kesayangan fifies🩷
8 stories
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C) by cik_nightmares
cik_nightmares
  • WpView
    Reads 1,072,894
  • WpVote
    Votes 47,006
  • WpPart
    Parts 50
MEDINA IZWANI ialah anak angkat yang hidup dalam penuh dengan penderitaan.. hidupnya sangat berbeza dengan kakak angkatnya, Athirah, Medina sering menjadi mangsa kekejaman Encik Rashid. Dan tidak lama selepas itu, keselamatan Medina semakin terancam apabila seorang lelaki misteri mula mencerobohi hidupnya, dan keadaan bertambah buruk apabila Medina dipaksa berkahwin dengan Aiman. Lelaki yang paling dia tak suka! ETHAN GRAYSON, rakan lama Medina, mereka berkongsi nasib hampir sama. Anak angkat yang dibesarkan dalam suasana yang sangat gelap, mentalnya terjejas kerana orang tua angkat nya. Dan selepas peristiwa hitam itu berlaku Ethan terus buat keputusan pergi meninggalkan kampung itu dan mulakan hidup yang baharu. Dan kemunculan MR. GRAY, lelaki misteri yang dikenal Medina melalui satu aplikasi, pada mulanya lelaki itu memberi kebahagiaan pada Medina. Namun tidak lama selepas itu, lelaki misteri itu tiba-tiba menghilang tanpa jejak. Tetapi tidak lama selepas itu, keadaan jadi semakin teruk selepas Encik Rashid memaksa Medina keluar bersama Aiman. Bukan itu sahaja, Medina juga hampir sahaja menjadi mangsa rogol kepada lelaki itu. "Medina, mana kau?!" - Aiman Ketika Medina sedang menyorok dari Aiman, tiba-tiba ada seorang lelaki misteri telah menyelamatkan dirinya dari lelaki durjana itu. "Shhh... Jangan takut, awak selamat dengan Saya." - Unknown Lelaki itu menjaga Medina dengan sangat baik. Makan minumnya diurus rapi, seolah-olah tiada cacat cela dalam perlakuannya. Namun segalanya berubah saat rahsia itu terbongkar. Medina dilanda rasa ketakutan. Lelaki yang selama ini membuatkan Medina rasa selamat terus bertukar menjadi lelaki yang sangat kejam dan menakutkan. "Aku akan jaga kau, Medina...kau akan hidup dengan aku sampai bila-bila." - Unknown. Medina buntu, mampukah dia hidup bahagia bersama lelaki misteri itu? Ataupun berjayakah dia melarikan diri dari rumah tersebut? Start - 5/10/23 End - 28/05/24 - (08/12/2025)
Tuan yang menyamar by Wenzo_
Wenzo_
  • WpView
    Reads 362
  • WpVote
    Votes 28
  • WpPart
    Parts 2
Tuan Zaydan Qowiy, ya nama itu tidak asing lagi di Universiti yang sentiasa meniti di bibir pensyarah lain dan pelajar-pelajar di situ. Seorang yang mempunyai dua perwatakan berbeza. Satu sebagai pensyarah dan satu lagi sebagai ustaz. Di universiti, dia lebih dikenali sebagai Dr. Qowiy pensyarah muda berwajah dingin, tegas dan prinsip yang tak pernah goyah lagi-lagi kalau bab disiplin. Tiada kompromi langsung! Tiada layanan istimewa. Kesalahan kecil tetap salah. Student tak siap assignment dia denda push up 12 kali! Nama popular dia... Angry bird! Sesuai sangat dengan muka dingin. Nasib saja tidak merah! Cahyani Zahmerr paling tak boleh hadam lelaki itu. Rasa menyampah pun ada! "Morning class. Today I will give you some work. One for presentation and one for scientific writing. Cuti sem ni ada 1 minggu kan?" - Dr. Zaydan Qowiy - "Halahh... Dr. Qowiy maneh! Wes bosen aku ndelok rai e tok!" (Haih.. Dr. Qowiy lagi! Jenuhlah tengok muka dia saja!) - Cahyani Zahmerr - Namun, segalanya berubah apabila ibunya membawanya ke sebuah pondok pengajian di Johor. Di situ, lelaki yang sama berdiri di hadapan saf, berjubah putih dan bersuara lembut, dipanggil semua orang sebagai Ustaz Zaydan. "Dr. Qowiy?! Ustaz zaydan? Ngawur! Kok iso?!" (Merapu! Macam mana boleh jadi?!) - Cahyani Zahmerr - Dan yang lebih memeranjatkan - mereka berjiran. Paling mengemparkan... Dia jiran aku?! Kampung kami sama! Haih apalah nasib hamba seperti ini. Start: 26/2/2026 End:-
𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀:𝐇𝐞𝐫 𝐒𝐨𝐮𝐥|𝐂  by Wenzo_
Wenzo_
  • WpView
    Reads 134,846
  • WpVote
    Votes 4,382
  • WpPart
    Parts 77
𝐕𝐎𝐋 𝟏 𝑭𝑰𝑹𝑨𝑺𝑯 𝑨𝑹𝑰𝑨𝑵 & 𝑴𝑬𝑫𝑰𝑵𝑨 𝑨𝑼𝑳𝑰𝑨 Start: October 2023 (edit 2024) still edit. End:2025 Seorang gadis yang terbiasa memendam setiap luka, lebih memilih diam daripada meluah seperti perasaannya terhadap seorang lelaki. Namun, rasa itu tidak pernah terluah kerana antara mereka terbentang jurang darjat yang terlalu dalam untuk disilangi. "Biarlah perasaan suka ini hanya sekadar menyukai dan menghilang dengan sendirinya." - 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙣𝙖 𝘼𝙪𝙡𝙞𝙖 "Aku tak akan biar kau kuburkan perasaan kau dengan mudah Medina...kau hanya untuk aku seorang sahaja" - 𝙁𝙞𝙧𝙖𝙨𝙝 𝘼𝙧𝙞𝙖𝙣 Namun sayangnya, saat 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙣𝙖 𝘼𝙪𝙡𝙞𝙖 akhirnya mengumpul keberanian untuk meluahkan semuanya lelaki itu sudah tiada. Firash telah berpindah ke sekolah lain. Dan di saat itu, hati Medina Aulia hancur... kerana semua harapannya runtuh dalam sekelip mata. Satu pertemuan yang tak dijangka telah mengubah seluruh kehidupan 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙣𝙖 𝘼𝙪𝙡𝙞𝙖. Peristiwa itu bukan sekadar takdir ia satu tamparan yang membuka semula luka lama. Tapi... adakah pertemuan ini mampu bertahan? Atau hanya sekadar persinggahan yang penuh luka? Mampukah mereka meneruskan rasa yang terbina, sedang rahsia silam mereka perlahan-lahan mula terungkai? Tanya sama hati... Adakah semua yang terbuku akan terjawab? Atau hanya akan meninggalkan lebih banyak persoalan tentang cinta, hidup, dan... kematian? Cover : Cik_Nightmares ⚠️ cerita ini mungkin mengandungi kata-kata kesat dan unsur-unsur yang kejam. Jika tidak suka sila skip story aku. Don't expect more from my story. "Aku Haramkan siapa yg copy story aku semua ni 100% idea sendiri." Maaf kalau ada kesalahan ejaan mahupun kekurangan ya dalam cerita ini, yang selebihnya pada Allah SWT. Hope you all enjoy my first story.🌹 Cerita ini tidak di edit sepenuhnya dari 2023. Ada masa free aku edit.
Sumandak Si Jejaka Russia by Wenzo_
Wenzo_
  • WpView
    Reads 4,140
  • WpVote
    Votes 316
  • WpPart
    Parts 12
𝐍𝐮𝐫 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪𝐚𝐡 & 𝐏𝐚𝐯𝐞𝐥 𝐈𝐯𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐤𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫 𝑻𝒉𝒆 𝒃𝒊𝒌𝒆𝒓 𝒘𝒐𝒎𝒂𝒏 𝑿 𝑻𝒉𝒆 𝒂𝒓𝒄𝒉𝒊𝒕𝒆𝒄𝒕𝒖𝒓𝒂𝒍 𝒗𝒊𝒔𝒖𝒂𝒍𝒊𝒛𝒆𝒓 𝒎𝒂𝒏 𝐏𝐚𝐯𝐞𝐥 𝐈𝐯𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐤𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫, seorang jejaka Russia yang sedang bercuti di Malaysia, tidak menyangka hatinya akan tertarik pada negeri Sabah bukan saja kerana keindahannya, tetapi juga kerana kelazatan makanan tradisional seperti 'ambuyat' makanan yang sangat terkenal di negeri itu membuatkan hatinya tertarik dengan keunikan yang ada pada negeri itu. 𝐍𝐮𝐫 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪𝐚𝐡, seorang perempuan yang berasal dari Negeri Sabah, memiliki rupa paras yang cantik jelita dan mempunyai perwatakan lemah lembut dengan suaranya yang tegas, dia pelajar dan berkerja dalam masa yang sama. Tidak disangka bahawa satu pertemuan itu menjadi satu takdir yang mengubah hidup mereka. Raudhah sudah biasa menyambut kedatangan pelancong atau orang Sabah kata 'Urang putih' tetapi baginya jejaka Russia barat satu ini agak lain daripada lain sehingga mekar satu perasaan yang sukar diungkapkan. "Privet, menya zovut Pavel---" - 𝐏𝐚𝐯𝐞𝐥 𝐈𝐯𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐤𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫 "Apa bah kau ni? Sia bukan private bah! Pandai-pandai saja kau panggil saya gatal! Kaulah tu yang menggatal sana tu" - 𝐍𝐮𝐫 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪𝐚𝐡 Pavel yang lebih selesa bergurau senda dan mengusik Raudhah yang agak kasar. No plagiarism. 100% ideas from me. Light konflik. Lawak. Cover : Wenzo&Hyreen Start: 27/9/25 End:- #1 lawak 17/3/26 #1 cemburu 2/6/26
Diagnosing Love (OG)  by queen_angela
queen_angela
  • WpView
    Reads 293
  • WpVote
    Votes 66
  • WpPart
    Parts 10
Karya ini adalah rekaan semata-mata. Sebarang persamaan dengan mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia, adalah kebetulan semata-mata Blurb~ Kisah ini bermula daripada pertemuan antara seorang pesakit skizofrenia dan doktor psikiatri. Hana Nadira Yasmin merupakan seorang wanita yang membesar dalam kehidupan yang penuh penderaan dan tekanan. Selepas kematian ayahnya, ibunya berkahwin lain dan sejak itu hidup Hana berubah menjadi semakin teruk. Penderaan mental dan fizikal yang dialaminya akhirnya menyebabkan dia menghidap skizofrenia. Apabila meningkat dewasa, Hana berjaya bangkit dan membina kehidupannya sendiri. Daripada seorang novelis, dia kini turut bergelar usahawan yang berjaya. Namun, jauh di sudut hati, trauma di masa silam masih menghantui dirinya. Demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik, Hana mengambil keputusan untuk menjalani rawatan psikiatri. Tanpa diduga, doktor yang merawatnya ialah Lu Zhen Kai atau lebih dikenali sebagai Dr. Kai, seorang pakar psikiatri yang terkenal dengan sikap profesional dan peramah. Pada awalnya, hubungan mereka hanyalah antara doktor dan pesakit. Namun, semakin lama mereka mengenali, mereka menyimpan perasaan di antara satu sama lain. Namun, banyak dugaan yang menimpa ke atas mereka berdua. Lu Zhen Kai: "I cintakan you Hana. I ikhlas cintakan you dengan sepenuh hati I" Hana: "Maaf Zhen... cinta kita terhalang kerana perbezaan agama. Untukmu agamamu, dan untukku agamaku" Bagaimanakah pengakhiran antara Zhen dan Hana? Antara masjid dan gereja, antara tasbih dan salib.
MR. SHIDAKEN [OG]  by queen_angela
queen_angela
  • WpView
    Reads 269
  • WpVote
    Votes 43
  • WpPart
    Parts 8
Shida Kenzo atau dikenali sebagai Mr. Shidaken. Dibesarkan di Jepun dalam keluarga samurai. Namun hidupnya berubah selepas ayahnya dibunuh oleh musuh keluarga mereka. Ibunya membawa mereka berpindah ke Malaysia bagi memulakan kehidupan yang baharu serta jauh daripada ancaman. Beberapa tahun kemudian, di sebuah universiti di Malaysia, Pertemuan yang tak disangka antara Shidaken dengan seorang gadis bernama Cahaya Inaaya, gadis polos yang akhirnya menjadi sahabat paling rapat dengannya. "Hajimemashite, Shida Kenzō desu." - Shidaken Cahaya tidak pernah tahu kewujudan keturunan Shidaken. Bagi Cahaya, Shidaken seorang lelaki Jepun yang baik dan sopan santun dalam pertuturan. Ketenangan hidup mereka mula goyah apabila orang upahan dari musuh keluarganya berjaya mengesan lokasi keluarga Shidaken. Ancaman itu turut membawa Cahaya ke dalam bahaya, Shidaken tiada cara lain melainkan membuat keputusan paling berat iaitu melindungi Cahaya dengan apa cara sekalipun, termasuk mengikat mereka dalam sebuah perkahwinan demi keselamatannya. "Siapa awak sebenarnya Shida?" - Cahaya Sementara musuh semakin hampir, satu demi satu rahsia terbongkar. Mampukah Shidaken melindungi orang yang dicintainya? Mampukah Shidaken menewaskan ancaman yang cuba memusnahkan keluarganya? Semuanya akan terungkap di Mr. Shidaken