new
2 stories
𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇 by schaazz
schaazz
  • WpView
    Reads 5,653
  • WpVote
    Votes 446
  • WpPart
    Parts 6
‎"Saman?" ‎ ‎KASYAF AL-TABRANI | berumur 28 tahun, santai orangnya dan lebih gemar meluangkan masa bersama orang tersayang. Inspektor polis, itulah peranan yang dijuluki dalam jabatan yang ditugaskannya. ‎ ‎BUNGA LAURA | berumur 22 tahun, sikapnya semanis namanya namun kebaikan yang dilakukan sering disalah guna oleh orang di sekelilingnya. Dia satu-satunya pelumba MotorPrix yang berjantina perempuan. ‎ ‎Bahu jalan merupakan tempat pertemuan pertama mereka. Tidak begitu indah bukan? Namun untuk Laura, dia rasa pertemuan itu indah dan mencipta satu perasaan dalam pelosok hatinya. Takdir terindah dalam hidupnya. ‎ ‎"Tuan... Terima kasih sebab saman saya." -Laura ‎ ‎"Kau pasti tak ada kad lain selain ic?" -Inspektor Kasyaf ‎ ‎Bagi Laura, Kasyaf umpama cahaya yang menerangi gelap hidupnya. Pertemuan yang dijangka cuma berlaku sekali, nyatanya berkali-kali apabila hidupnya kerap ditimpa kemalangan dan Kasyaf sentiasa ada. Hakikat sebenarnya, Kasyaf yang lebih lama memendam perasaan terhadap gadis itu tanpa disedari. ‎ ‎"Kahwin dengan aku, Bunga. Aku jaga kau." -Inspektor Kasyaf ‎ ‎"Bak kata orang tua, rezeki jangan ditolak. Jom kahwin!" -Laura ‎ ‎Terluhur akad dari bibir Kasyaf, maka terjalin sebuah ikatan. Yang lebih banyak pahit dari manis. Saban hari, Laura diancam dengan maut oleh seseorang yang tidak dia kenali. Namun begitu... ‎ ‎Mampukah dia tempuhi ujian itu? Siapa dalang di sebalik ancaman itu dan mengapa perlu mengaitkannya dengan suaminya, Kasyaf? ‎ ‎[ON HOLD] [NEW VERSION]
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 642,909
  • WpVote
    Votes 29,260
  • WpPart
    Parts 82
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026