Hudanajwa__
- Reads 2,991
- Votes 231
- Parts 1
Adinda Lathifah memilih ketenangan di sebuah kafe buku kecil miliknya yang bernama Dinda's Chapter, jauh daripada cinta lama yang pernah menghancurkan kepercayaannya.
Aathif Noah pula adalah seorang Offshore Civil Engineer yang tidak pernah berhenti berada di sisi Adinda. Jiran yang suka mengusiknya sejak kecil itu kembali sebagai lelaki yang tenang, matang dan terlalu peka untuk seorang yang kononnya sekadar mahu "mengacau".
Apabila masa lalu Adinda muncul semula dengan tuntutan dan ancaman, Aathif tidak menjanjikan dunia, dia hanya berdiri, melindungi dan menunggu. Aathif berdiri di hadapan tanpa drama dan tanpa janji kosong.
Dia tidak memujuk dengan kata manis.
Dia melindungi dengan kehadiran.
Di antara trauma lama dan perasaan yang semakin jelas, Adinda harus memilih untuk
terus hidup dalam bayang ketakutan atau percaya pada cinta yang tidak pernah memaksa namun menunggu.
Kerana ada cinta yang tidak perlu menjerit,
ia cukup hadir dan tidak pernah pergi.