otw baca
3 stories
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 657,306
  • WpVote
    Votes 29,991
  • WpPart
    Parts 83
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
ONTI GUN : MILIK UMAN by Itsmechinta
Itsmechinta
  • WpView
    Reads 27,191
  • WpVote
    Votes 2,537
  • WpPart
    Parts 35
Anggun Baiduri x Qief Al Hakim [ COMPLETE : BACAAN AWAL ] Kehilangan cinta pertama bukanlah perkara yang mudah untuk Qief lupakan. Tambahan pula, Siti Humairah pergi meninggalkannya setelah berjuang melahirkan zuriat sulung mereka, Nu'man Al Fateh. Qief makan masa hampir 3 tahun untuk pulih dari luka lalu. Kini tanggungjawabnya ialah membahagiakan Nu'man. Namun permintaan Nu'man padanya kali ini membuat Qief termenung sendirian. "Uman nak Onti Gun jadi mama Uman." - Nu'man. "Jangan nak merepek, Nu'man Al Fateh." - Qief Mampukah Anggun menjentik hati Qief yang sudah beberapa tahun tertutup rapat? Doakan lulus penilaian, ada rezeki kita jumpa kita versi novel ✨
Promised: You Were Never Free by _urzyraa
_urzyraa
  • WpView
    Reads 18,271
  • WpVote
    Votes 400
  • WpPart
    Parts 5
Aiden Erwan - seorang jejaka yang terlalu mementingkan kerjayanya. Hidup bertahun-tahun tanpa kasih sayang seorang ibu dan ayah. "Bro, kau memang tak nak jumpa ibu kau dah ke? Dia nak jumpa kau-" belum habis kata-kata Haikal, Aiden lalu meninggalkannya. Nayra Arisha - seorang wanita yang telah disakiti berkali-kali oleh kekasih lamanya, iaitu Farish Farhan. Nayra juga seorang wanita yang selalu dimanjakan dengan keluarganya, terutama abang-abangnya. Pertemuan Nayra dan Aiden bermula di Nadira's Café. Mereka sering mengunjungi kafe itu. Aiden mula jatuh cinta pada Nayra ketika kereta Nayra rosak di tengah jalan. Aiden melamar Nayra untuk berkahwin dengannya, tetapi Nayra menolak lamarannya kerana masih trauma dengan kekasih lamanya. Nayra masih memperhatikan usaha Aiden dan menerimanya. Setelah menikah dengan Aiden, banyak masalah yang mereka lalui sehingga Aiden menyuruh Nayra berhenti kerja. Nayra Arisha berdegil, dia tidak mahu meninggalkan syarikat yang dia usahakan selama ini. Mereka hadap segala ujian bersama-sama dan yakin bahawa segala ujian ada jalannya. Setelah mereka merempuh pelbagai ujian dan kebenaran mula terbongkar satu demi satu, mampukah Nayra menerimanya? Mampukah mereka mempertahankan hubungan mereka, atau berakhir di situ sahaja?