Miss_Sofia04
- Bacaan 7
- Undian 1
- Bahagian 2
Kadang-kadang, cinta tidak perlu diungkapkan untuk dirasakan.
Bagi Rayzen Zarif, Alyna xenia adalah segalanya-sahabat yang selalu ada di sisinya sejak kecil, tempat dia berkongsi suka duka, juga alasan mengapa dia mampu tersenyum pada hari-hari paling gelap. Namun jauh di sudut hati lelaki itu, ada satu rahsia yang tak pernah berani dia luahkan-cinta yang dia simpan dalam diam.
Bagi Alyna, Rayzen bukan sekadar sahabat. Dia adalah lelaki yang tak pernah gagal menenangkan hatinya, lelaki yang hadir sebagai pelindung tanpa diminta. Namun setiap kali debar itu datang, dia memilih untuk menutupinya dengan tawa. Kerana dia tahu, satu pengakuan mampu meruntuhkan persahabatan yang dibina bertahun-tahun.
Mereka menyayangi dalam diam, menyembunyikan rasa dalam doa. Tetapi takdir tidak pernah berhenti menguji. Kehadiran lelaki lain dalam hidup Alyna membuat Rayzen dihantui rasa takut dan penyesalan. Sementara itu, Alyna pula mula keliru antara suara hatinya dan realiti yang sedang menjerat.
Sampai bila mereka mampu berpura-pura hanya sekadar sahabat?
Mampukah cinta yang tak terungkap itu bertahan, atau akhirnya lenyap ditelan waktu?
"Kerana sesungguhnya, yang paling menyakitkan bukanlah cinta yang ditolak... tetapi cinta yang tak pernah terucap."
---
💯 idea author
dilarang sama sekali plagiat..