new complete
34 stories
His Rare Collection  by violetfasha
violetfasha
  • WpView
    Reads 167,121
  • WpVote
    Votes 6,336
  • WpPart
    Parts 57
"Rare collection" refers to a group of items-often books, manuscripts, artworks, or artifacts-that are: 1. Uncommon or hard to find 2. Historically significant or valuable 3. Often old, limited edition, or one-of-a-kind 4. Preserved carefully due to their uniqueness In a library context, a "rare collection" usually includes ancient texts, out-of-print books, original manuscripts, or culturally important documents.
C |  Warkah Cinta Terindah by notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Reads 102,394
  • WpVote
    Votes 3,464
  • WpPart
    Parts 43
"Siapa kau sebenarnya?" suara garau itu, memecah keheningan malam itu. Pandangan matanya tajam menikam pada wajah polos itu. "Aku tanya... siapa... kau sebenarnya?" soalan itu diulang lagi oleh Megat Nufail. Nafasnya dihela kasar, dada bidangnya jelas kelihatan berombak. "Jawab!" tengking lelaki itu. Langkahnya kian mendekati tubuh wanita yang kecil itu hingga rapat bersandar pada dinding. Anak mata mereka berdua saling bertaut. "S..saya..." suara Indah Qasreena serak, dia menelan liur. Renungan Megat Nufail semakin tajam, seolah pisau belati yang menikam. "Kau isteri aku. Aku percayakan kau... Ini yang kau balas? Siapa kau!" tengkingnya lagi. Megat Nufail semakin mendesak Indah Qasreena untuk memberikan jawapan. Tak semena-mena, segaris senyuman sinis merekah di bibir Indah Qasreena. "Jadi... kau dah tahulah ya?" ucapnya, dingin. Megat Nufail menghentak tangannya ke arah dinding. Dia mendekatkan wajahnya. Renungan matanya masih tajam dan tidak berganjak dari wajah polos isterinya. Indah Qasreena segera menepis tangan Megat Nufail. "Siapa pun aku... aku dah jadi isteri kau. Isteri kau yang sah." sinis, senyuman semakin melebar di wajahnya. Megat Nufail menggenggam erat pada tangannya, cuba menelan sabar yang semakin membara di ruang hatinya. "Kau...!" ucapnya, menahan marah. Indah Qasreena hanya menatap wajah suaminya yang sudah merah padam itu. "Nak pukul? Pukul lah," dia cuba memarakkan lagi api yang sudah tersedia membara. PANG! Satu tumbukan dilaynangkan tepat di sisi wajah Indah Qasreena. Nafas kasar Megat Nufail jelas kedengaran. "Aku belum dayus lagi, untuk pukul perempuan," ujar Megat Nufail, dingin. Start: 26th September 2025 End: 23rd November 2025
CINTA HATI SI TENGKU  by luverrneee_
luverrneee_
  • WpView
    Reads 9,354
  • WpVote
    Votes 619
  • WpPart
    Parts 59
Mengisahkan perjalanan hidup dua insan yang dijodohkan tanpa pengetahuan dan kerelaan hati mereka. Tengku Hilman Arasyah, seorang lelaki berdisiplin, tegas dan dingin, terpaksa akur dengan keputusan ibunya untuk bertunang dengan Putri Luna Insyirrah, seorang gadis yang lembut, penyabar dan menyimpan seribu rahsia. "Ingat, aku terima penjodohan ni sebab ibu aku." - Tengku Hilman Arasyah "Ya, saya tahu kenyataan itu, Tengku." - Putri Luna Insyirrah Pada awalnya, hubungan mereka dipenuhi kekok dan keterpaksaan. Namun, seiring waktu dan pelbagai peristiwa yang mendatang, ruang hati yang tertutup mula terbuka sedikit demi sedikit. Tanpa disedari, benih cinta mula bertunas di antara mereka. Namun, kebahagiaan itu tidak pernah hadir tanpa ujian. Tengku Hilman menyimpan satu rahsia besar, manakala Luna pula dibelenggu ketakutan dan pengorbanan yang tidak diketahui suaminya. Demi cinta, Luna sanggup mengorbankan kebahagiaannya sendiri. "Saya benarkan abang kahwin lain. Abang berhak ada zuriat sendiri... dan saya tak mampu berikan abang zuriat." - Putri Luna Insyirrah Namun kata-kata itu ibarat pisau yang menghiris hati seorang suami. "Jangan cabar kesabaran abang. Kalau sayang rasa sanggup lihat abang bersama wanita lain di belakang sayang, teruskan..." - Tengku Hilman Arasyah Saat egonya tercabar dan emosinya menguasai diri, Tengku Hilman mengambil keputusan yang akhirnya meretakkan hubungan mereka. Kemunculan seorang wanita bernama Erlina Amiera mengubah segalanya. "Saya Erlina Amiera... isteri kedua Tengku Hilman." Erlina Amiera Mampukah cinta yang lahir tanpa rela itu bertahan setelah kepercayaan mula rapuh? Atau mereka akan kalah pada takdir dan keputusan yang dibuat dalam keadaan terluka?
VIVY : BUNGA MILIK RAFIQ | C | by RosieHaydar
RosieHaydar
  • WpView
    Reads 239,767
  • WpVote
    Votes 13,619
  • WpPart
    Parts 71
Rafiq Harez x Vivy Camelia Dua tahun perkenalan antara Rafiq dan Vivy bermula tanpa janji, hanya sebuah perkenalan yang sederhana. Namun, satu insiden telah menjadi detik yang merapatkan mereka tanpa sedar. Rafiq tidak mengambil masa yang lama untuk sedar yang dia sudah jatuh hati, dan lamaran demi lamaran dihulurkan dengan harapan. Namun, setiap kali itu, Vivy menolak. Bukan kerana dia tidak suka, tapi ada sesuatu yang menahannya daripada menerima cinta dari Rafiq itu. "You ada bad history dengan lelaki ke, moi?" "Kind of..." Jawapan separuh hati itu terus menghantui fikiran Rafiq. Apa sebenarnya yang cuba Vivy sembunyikan? Dan ketika Rafiq hampir berputus asa, satu peristiwa yang tidak disangka- yang baginya cukup kelakar- telah mengubah segalanya. Kali ini, Vivy menerima lamarannya. Sebuah kisah cinta santai tentang sabar, rahsia yang terpendam, dan momen-momen kecil yang membawa makna yang besar. Dalam hidup, kadang-kala cinta tak datang dengan bunga dan puisi... tapi dengan tawa dan momen yang tak disangka-sangka. Rafiq Harez Bin Ghaz: • Soft spoken • Kuat mengusik • Berjiwa muda • Kuat cemburu • Suka lari dari masalah. Pendam. Vivy Camelia Binti Ashraf Ivan Tan: • Extrovert • Berdikari • Suka berterus terang • Cepat annoyed • Suka memberontak tapi ada sisi lembut untuk certain people ❗ Slow burn ❗ Start: 31/5/2025 End: 28/12/2025
Code Name: Romeo by eleutheromania____
eleutheromania____
  • WpView
    Reads 50,314
  • WpVote
    Votes 3,947
  • WpPart
    Parts 70
GENRE: ROMANTIC COMEDY "Oi, bam!" "Apa bam? Gila ke?" Syed Ali kembali ke kampung selepas bertahun-tahun berkhidmat jauh dari rumah. Kepulangannya disambut dengan bebelan emak, gelaran Romeo yang masih mengejarnya... dan seorang jiran sebelah rumah yang masih garang seperti dulu. Melati pula cuma mahu hidup dengan tenang. Menguruskan bakeri, melayan kerenah keluarga dan mengelakkan diri daripada sebarang drama percintaan. Terutamanya yang melibatkan Syed Ali. Tetapi semakin dia cuba menjauh, semakin kerap lelaki itu muncul dalam hidupnya. Di bakeri. Di pasar raya. Di kenduri kampung. Malah, di dalam doa-doa orang tua yang mahu melihat mereka bersatu. Sedangkan seorang takut untuk membuka hati. Dan seorang lagi baru belajar erti kesungguhan. Mampukah si Romeo kampung memenangi hati gadis yang kebal dengan ayat manis... Atau Melati akan terus menjadikan seliparnya sebagai senjata utama? Eleutheromania. Nami. 2026. ©️
TAKHTA HATIKU | C by elhaniee
elhaniee
  • WpView
    Reads 15,236
  • WpVote
    Votes 802
  • WpPart
    Parts 70
TENGKU HADIF IZHAN x HASYA ELINA TENGKU HADIF IZHAN, seorang CEO yang dikenali ramai dengan sikap disiplinnya dalam membuat kerja. Namun, disebalik hidupnya yang kelihatan serba serbi sempurna ada tragedi yang memberi luka pada zaman kecilnya apabila dia dipisahkan dengan syurganya. Sejak itu, dunia seakan gelap dan dia tidak pernah lagi percaya pada kebahagiaan. Takdir mula mengatur langkahnya bertemu dengan HASYA ELINA. Seorang yang berkarisma dan berjaya dalam bidang pereka fesyen. Namanya kedengaran seperti seorang wanita yang sopan malah perwatakannya sangat jauh dari namanya sendiri. Tetapi di sebalik itu, dia menyembunyikan hati yang retak. Pengkhianatan lelaki yang pernah dicintai membuatkan hidupnya berubah dan menyebabkan bapanya membuat satu keputusan yang drastik demi kebaikan dirinya. "Hasya tak nak, Baba! Hasya tak kenal dia langsung!" - HASYA ELINA "Bercinta selepas kahwin bukan satu kesalahan, Hasya." - DATO' HUSNI Bagi Hasya, perkahwinan itu umpama rantai yang bakal meragut kebebasannya dan disakiti. Dia takut cintanya sekali lagi hancur. Baginya, hati itu sudah lama tertutup untuk menerima penghuni lain. Nak pula bila dia dapat tahu pengantin lelakinya adalah Tengku Hadif Izhan. Lelaki yang dikatakan musuh nombor satunya selepas kejadian yang sering membuat mereka bertekak setiap kali berjumpa. "Ramai lagi perempuan lain yang jauh lebih baik dekat luar sana. Saya tak faham kenapa Tengku sanggup terima perancangan gila ni untuk jadikan saya isteri Tengku?" - HASYA ELINA "Kalau nama awak memang dah tertulis sebagai pemilik hati saya, siapa saya untuk menolak takdir?" - TENGKU HADIF IZHAN Dua dunia yang berbeza. Dua jiwa yang bertentangan. Mampukah perkahwinan yang diatur tanpa sekelumit cinta ini menemukan mereka dengan kebahagiaan? Atau hanya menjadi ikatan yang dipenuhi pedih, luka dan air mata? ~ when the world is at its worst, there is you who shines brightly ~
The Flowers You Never Loved | C by cocoanotes_
cocoanotes_
  • WpView
    Reads 114,668
  • WpVote
    Votes 3,304
  • WpPart
    Parts 64
Mereka bermula sebagai musuh di sekolah, sebelum perasaan itu berubah menjadi sesuatu yang tidak pernah dinamakan. Namun jarak memisahkan, dan dia menghilang tanpa khabar. Apabila takdir mempertemukan mereka semula, cinta terasa asing-dan ada sesuatu yang perlahan-lahan memusnahkan hati.
BENAR UNTUKMU [C] by bySueHerra
bySueHerra
  • WpView
    Reads 117,093
  • WpVote
    Votes 3,698
  • WpPart
    Parts 40
Nur Qayreena, gadis kampung berusia 26 tahun, hidup dalam tenang yang sederhana menjaga ayahnya yang uzur sambil meneruskan hari-hari sunyi selepas kehilangan ibu. Tamat pengajian dalam bidang perladangan, dia memilih tinggal di kampung, bukan kerana tidak mampu melangkah lebih jauh, tetapi kerana kasihnya pada ayah terlalu besar untuk ditinggalkan. Dunia Qayreena mula berubah apabila ayahnya tiba-tiba menyuarakan hasrat: "Abah nak Reena kahwin dengan anak kawan baik abah..." Bersama rasa berat dan berdebar, Qayreena mula bertanya pada diri sendiri siapa lelaki itu? Kenapa dia? Dan cukupkah waktu untuk mengenali seseorang sebelum bergelar isteri? Soalan demi soalan dilontarkan oleh Hani, sahabat yang paling setia dan prihatin: "Reena... hati kau dah sedia ke?" "Kau tahu apa-apa pasal dia?" "Sekurang-kurangnya... kau tahu dia jenis lelaki yang boleh jaga kau?" Dan Qayreena, seperti biasa, hanya mampu diam dalam resah yang belum pasti. Namun demi ayah, dia reda. Reda yang bukan bermaksud rela sepenuhnya. Pertemuan pertama mereka tak seindah drama cinta. Dengan senyuman yang entah ikhlas entah tidak, lelaki itu bersuara: "Awak betul nak kahwin dengan saya? Saya ni dah lah hensem." Muka Qayreena terus berubah. Kalau ikut hati, dia nak cakap: "Lelaki green flag ke, jangan test aku awal-awal boleh?" Namun siapa sangka, di sebalik ayat 'bajet' itu... tersembunyi seorang lelaki yang tahu menghargai, tahu memimpin, dan tahu menyayangi dengan cara paling tenang. Perkahwinan yang bermula kerana takdir keluarga itu menjadi permulaan kepada satu cerita cinta yang tidak dijangka. Adakah hubungan mereka akan kekal lama? Adakah cinta antara mereka akan menjadi sebuah cinta abadi? Dan... adakah mereka tetap meneruskan hubungan itu hingga ke hujung nyawa?
𝐖𝐡𝐞𝐧 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫𝐬 𝐁𝐥𝐨𝐨𝐦 by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 182,810
  • WpVote
    Votes 12,004
  • WpPart
    Parts 53
Empat puteri. Empat kisah hidup yang berbeza. Di celah rutin yang berulang, sesuatu mula mekar. Bukan kerana dirancang, tetapi kerana kehadiran yang akhirnya terasa perlu. Mereka berbagi darah yang sama, tapi bukan impian yang sama. Dibesarkan penuh kasih oleh si ayah seperti bunga yang tumbuh mekar di taman. When Flowers Bloom mengisahkan tentang empat adik beradik yang memiliki kehidupan masing-masing. Dalam perjalanan hidup mereka yang semakin meningkat dewasa, saat itu mereka menemukan apa itu erti kebahagiaan dan cinta.
IVAN QIDRAN by Daniaaryanna
Daniaaryanna
  • WpView
    Reads 1,836,091
  • WpVote
    Votes 53,727
  • WpPart
    Parts 70
STATUS: COMPLETE IVAN QIDRAN x AERIS ALAIA Disebalik wajah ceria Aeris Alaia tersembunyi luka yang tak pernah sembuh. Membesar dalam dunia yang tidak adil, ibu yang bergelut dengan sakit mental, ayah tiri yang penuh kekerasan, dan bayang seorang ayah kandung yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sehinggalah takdir mempertemukan dia dengan seorang lelaki asing yang sering muncul tanpa diundang, Ivan Qidran. Dari situ, hidup Aeris mula berubah. Hidup yang dulunya kelam kini mula bercahaya. Dalam satu keberanian yang hampir dianggap gila, Aeris melangkah lebih jauh. "Awak, awak nak kahwin dengan saya tak?" - AERIS ALAIA "Desperate sangat ke kau ni sampai ajak aku kahwin?" - IVAN QIDRAN Saat Aeris cuba mendekat, Ivan sentiasa memilih untuk menjauh. Ada benteng yang sengaja bina antara mereka. Katanya, Aeris hanyalah 'adik'. Tapi benarkah sekadar adik atau itu cuma alasan untuk menyembunyikan rasa aneh yang semakin bercambah? "Kerana janji dan amanah, takdir kita tercipta."