rasyiqaa_'s Senarai Bacaan
4 stories
ini rahsia tuhan |OG by theonlyonesyirh
theonlyonesyirh
  • WpView
    Reads 282
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 9
RAIHANA UKASYAH FT RAZIN UKAEL hari paling bahagia buat raihana hancur apabila pengantin lelaki tidak menghadiri majlis kahwin mereka. berkali kali panggilan suara dibuat tetapi tiada jawapan darinya masej juga tidak berbalas bermacam cara dia mencari kekasihnya tetapi sama tiada sebarang khabar dari lelaki yang dicintainya hampir 2jam majlis akad nikah ini ditangguh dia masih menunggu bakal suaminya tetapi malangnya tiada jejak lelaki itu "rai kita kena teruskan juga majlis ni malu mama pengantin lelaki tak datang" puan khadijah mula bersuara dia juga sudah dengar bermacam macam mulut orang sekelilingnya ini "macam mana kita nak teruskan pengantin lelaki tiada mama" mukanya merah menahan tangisan bermacam janji lelaki itu beri padanya akan setia sehingga hujung hayat tetapi mana janji itu "macam ini la maksu razin sanggup kahwin dengan raihana untuk gantikan tempat bakal suami tak jadi rai" tenang sahaja dirinya bersuara nafas panjang ditarik sebelum melepaskannya secara perlahan "betul razin sanggup jaga anak maksu ni?" soal puan khadijah dia tahu yang anak sedara nya ini menaruh harapan kepada raihana "ya razin sanggup maksu razin dah bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami" jawab razin dengan tenang setenang yang mungkin "baik razin paksu dan maksu serahkan raihana kepada razin" jawab encik Khalid tiada suara dari raihana dia juga reda dengan ketentuan allah jika jodohnya bukan dengan yusuf mungkin dengan razin "assalamualaikum bidadari razin izinkan saya sarung cincin ni" tangannya mula meraba tangan mulus raihana lalu dia memakaikan cincin batu permata itu di jari kelingking
Dia Faliq Rayyan √ by ms_nbh
ms_nbh
  • WpView
    Reads 720,489
  • WpVote
    Votes 37,137
  • WpPart
    Parts 45
[ 𝑐𝑜𝑚𝑝𝑙𝑒𝑡𝑒 ] 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙿𝙴𝚁𝚃𝙰𝙼𝙰 Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara mereka semakin megah tetapi kerana satu tragedi , terhapus segala - galanya . " Awak kejam , Faliq . KEJAM ! " - Mia Qalisha Kalau kita ditakdirkan sebagai jodoh , dengan izin Allah Kita akan bertemu semula . kalau kita tidak ditakdirkan sebagai jodoh , aku harap kau bahagia bersama dia . "Maafkan saya Mia , saya tak patut buat awak macam tu dulu " - Faliq Rayyan Mampukah Faliq Rayyan menawan hati Mia Qalisha semula atau sebaliknya ? Biar takdir menentukan kita bersama Dia Faliq Rayyan ___________________________________________
Mafia Itu Suamiku by RaraMierah
RaraMierah
  • WpView
    Reads 53,887
  • WpVote
    Votes 1,366
  • WpPart
    Parts 30
Aira Adriana tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Sebagai wanita moden yang berdikari, dia punya impian dan masa depan yang ingin dibina dengan usaha sendiri. Namun, semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan lelaki yang paling ditakutinya-Adrian Hayden, seorang mafia yang kejam dan penuh misteri. "Aku tak cintakan kau." "Kau akan jatuh cinta, cepat atau lambat." Perkahwinan ini bukan pilihan Aira, tetapi Adrian tidak pernah memberi ruang untuk dia melarikan diri. Dia mengawal segalanya-hidupnya, keputusannya, malah perasaannya sendiri. Namun, Aira bukan wanita yang mudah tunduk. Dia melawan, menolak, dan cuba mencari jalan keluar dari perangkap lelaki itu. Tapi Adrian bukan lelaki biasa. Setiap langkahnya dikira, setiap keputusannya penuh dengan rahsia. Dan semakin lama Aira mengenalinya, semakin dia sedar bahawa Adrian bukan sekadar seorang mafia... ada luka, dendam, dan sejarah kelam yang disembunyikan di sebalik mata tajamnya. Antara benci dan cinta, kuasa dan kebebasan, dendam dan kasih sayang, mampukah Aira bertahan dalam dunia gelap yang kini menjadi penjaranya? Atau... adakah dia akan jatuh dalam perangkap Adrian, bukan sebagai tawanan, tetapi sebagai wanita yang mencintainya?
Mr. Mafia CEO | C by _VelvetAurora
_VelvetAurora
  • WpView
    Reads 104,035
  • WpVote
    Votes 2,020
  • WpPart
    Parts 43
Tengku Aqeef Nikael. CEO muda Royal Crest Realty, tokoh besar dalam industri hartanah dan pembinaan di Malaysia serta Singapura. Di mata dunia, dia seorang pemimpin berwibawa, berkarisma dan penuh pengaruh. Namun, hakikat yang tidak diketahui oleh sesiapa, termasuk keluarganya sendiri, dia menyimpan rahsia gelap. Di sebalik wajah CEO ternama itu, Tengku Aqeef Nikael adalah seorang gengster, lebih tepat lagi seorang mafia. Rahsia itu hanya dikongsi bersama dua sahabat rapatnya yang turut hidup dalam dunia yang sama. Perwatakan Tengku Aqeef Nikael jauh menyimpang daripada imej seorang pewaris korporat. Sikapnya dingin, berhati beku, dengan wajah bengis yang lebih sesuai dipadankan dengan dunia gelap yang dikuasainya, bukan kerusi empuk CEO. Berbeza pula dengan Fayqa Izzhany. Gadis periang yang tidak pernah lekang dengan senyuman, hidupnya sederhana namun penuh warna. Dia mengusahakan sebuah kafe bernama Lavendar Café bersama dua sahabat merangkap sepupunya. Dunia Fayqa Izzhany jauh dari kelam, penuh dengan aroma kopi, tawa dan kehangatan persahabatan. Pertemuan Tengku Aqeef Nikael dan Fayqa Izzhany seringkali menjadi bahan bualan. Mereka berdua ibarat langit dan bumi, terlalu berbeza, seolah mustahil untuk sehaluan. Namun tanpa diduga, perancangan dua keluarga besar, Tengku Azman dan Dato' Farid, mahu menyatukan mereka dalam ikatan perkahwinan. Apakah yang bakal terjadi bila lelaki berdarah dingin itu dipertemukan dengan gadis penuh cahaya? Mampukah cinta berputik antara mereka apabila terpaksa duduk sebumbung, atau rahsia gelap dunia mafia akan meranapkan segalanya? 13/09/2025 ~ 31/10/2025