Sara Amelia.." [MATURE CONTENT] Read at your own risk. .
Bunga Jagaan Bodyguard [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 227,645
  • WpVote
    Votes 10,121
  • WpPart
    Parts 53
Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar dan kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dulu dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.
LOVE ILLUSTRATION by AKLLYSH
AKLLYSH
  • WpView
    Reads 826
  • WpVote
    Votes 40
  • WpPart
    Parts 42
Tengku Wasyeem Izham x Arissara Uyun Arissara Uyun seorang pelajar tahun akhir Master Animation memilih untuk membuat projek berkaitan BOMBA terutamanya unit RIM berjumpa dengan Tengku Wasyeem Izham di Balai Bomba tempat kerja Wasyeem dan Wasyeem memberikan layanan dingin kepada Arissara
[C] Cinta Terakhir by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 114,096
  • WpVote
    Votes 9,407
  • WpPart
    Parts 34
[SECOND BOOK] - PREKUEL HER ANGEL Genre: Family Drama + Healing Romance Qalish Amsyar x Zuheyr Iman + Zahra Imani 🤍 Pertemuan Qalish Amsyar dengan seorang budak lelaki bernama Zuheyr Iman di wad pediatrik berjaya mencuri sekeping hatinya. Kasihnya tumpah tanpa dia sedari. Jiwa kosongnya terisi dengan kehadiran budak itu. Pelbagai usaha dilakukan untuk menambat hati si kecil comel itu. Di kala lelaki sebayanya sibuk mengejar perempuan untuk dijadikan isteri, dia pula sibuk mengejar adik orang. Bila hati terlampau sayang, dia tidak sanggup berjauhan. Dia mahukan budak itu sentiasa dengannya. Oleh itu, keputusan drastik dibuat. Demi si kecil comel itu, lamaran diberi kepada kakak sulungnya. "Kahwin dengan saya. Saya nak jaga awak, Zahra." -Qalish Amsyar- Zahra Imani sebagai anak sulung, menggalas tanggungjawab untuk melindungi adiknya. Masa lalu mengajar Zahra untuk lebih berjaga-jaga apa lagi melibatkan adik bongsunya. Kehadiran Qalish sebagai watak baru dalam hidup mereka membuatkannya tidak senang. Apatah lagi bila si adik mula bergantung dengan 'orang luar' tersebut. Maka satu keputusan dibuat. Si kecil menjadi taruhan. Antara keluarga dan orang baru. Antara cinta dan kasih sayang. Yang manakah pemenangnya? Start: 4/1/2026 End: Highest Rank: #1 Wattpad Malaysia #1 Siblings #1 Healing #1 Love #1 Cute #1 Healing Romance #2 Malay #3 Trauma #3 Keluarga #3 Sayang #4 Family #9 Malay
My Grumpy Jealous Husband-TAMAT by ariana_arahman
ariana_arahman
  • WpView
    Reads 858,620
  • WpVote
    Votes 10,892
  • WpPart
    Parts 46
Aliya berkahwin dengan Faliq. Lelaki dingin dan serius yang sukar menunjukkan perasaan. Pilihan Nenek Aliya dan Mama Faliq. Di sebalik wajah tegas dan sikap grumpy itu, tersembunyi seorang suami yang sentiasa memerhati - Faliq tidak suka bila setiap pandangan lelaki lain yang berani singgah terlalu lama pada isterinya. Faliq tidak menjerit. Dia tidak suka bertengkar. Dia juga bukan lelaki yang mudah meluahkan cinta. Tetapi bila melibatkan isterinya? Dia berubah. Dia cemburu. Aliya pula suka mengusik. Suka melihat rahang Faliq menegang. Suka bila tangan suaminya spontan melingkar di pinggangnya - seolah-olah memberi amaran tanpa perlu bersuara. Aliya pernah lari kerana menyangka Faliq masih menyimpan perasaan pada wanita lain. Namun Faliq tak pernah mengejar sesiapa dalam hidupnya. Saat Aliya hilang kerana merajuk cukup untuk meruntuhkan ego seorang lelaki bernama Faliq. Kini, dia bukan sekadar mencintai. Dia melindungi. Faliq mungkin lelaki yang dingin. Mungkin juga suami yang pendiam. Tetapi satu perkara yang pasti - Dia tidak pernah berkongsi apa yang menjadi miliknya. Dan Aliya? Dalam diam... dia menyukai cara suaminya cemburu. note: cerita ni untuk 18 ke atas sahaja!!
BUNGA GIBRAN: Our Blooming Love by nadi-asya
nadi-asya
  • WpView
    Reads 2,939
  • WpVote
    Votes 783
  • WpPart
    Parts 23
BUNGA WARDAH x KASYAF GIBRAN Menjadi saksi perpisahan ibu dan ayahnya pada usia yang masih mentah membuatkan Bunga Wardah membesar menjadi seorang yang tak percayakan cinta. Baginya, cinta tak lebih daripada satu perasaan yang akan menyakitkan seseorang pada kemudian hari. Oleh itu, dia tekad untuk tidak terjerumus dengan rasa itu. Namun, pendiriannya mula goyah bila seorang lelaki muncul dalam hidupnya. Kasyaf Gibran, seorang doktor yang kononnya tak pedulikan soal wanita merangkap senior Wardah di hospital, berjaya membuatkan perasaan Wardah kacau bilau! Lagi haru, bila Kasyaf dengan berani menyatakan hasrat hatinya. "Come on, Wardah. Aku tahu kau ada perasaan yang sama dengan aku." - Kasyaf Gibran. Tapi disebabkan teringat segala penderitaan yang ibunya lalui kerana cinta, Wardah kaburkan perasaannya. "Jangan nak mengarut, Kasyaf. Sampai bila-bila pun aku tak akan balas perasaan kau!" - Bunga Wardah. Sejak itu, Wardah mula menjauhkan diri daripada Kasyaf. Tapi keadaan menjadi lebih rumit dengan adanya campur tangan Widad. Adiknya mula mengugut untuk gunakan kuasa walinya, mahu menjodohkan Wardah dengan lelaki lain jika dia berkeras tak mahu menerima Kasyaf. Dengan semua yang terjadi, apakah keputusan Wardah? Adakah Wardah tetap berdegil dengan tekadnya? Atau, dia ambil keputusan untuk melupakan tragedi yang menimpa ibu dan biarkan rasa hatinya menang?
CASANOVA LOVE (C°) by tihatti
tihatti
  • WpView
    Reads 144,844
  • WpVote
    Votes 12,633
  • WpPart
    Parts 52
Dia pencinta wanita namun dia juga tega musnahkan sekeping hati milik Hawa tanpa tiada rasa serba salah. Taruna Andika, sebaris nama indah tetapi tidak pada akhlak lelaki ini. Nakal, meninggi diri, penghancur hati. Ayat-ayat manis yang terlahir di lidah bukanya menyenangkan jiwa namun menghancurkan segenap rasa. Bagi dia...cinta sejati itu tidak wujud. Hanya cinta yang berpaksikan rupa dan harta. Bagi dia siapa sahaja mampu menerima insan tanpa wang dan kecantikan? Cinta? Pftttt jangan melawak dengan dia. Wanita hanya satu persinggahan untuk lempiaskan rasa bosan. Seperti mainan yang akan dibuang apabila sudah rosak dan cacat. Ego tinggi melangit, langsung dia tidak mahu melihat ke bawah hingga dia juga jatuh terduduk dek wanita yang pernah dia kecewakan dahulu. Tasneem Sufia . Dia hanya wanita yang pernah hadir dalam hidup Taruna, kehadiran nya mungkin sebagai satu lintasan sahaja dan tidak penting bagi lelaki itu namun si dia juga punca mengapa hidupnya berantakan seperti kaca menanti masa untuk berderai. Bagi Tasneem, Taruna ini adalah laki-laki yang langsung tidak layak merasai cinta! Taruna itu masa lalunya dan Jebat adalah masa kini nya. Jebat Andika, dia datang membawa rasa bahagia, membawa seribu kemanisan dan senyuman serta menyembuhkan luka yang dia sendiri tidak lakukan. Jebat Andika, saudara kepada Taruna. Dia sukakan Tasneem, dia cintakan Tasneem semenjak di bangku sekolah namun dia simpan kemas cinta dia pada wanita itu diam-diam dari jauh. Dia definisi lelaki yang lembut tutur katanya, mata miliknya redup penuh rasa kasih kepada Tasneem. Cinta dia agung kepada angkasa raya. " Pilih antara aku ataupun dia Tasneem."- Taruna Andika " Awak lelaki yang langsung tak layak merasa manis nya cinta Taruna."- Tasneem Sufia " Rasa cinta itu adalah anugerah yang paling indah Tuhan berikan kepada kita Tasneem dan tak semua mampu rasa anugerah itu."- Jebat Andika START: 22/2/2025 END: 6/9/2026
MY NAUGHTY GIRL | ON GOING 🐌 by _darkquill
_darkquill
  • WpView
    Reads 177,651
  • WpVote
    Votes 7,633
  • WpPart
    Parts 52
QISS MEDINA seorang penari Ballet antarabangsa yang lincah dan cantik bergaya. Dia juga seorang anak manja yang hidup dalam serba kemewahan. Namun, kemewahan sahaja tidak cukup baginya melainkan perhatian seorang jejaka yang sering melayannya dingin. "Abang, jom teman Qiss main Tennis petang ni." - Qiss Medina "Tak nak aku. Semua tu buang masa tahu tak." - Zarif Adwa ZARIF ADWA adalah seorang doktor pakar bedah yang juga merupakan salah seorang ahli Cloud of Palace yang diketuai Tengku Aqieef Darweesy. Berjumpa dengan Qiss Medina kembali membuatkan hidupnya huru hara. "Kenapa abang suka reject Qiss?" - Qiss Medina "Aku tak suka troublemaker macam kau." - Zarif Adwa "Kahwin dengan anak aku. By hook or by crook." - Dato' Qhalil "Kenapa saya?" - Zarif Adwa "Sebab anak aku suka kau." - Dato' Qhalil Dek tidak sanggup pihak perempuan melamarnya, Zarif Adwa bertindak menghantar rombongan meminang. Pada awalnya, berita itu agak mengejutkan Qiss Medina! Namun, lamaran itu tetap diterimanya kerana hatinya sudah lama mencintai si jejaka. "Kalau abang tak suka Qiss, cakap! Jangan seksa Qiss macam ni! Qiss pun manusia yang ada perasaan lah!" - Qiss Medina "Aku dah cakap awal-awal kahwin dulu. Aku tak cintakan kau Qiss Medina." - Zarif Adwa "Qiss benci abang!" - Qiss Medina "Kau nampak muka aku macam aku kisah ke?" - Zarif Adwa "Qiss, I tahu I salah sebab jatuh cinta pada you. But I want you to know that I really love you." - Mikael "Cinta tak seharusnya memiliki kan? Terima kasih." - Qiss Medina Betulkah tak ada sekelumit cinta Zarif Adwa pada Qiss Medina? Atau hanya ego semata-mata? Dan adakah Qiss akan terus bertahan dengan cintanya atau berpaling pada cinta suci yang dihulurkan Mikael? PUBLISHED: JULY 2024 COMPLETED: -