Romance stories 💋
187 stories
You Are My Hero by zeirahae
zeirahae
  • WpView
    Reads 4,317
  • WpVote
    Votes 55
  • WpPart
    Parts 13
Siapa sangka impian Puteri Arissa untuk bertunang dengan cinta pertamanya tercapai pada usia muda? Perasaannya terbalas juga akhirnya. Hidupnya berada dalam keadaan yang sempurna, seperti yang selama ini diinginkannya. Sungguh dia bahagia. Namun, takdir tidak selalu menyebelahinya. Hati dia hancur tatkala semuanya terbongkar pada malam hari pertunangannya. Angan-angannya musnah begitu sahaja. Dia menyesal dengan keputusannya. Satu demi satu rahsia terbongkar, namun setiap jawapan yang ditemuinya seakan membuka banyak lagi teka-teki yang sukar untuk dia rungkaikan. Semakin banyak yang diketahuinya, semakin banyak pula persoalan yang bermain dalam fikirannya. Dalam kekalutan mencari kebenaran, kemunculan seorang lelaki misteri turut menambahkan seribu tanda tanya dalam fikirannya. Anehnya, lelaki itu sering muncul pada saat dia berada dalam bahaya. Seolah-olah lelaki itu sentiasa memerhatikannya dari jauh, memastikan dia berada dalam keadaan selamat. Walaupun tidak pernah menjelaskan siapa dirinya atau apa tujuannya, lelaki itu seakan-akan menjadi pelindung yang muncul setiap kali dia memerlukannya. Persoalannya, siapakah sebenarnya lelaki itu, dan mengapa dia begitu bersungguh-sungguh melindunginya? Sungguh dia tidak mengerti. Pada akhirnya, berjayakah Arissa merungkaikan segalanya? Bagaimana pula kesudahan kisah cintanya bersama cinta pertamanya, Haiqal? Adakah perasaannya sudah berlainan arah buat orang lain?
Teruntuk Isteriku [ C ] by Inkyshe
Inkyshe
  • WpView
    Reads 577
  • WpVote
    Votes 102
  • WpPart
    Parts 22
[ Short Story ] Sejak Bidara kecil, dia tidak pernah berkawan dengan sesiapa. Kerana kulitnya yang terlalu cerah, rambutnya berwarna putih dan matanya yang berwarna asing, semua kanak-kanak tidak mahu berkawan dengannya. Sehinggalah Bidara membesar, hidupnya sentiasa keseorangan. Bidara cuma ada emaknya sahaja di dalam hidupnya. Pada suatu hari, ayah Bidara yang tidak pernah mengambil berat tentang dirinya, secara tiba-tiba mengaturkan perkahwinannya bersama seorang lelaki yang Bidara tidak pernah jumpa. " Sekarang aku beri kau pilihan, Bidara. Sama ada kau terima perkahwinan itu atau aku pukul kau dengan kayu di bawah rumah? " - Pak Darus Ahmad Biyajid. Seorang pemuda di kampung yang rajin bekerja dan dia seorang sahaja yang sudi berkahwin dengan Bidara. " Ajid tidak jijik dengan Dara? "- Bidara " Kenapa jijik pula? Dara ialah salah satu ciptaan Allah yang paling indah Ajid pernah jumpa. " - Biyajid Namun begitu masih adakah kebahagiaan yang menanti di dalam perkahwinan yang dipaksa ini?
Cliche Love by Hergatd
Hergatd
  • WpView
    Reads 1,463
  • WpVote
    Votes 77
  • WpPart
    Parts 20
Kayla seorang gadis yang kelihatan ayu tapi sifat sebenarnya macam orang tidak sioman. Seorang yang suka menari, menyanyi, menjerit dan macam-macam lagi. Biarlah orang kata apa pun, dia tidak kisah. Dia suka dengan kehidupannya seperti itu. Khair seorang lelaki yang bersopan santun, jaga tutur kata dan agak alim. Hati Khair sudah lama tertutup. Tapi, apabila dia teringat satu peristiwa, dia terus meminta ibu bapanya menjodohkan dia dengan wanita itu. "Kayla, kenapa awak tak pandang saya? Rumput lagi kacak dari saya ke?" ‐ Khair "Kayla malu sebenarnya," -Kayla Perkahwinan mereka berjalan lancar. Kehidupan Kayla selepas berkahwin dengan Khair jauh lebih baik apabila dia mengikut suaminya berpindah di London. "Tengok tu abang! Firework! Kenapa dari tadi asyik pandang Kayla aje?" -Kayla "Cause you way more beautiful than the firework." -Khair
BENTUK CINTA PALING INDAH by thekaellee
thekaellee
  • WpView
    Reads 37
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 10
Cinta. Lelaki. Dua pekara yang dirasakan tidak layak untuk dikaitkan dengan dirinya. Mishal Kaleela membawa diri, menjaga hatinya sendiri selepas pemergian ibu tersayang. Bapa? Jauh sekali bayangnya. Bahkan, kerana kecurangan lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung dan cinta pertama setiap anak perempuan itu, ibunya jatuh sakit dan akhirnya pergi menghadap Ilahi. Di saat dia sudah mula selesa berdiri sendiri, hadir dua lelaki, membawa cinta dan janji untuk berdiri di sampingnya. Mishal jadi takut. Andai kepercayaan yang diberi nanti bakal dikhianati. Satu hati yang dikunci kerana ingin melindungi kebahagiaan sendiri. Dua jiwa yang mengejar, menawar cinta dan sumpah setia sehingga akhir hayat. Pilihan Mishal?
Unbroken: A Shining Darkside by AKLLYSH
AKLLYSH
  • WpView
    Reads 50
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 8
Slow update
PLAY DATE MATCHMAKERS by sirenaynur
sirenaynur
  • WpView
    Reads 489
  • WpVote
    Votes 123
  • WpPart
    Parts 15
Selepas bertahun-tahun di luar negara, Arfan pulang dengan harapan untuk berehat tanpa gangguan. Namun, dia terpaksa menerima hakikat bahawa biliknya telah ditakluki orang lain, cutinya menjadi kucar-kacir dan dia perlu menjaga tiga orang kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kerenah aneh. Paling tidak disangka, dia perlu bekerjasama dengan orang yang dia mahu elak. Afiyah Aesha, gadis yang sentiasa membuatkan harinya riuh sejak mereka kecil lagi. Mampukah Arfan bertahan di dalam rumah yang tidak lagi tenang? Atau ketenangan sebenar itu datang daripada memori yang dicipta bersama? START: 2 AUGUST 2026 END: Cover by pretty @deloveririka on Instagram.
𝐔𝐏𝐑𝐎𝐎𝐓𝐄𝐃 (RAW) by aksarahan
aksarahan
  • WpView
    Reads 4,093
  • WpVote
    Votes 652
  • WpPart
    Parts 32
𝐔𝐏𝐑𝐎𝐎𝐓𝐄𝐃 (n.) /ʌpˈruːtɪd/ 𝘢𝘥𝘫: 𝘵𝘰𝘳𝘯 𝘧𝘳𝘰𝘮 𝘵𝘩𝘦 𝘭𝘪𝘧𝘦 𝘰𝘯𝘤𝘦 𝘬𝘯𝘰𝘸𝘯; 𝘧𝘰𝘳𝘤𝘦𝘥 𝘵𝘰 𝘨𝘳𝘰𝘸 𝘴𝘰𝘮𝘦𝘸𝘩𝘦𝘳𝘦 𝘯𝘦𝘸. cerita ni tak best. Cringe melebihi had. 🥇 #1 GRUMPY 🥇 #1 HEFELLFIRST 🥈 #2 MALAY 🥈 #2 PRINCESS 🥉 #3 CONTRACTMARRIAGE 🥉 #3 LIGHTCONFLICT 🥉 #3 COUPLE 🥉 #3 ENEMIESTOLOVER
𝙷𝙸𝚂 𝚂𝙰𝙻𝚅𝙰𝚃𝙸𝙾𝙽, 𝙷𝙴𝚁 𝙳𝙰𝙼𝙽𝙰𝚃𝙸𝙾𝙽 by mini_lilac
mini_lilac
  • WpView
    Reads 4,524
  • WpVote
    Votes 345
  • WpPart
    Parts 83
Lilith Thana, seorang gadis yang selalu meyakinkan dirinya yang dia gadis normal. Tanpa sesiapa sedari, dia bertarung dengan rasa laparnya setiap hari. Velhara. Separuh darah dalam dirinya berasal dari keturunan pemakan manusia. Namun Lilith berkeras menganggap dirinya manusia. Sehinggalah satu malam yang mengubah kehidupannya. "Tak, aku bukan macam kau! Aku tak pernah makan sesiapa! Aku manusia!" LILITH Lilith tiada pilihan selain mengikuti sekumpulan Velhara lain. Bertempatkan di Our Coffee Cafe, dia menyelamatkan dirinya. Dia menolak keras sisi gelap dirinya. Cinta mulai berputik di hati dua insan terlarang, tiada sesiapa tahu menahu mengenai mereka. "Kenapa Tuanku selalu datang kat kafe ni?" -LILITH "I'm searching for someone, saya dengar dia barista." -LEON Cinta yang terasa seperti mimpi, dengan mudah direnggut dengan kenyataan pahit dunia mereka. Kehidupan lamanya sudah tinggal kenangan apabila tragedi hitam menimpanya, seseorang yang begitu dekat dengannya menghancurkan segalanya. Lilith dihukum kerana identitinya sendiri. Belum sempat memulihkan traumanya, satu kebenaran lagi diungkapkan kepadanya. Rasa sakit yang dipendam membentuk dirinya menjadi pendendam. Cinta tak terbalas, maruah, dan tubuhnya telah dirampas. Satu pengkhianatan yang cukup mengubah pandangannya terhadap dunia. Lapan tahun berlalu, Lilith hanya tinggal nama. Davika kembali untuk membalaskan dendamnya. "I come to return your bullet." - DAVIKA Leon, yang tersekat di antara hantu masa lalunya dan tanggungjawab berat yang harus dipikulnya. Dia membuat keputusan terbesar, cukup gila. Dia bertemu lagi dengan wanita itu. "I own you. Your body, mind and soul." -LEON Apapun halangannya tidak cukup menghentikan matlamat hidupnya. Selagi nyawa di badan, dia tidak akan berhenti untuk membalas dendamnya. "I will destroy you. Until you break. Until you're begging for death... the same way I did." -DAVIKA