readddd
5 stories
Setia Itu Menyakitkan by syamhmd
syamhmd
  • WpView
    Reads 306,373
  • WpVote
    Votes 10,144
  • WpPart
    Parts 15
Perkahwinan yang bermula 4 tahun lepas yang disangka akan berakhir dengan bahagia rupanya tidak setelah pernantiannya di KLIA membawa duka dalam hidup. "Ya. I love her so much. More than I love you, Adellya." - Hareez. Muncul orang ketiga antara mereka. Dia cari mana silapnya sehingga semua ini terjadi. Namun, ayat yang keluar dari mulut Hareez membuatkan dia terpaksa meminta sebuah perpisahan. "Kita tetap akan berpisah. Kalau you tak nak selesaikan hal ni dengan baik, I akan tuntut fasakh." - Adellya. Sikap acuh tak acuh Hareez mengenai perceraian mereka membuatkan Adellya bertambah geram. Dan kehadiran Kapten Zafran dapat mengubat luka di hati Adellya. "Just give me a chance and I will make you happy forever, your life will become like a rainbow, Adellya. That's my promises. Trust me. I will." - Kapten Zafran. Namun, sekali lagi duka hadir dalam hidup dia. Dapatkah Adellya meneruskan kehidupannya setelah beberapa kali dia menanggung luka? Siapa yang akan menjadi pilihan, Hareez atau Zafran?
Hati Yang Tersakiti (Complete)  by lavenderyana
lavenderyana
  • WpView
    Reads 846,062
  • WpVote
    Votes 25,792
  • WpPart
    Parts 53
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sepupunya. Esok akan menjadi hari paling bahagia untuk dia dan Izz. Kerana esok mereka berdua akan disatukan menjadi sepasang suami isteri. Setelah sekian lama dia menunggu hari esok tiba. "Aah, che ngah. Mengada je Izz tu nak call Leen masa-masa ni. Tak boleh sabar esok ke?" Darleena ketawa dengan usikan sepupunya. "Darleena, sekarang. Izz kata benda penting ni." Riak muka mamanya tidak bergurau. Dia rasa berdebar pula dengan apa yang cuba disampaikan tunangnya. "Ye ada apa Izz?" "Buat apa tu?" Darleena tersenyum. Dia menarik nafas lega. Ternyata panggilan serius yang dikata mama tadi cumalah Izz yang mahu bertanya khabarnya. "Tengah pakai inai. Kenapa call? Kan orang-orang tua ada cakap, tak elok bakal pengantin jumpa atau contact sehari sebelum kawin. Petanda buruk." Dia ketawa, cuba bergurau dengan Izz seperti yang mereka selalu buat. Tapi, gurauannya dibalas dengan tarikan nafas panjang Izz. "Izz? Ada apa?" Dia merasa tidak sedap hati semula. Sepupunya yang mahu mengetahui apa yang dibualkan dipandangnya sepi. "Kita batalkan perkahwinan ni?" "Kenapa?" "Rose dah balik." Mulutnya ternganga sedikit. Dan dengan itu, air matanya jatuh. Sedikit, lama-lama bercucuran. Keadaan menjadi lebih gawat apabila Darleena, gadis malang itu pengsan di malam perkahwinannya. Girls, tak salah jadi 'perigi cari timba'. Cuma, jangan salah pilih timba. Pastikan timba tu yang elok, bukan timba bocor macam ni. P.s : Cerita ni stress, geram, membuatkan korang betul-betul rasa hati yang tersakiti. Sape2 yg tak suka, jangan baca ye. 🤭🤬🤪 P.s lagi: Cerita ni banyak gila imbas kembali, so maybe korang akan rasa pening, yang faham, faham la. Yang tak faham, sorry, saya tak dapat nak ubah cerita ni 😔😣
THE ONE [C] by DaisyIntrovert
DaisyIntrovert
  • WpView
    Reads 689,867
  • WpVote
    Votes 31,332
  • WpPart
    Parts 63
Warning ❗️ •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. •Kena baca Eternity Love dulu baru faham jalan cerita ni nanti 😘 •Macam biasa, jangan letak expectation tinggi sebab plot cerita ni cliche sangat 🤭 Dari cinta monyet bertukar jadi cinta pertama. Dia percaya kalau cinta monyetnya itu akan menjadi yang pertama dan terakhir untuknya. Siapa sangka mereka akan bertemu kembali. Adelia mula menunaikan janjinya. " Hai Kekanda, miss me? " - Tengku Adelia Hannani Adelia mula merangka rancangan untuk mengikat kekanda yang dia tunggu selama ini. "Wa lā taqrabuz-zinā innahụ kāna fāḥisyah, wa sā'a sabīlā " - Nazeem Zulfaqar Tersentap? Tidak! Adelia, semakin dilarang semakin mendekat. Baginya, sekeras-keras kerak nasi, direndam akan lembut juga. Begitu juga dengan hati kekandanya itu. " Jangan tolak sangat kekanda, takut tersungkur ke hati adinda " - Tengku Adelia Hannani " Ni baju umur 5 tahun ke? Sendat macam nangka busuk. Sakit mata aku tengok. Badan tu kalau cantik nak tayang, tak apa juga " - Nazeem Zulfaqar Sakit mata? Tak ada masalah. Adelia boleh mengubah penampilannya demi kekandanya. " Cantik tak adinda? Elok tertutup dengan telekung ni. Memang confirm tak nampak apa dah. Semua dah tertutup demi kekanda " - Tengku Adelia Hannani Wanita itu, ada saja cara untuk counter balik sehingga Nazeem mati akal. Mampukah Nazeem pertahankan tembok yang dibina untuk menolak Adelia yang agresif mengejarnya itu?
[COMPLETED] ANNA (REVAMP)  by nasyanur27_
nasyanur27_
  • WpView
    Reads 17,340
  • WpVote
    Votes 858
  • WpPart
    Parts 52
REVAMP VERSION! "Kenapa? Awak nak jadi boyfriend saya ke?" - Nadia "Aku tak suka perempuan tua." - Aidan Kata-katanya sepuluh tahun lalu, memakan diri apabila Aidan bertunang dan akan berkahwin dengan gadis tua tiga tahun daripadanya. Safira, gadis yang dicintai Aidan. Setelah setahun mengikat tali pertunangan, mereka merancang untuk berkahwin. Namun, di saat persiapan perkahwinan berlaku, tiba-tiba Safira memutuskan tali pertunangan mereka atas alasan mereka tidak sekufu. Dan gadis itu juga akan berkahwin dengan pilihan orang tuanya. Disebabkan alasan yang tidak masuk akal Safira, Aidan tawar hati. Berita mengenai Aidan putus tunang sampai ke pengetahuan Puan Hayati. Namun, si ibu tetap mahu meneruskan perkahwinan Aidan itu. Aidan menyerahkan segala-segalanya kepada ibunya. Sepanjang tempoh pertunangannya dengan gadis pilihan ibunya, dia langsung tidak mengetahui siapa bakal isterinya. Hanya mengetahui nama bakal isterinya itu. "Saya dah tengok gambar tunang awak. Cantik sangat. Pandai mak awak cari." - Nadia "Iya? Baguslah." - Aidan Mengetahui siapa bakal isterinya, Aidan berasa lega. Kerana bakal isterinya adalah seseorang yang sememangnya dia sudah lama kenal. "Saya terima awak kerana Allah." "Walaupun kita kahwin tanpa cinta?" "Saya yakin cinta itu wujud selepas berkahwin. Tak salah kan kalau kita mencuba?" Disaat cinta bercambah dihati masing-masing, Safira muncul kembali. Nadia hilang kepercayaan terhadap Aidan disebabkan satu kejadian. "Jawab! Awak masih cintakan Safira?" "Ya! Abang masih cintakan dia." Lalu, apa yang berlaku seterusnya? Adakah bahagia itu menjadi milik Aidan dan Nadia. Atau perpisahan bakal berlaku antara mereka? "Nama kita ada bilangan dan huruf yang sama. Kalau baca Nadia dari belakang akan jadi Aidan. Begitu juga jika baca Aidan dari belakang, akan jadi Nadia. Kita sudah ditakdirkan bersama." Cover book : Nasyanur Written by : Nasyanur Start publish on wattpad : 04032025 End : 18022026
[C] AMRAN DEINZ  by syakinah_m
syakinah_m
  • WpView
    Reads 156,372
  • WpVote
    Votes 5,258
  • WpPart
    Parts 56
| Spin-off Isi Hati Erina Wardah | Gara-gara roti Croissant, habis satu kedai di London itu ribut oleh mereka. Disebabkan itu juga, tercetusnya pertemuan kali pertama antara Anastasia dan Amran. Pertemuan yang menyebalkan dan yang paling penting... Dibencikan! Betul lah orang cakap, jangan terlalu benci nanti melekat ke hati. Ana akui itu tapi dia juga sudah punya kekasih hati di tanah air sendiri. Oleh itu, dia perlu setia dan percaya. Namun kepercayaannya pada si kekasih hati punah saat ketahuan curang di belakangnya selama ini. Dasar jantan tak guna! Hati Anastasia hancur berkecai. Berderai. Bersepai. Namun hadirnya Amran, mengutip semula serpihan hati itu lalu mencantumkannya semula menjadi hati baru. "Kau nak pinjam bahu aku tak?" -Amran Deinz "Untuk?" -Anastasia "Untuk kau bersandar. Kutlah kau penat dengan hidup ni. Bolehlah kau sandarkan kepala kau dekat bahu aku." Hidup mereka bahagia, langsung tiada masalah. Sehinggalah timbulnya fitnah yang membuatkan Amran mula curiga dan ragu-ragu dengan cinta Anastasia. "Bila aku kata aku cinta dan sayangkan kau sangat-sangat, aku tak pernah main-main. Bila dengar kau kata kau cintakan aku juga sangat-sangat, sumpah cakap aku sangat bahagia dan gembira. Tapi bila benda ni jadi, aku mula ragu-ragu dengan cinta kau, Embun. Kau...betul-betul sayangkan aku? Atau kau masih punya perasaan dengan dia?" Apa semua ni? Anastasia buntu. Mahu dijelaskan perkara sebenar, Amran sudah lancar perang dingin dengannya. Macam mana dia nak tarik semula kepercayaan Amran tentang cinta yang tak hitung dia pada si sang suami ni? Mampukah hubungan mereka berbalik seperti dulu? Tenang dan bahagia? Atau malah sebaliknya? Silakan dibaca... -Light story -Comedy Romance