Lxyhavreb_
Selepas kakandanya dibunuh tanpa penjelasan oleh ayahandanya sendiri, Paduka Seri Maharaja Andalas, hidup Puteri Alderia berubah selamanya. Istana yang dahulu dipenuhi tawa kini dibayangi rahsia dan ketakutan. Hatinya dipenuhi persoalan - mengapa seorang ayah sanggup menumpahkan darah dagingnya sendiri?
Tanpa sempat meratapi kehilangan itu, Alderia diutuskan jauh dari istana atas titah ayahandanya, kononnya demi menjaga keselamatan kerajaan. Namun, di sebalik perintah tersebut, tersembunyi rahsia besar yang bakal menggoncang takhta.
Dalam pengembaraannya, Alderia mula menyedari bahawa kematian kakandanya bukanlah sekadar hukuman... tetapi pengorbanan terhadap sesuatu yang lebih gelap dan berbahaya. Semakin hampir dia kepada kebenaran, semakin jelas bahawa nyawanya juga menjadi taruhan.