IzzHanazawa's Reading List
11 stories
MUSUH SERUMAH ( COMPLETE ) by melyssafy
melyssafy
  • WpView
    Reads 9,720
  • WpVote
    Votes 540
  • WpPart
    Parts 55
DHIA ARISYA dan RYAN ISKANDAR adalah dua pesaing hebat di sebuah firma guaman yang sentiasa mahu menjatuhkan satu sama lain. Disebabkan masalah kewangan dan penipuan ejen hartanah, mereka berdua rupa-rupanya telah menyewa unit apartmen yang sama! Kerana masing-masing tidak mahu mengalah, mereka terpaksa tinggal bersama dengan peraturan yang ketat. "Cik Dhia, hujah awak hari ni nampak lemah, macam hujah budak sekolah. Mungkin awak perlukan peguam bela untuk bela diri sendiri?" - RYAN ISKANDAR "Simpan saja nasihat awak tu, Encik Ryan. Saya lebih rela kalah kes daripada dengar cakap peguam yang menang sebab guna kabel macam awak." - DHIA ARISYA Situasi menjadi kecoh apabila mereka terpaksa berpura-pura menjadi pasangan bahagia di hadapan Puan Sri Salmah yang konservatif untuk mengelakkan rahsia mereka diketahui oleh Puan Sri Salmah. Di sebalik perang bantal dan perebutan bilik air, bibit cinta mula muncul. "Ryan... dua garisan merah. Kita menang kes ni. Bukan satu garisan yang memisahkan kita lagi, tapi dua yang menyatukan kita." - DHIA ARISYA "Terima kasih, Dhia. Ini adalah 'keputusan muktamad' yang paling indah dalam hidup aku." - RYAN ISKANDAR Persaingan profesional, kekeluargaan yang mencuit hati, dan bagaimana cinta boleh tumbuh di antara dua ego yang besar apabila mereka mula merendahkan benteng demi masa depan bersama?
MY ICE KING ( COMPLETE ) by melyssafy
melyssafy
  • WpView
    Reads 3,707
  • WpVote
    Votes 168
  • WpPart
    Parts 67
Bagi SHERA ALORA, kehidupan adalah tentang imaginasi. Sebagai penulis skrip drama, dia boleh mengawal setiap pertemuan romantik, namun dia gagal mengawal kakinya sendiri daripada tersadung. Satu kesilapan kecil di tangga kecemasan telah melontarkan dirinya tepat ke pangkuan ARZHEL SAVERO lelaki yang digelar "Ice King" dalam dunia korporat kerana kedinginannya yang mampu membekukan sesiapa sahaja. Pertemuan itu berakhir dengan bencana apabila set nasi lemak kegemaran Shera mendarat di atas pelan projek hotel lima bintang milik Arzhel. Di mata Arzhel, Shera bukan sekadar gadis cuai, tetapi "bencana bergerak" yang telah merosakkan kerja kerasnya. "Dah habis mendarat?" - ARZHEL SAVERO "Maaf! Saya... saya... pintu tu... tangga tu... nasi lemak tu!" - SHERA ALORA Enggan menerima permohonan maaf kosong, Arzhel mengemukakan tuntutan yang tidak masuk akal iaitu Shera harus bekerja di bawah pengawasannya sehingga nilai kerugian pelan itu lunas. Shera yang terbiasa mengatur plot cinta dalam skrip, kini terpaksa tunduk pada arahan kuku besi sang "Ice King" yang tidak tahu maksud belas kasihan. Namun, semakin Shera cuba melarikan diri, semakin dia menyedari bahawa di sebalik tembok ais yang dibina Arzhel, tersimpan sebuah luka lama yang belum sembuh. Dalam usaha Shera bertahan daripada buli mental bosnya itu, dia mula menulis skrip baru dalam hatinya iaitu skrip di mana dia cuba mencairkan hati sang raja yang beku. Mampukah kehangatan "gadis huru-hara" seperti Shera menembusi hati sedingin salji milik Arzhel Savero? Atau adakah Shera sendiri yang akan membeku dalam permainan ego sang Ice King?
ZAHRIN'S : HIS STOLEN HEART  by hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    Reads 9,463
  • WpVote
    Votes 771
  • WpPart
    Parts 14
ZAHRIN HAIDER - Assistant CEO muda yang terlalu tegas untuk seusianya.Lelaki yang jarang tersenyum, jarang berlembut, dan tak pernah mencampuradukkan kerja dengan perasaan. Bagi Zahrin, dunia korporat adalah medan perang. Dan dia tak pernah kalah. Sehinggalah seorang gadis bernama ZYLEE MELIDA melangkah masuk ke syarikat itu. Sejak hari pertama dia sendiri mengendalikan kemasukan para intern, Zahrin sedar sesuatu tentang gadis itu cara dia menegakkan bahu, cara dia membalas renungan tanpa tunduk. Berani. Degil. Dan terlalu jujur pada mata. "Kalau hari hari saya kena hadap muka encik,macam mana kerja saya nak siap? Encik tak ada kerja lain ke?" - ZYLEE MELIDA "Gaji kau,aku yang bayar.ikut cakap aku." - ZAHRIN HAIDER Buat pertama kali, dia bukan sekadar mahu mencuri hati seseorang.Dia mahu melindunginya. Namun masa lalu Zylee bukan bayang yang mudah hilang. Dan bila semuanya mula menghimpit, Zahrin terpaksa memilih untuk kekal sebagai lelaki dingin yang tak pernah kalah...atau menjadi lelaki yang sanggup berperang demi satu hati yang telah lama dicuri dan dipatahkan. - HEART SERIES 2026 - ZAHRIN HAIDER [ SECOND LEAD ELG SERIES ]
HIS BABYBOO | C by luvstvrsya
luvstvrsya
  • WpView
    Reads 237,665
  • WpVote
    Votes 8,472
  • WpPart
    Parts 68
𝓵𝓾𝓿𝓼𝓽𝓿𝓻𝓼𝔂𝓪'𝓼 𝓯𝓲𝓻𝓼𝓽 𝓶𝓪𝓼𝓽𝓮𝓻𝓹𝓲𝓮𝓬𝓮 ❦ 𝐈𝐙𝐙𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐀𝐋 | 𝐀𝐈𝐑𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐑𝐒𝐇𝐀 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗜𝗭𝗭𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡𝗜𝗔𝗟 • Seorang lelaki berusia 28 tahun yang memiliki darah campuran Malaysia + Russia. Dikenali sebagai seorang ketua mafia yang paling berpengaruh, namanya cukup digeruni di dunia. Sifatnya yang dingin, baran, dan kejam membuatkan ramai orang takut dengannya. Bagi Tengku Izzat, dunia ini hanya ada dua jenis manusia, yang berkuasa dan yang menjadi mangsa. 𝗡𝗨𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗜𝗥𝗜𝗦 𝗠𝗔𝗥𝗦𝗛𝗔 • Gadis berusia 20 tahun, berdarah campuran Malaysia + Jerman. Airis adalah seorang yang ceria, polos, dan sangat manja dengan orang yang dia sayang. Sikapnya yang gila-gila, suka tersenyum, dan periang sering membuatkan orang di sekelilingnya tertawa. Note : ada beberapa chapter yang tatabahasanya tidak berapa sempurna dan saya malas nak edit, dari chapter 1 sampai chapter 26 dan chapter selebihnya adalah sempurna. Start : 1/1/2024 End : 30/8/2025
My mischievous princess  by _urzyraa
_urzyraa
  • WpView
    Reads 17,048
  • WpVote
    Votes 1,021
  • WpPart
    Parts 23
Aiden Erwan - seorang jejaka yang terlalu mementingkan kerjayanya. Hidup bertahun-tahun tanpa kasih sayang seorang ibu dan ayah. "Bro, kau memang tak nak jumpa ibu kau dah ke? Dia nak jumpa kau-" belum habis kata-kata Haikal, Aiden lalu meninggalkannya. Nayra Arisha - seorang wanita yang telah disakiti berkali-kali oleh kekasih lamanya, iaitu Farish Farhan. Nayra juga seorang wanita yang selalu dimanjakan dengan keluarganya, terutama abang-abangnya. Pertemuan Nayra dan Aiden bermula di Nadira's Café. Mereka sering mengunjungi kafe itu. Aiden mula jatuh cinta pada Nayra ketika kereta Nayra rosak di tengah jalan. Aiden melamar Nayra untuk berkahwin dengannya, tetapi Nayra menolak lamarannya kerana masih trauma dengan kekasih lamanya. Nayra masih memperhatikan usaha Aiden dan menerimanya. Setelah menikah dengan Aiden, banyak masalah yang mereka lalui sehingga Aiden menyuruh Nayra berhenti kerja. Nayra Arisha berdegil, dia tidak mahu meninggalkan syarikat yang dia usahakan selama ini. Mereka hadap segala ujian bersama-sama dan yakin bahawa segala ujian ada jalannya. Setelah mereka merempuh pelbagai ujian dan kebenaran mula terbongkar satu demi satu, mampukah Nayra menerimanya? Mampukah mereka mempertahankan hubungan mereka, atau berakhir di situ sahaja?
IMANI RAFAEL: Our Last Love (C) by nadi-asya
nadi-asya
  • WpView
    Reads 64,693
  • WpVote
    Votes 15,021
  • WpPart
    Parts 58
TALIA IMANI x HARIZ RAFAEL "Kalau susah sangat kakak nak cari jodoh, biar umi lah yang carikan," - Puan Teratai "Apa ni umi! Kakak tak nak kahwin lagi lah," - Talia "Angah bila nak bawa mama jumpa dengan buah hati angah?" - Puan Ainul "Takda buah hati lagi," - Hariz Kedua-dua ibu mereka menginginkan hal yang sama iaitu menantu. Persoalannya, dimana hendak mereka cari sedangkan kedua-duanya masih tidak mempunyai pasangan. Haih peningnya dengan permintaan mak-mak ni! "Kak, kau kahwinlah cepat. Aku dengan Dani dah rancang nak kahwin ni," - Tania Yang si adik pun kuat mendesak dengan hal yang sama. Tiba-tiba muncul pula watak yang telah lama Talia lupakan dalam hidupnya. "Kita getback? I'm sorry about our past please give me a second chance," - Ilhan Apa pilihan yang Talia ada? Adakah dia rela menerima jodoh yang dicari oleh uminya? Atau... dia menerima cinta pertamanya kembali ketika di universiti? my first ever story. your votes and comments are my motivation to continue updating this story! 🤍
BENAR UNTUKMU [COMPLETE] by bySueHerra
bySueHerra
  • WpView
    Reads 72,256
  • WpVote
    Votes 2,408
  • WpPart
    Parts 40
Nur Qayreena, gadis kampung berusia 26 tahun, hidup dalam tenang yang sederhana menjaga ayahnya yang uzur sambil meneruskan hari-hari sunyi selepas kehilangan ibu. Tamat pengajian dalam bidang perladangan, dia memilih tinggal di kampung, bukan kerana tidak mampu melangkah lebih jauh, tetapi kerana kasihnya pada ayah terlalu besar untuk ditinggalkan. Dunia Qayreena mula berubah apabila ayahnya tiba-tiba menyuarakan hasrat: "Abah nak Reena kahwin dengan anak kawan baik abah..." Bersama rasa berat dan berdebar, Qayreena mula bertanya pada diri sendiri siapa lelaki itu? Kenapa dia? Dan cukupkah waktu untuk mengenali seseorang sebelum bergelar isteri? Soalan demi soalan dilontarkan oleh Hani, sahabat yang paling setia dan prihatin: "Reena... hati kau dah sedia ke?" "Kau tahu apa-apa pasal dia?" "Sekurang-kurangnya... kau tahu dia jenis lelaki yang boleh jaga kau?" Dan Qayreena, seperti biasa, hanya mampu diam dalam resah yang belum pasti. Namun demi ayah, dia reda. Reda yang bukan bermaksud rela sepenuhnya. Pertemuan pertama mereka tak seindah drama cinta. Dengan senyuman yang entah ikhlas entah tidak, lelaki itu bersuara: "Awak betul nak kahwin dengan saya? Saya ni dah lah hensem." Muka Qayreena terus berubah. Kalau ikut hati, dia nak cakap: "Lelaki green flag ke, jangan test aku awal-awal boleh?" Namun siapa sangka, di sebalik ayat 'bajet' itu... tersembunyi seorang lelaki yang tahu menghargai, tahu memimpin, dan tahu menyayangi dengan cara paling tenang. Perkahwinan yang bermula kerana takdir keluarga itu menjadi permulaan kepada satu cerita cinta yang tidak dijangka. Adakah hubungan mereka akan kekal lama? Adakah cinta antara mereka akan menjadi sebuah cinta abadi? Dan... adakah mereka tetap meneruskan hubungan itu hingga ke hujung nyawa?
mi hermosa(OG) by secretelsya
secretelsya
  • WpView
    Reads 2,445
  • WpVote
    Votes 114
  • WpPart
    Parts 8
Tengku Azryan Louise, seorang CEO muda yang disegani dengan sikapnya yang dingin.Dibalik jas dan senyuman koporatnya,dia memimpim sebuah empayar mafia yang licik dan dia sentiasa menang. Tidak ada ruang untuk kesilapan dan tidak ada ruang untuk cinta, dia jugak tidak pernah bersedia untuk jatuh cinta. Baginya cinta tulus itu kelemahan didalam hidupnya. Siapa sangka disebalik wajah dan sikap nya yang dingin Tengku Azryan Louise tersimpan kisah gelapnya tersendiri Segalanya berubah apabila dia bertemu dengan seorang gadis yang keras kepala.Dia juga sering di manjakan oleh kedua ibubapanya apa yang dia mahu kan semua nya di hujung jari.hanya satu sahaja yang dia mahukan tetapi mustahil untuk dimiliki iaitu cinta dan kasih sayang.Dari kecil dia juga dilatih dalam bidang archery.Tapi Dibalik setiap senyuman di wajah ceria, Elora menyembunyikan luka yang tidak akan pernah sembuh dan trauma yang sentiasa menghantui dirinya yang membuatkan dia takut untuk memberi kepercayaan.Perkara tersebut merubah dirinya. "Awak tak pernah percayakan saya pun, kan?" - Elora "Bukan sebab aku tak percaya kau... tapi sebab aku tahu aku yang akan lukakan kau." - Azryan "Kenapa? Sebab saya bukan dari dunia awak? Sebab saya lemah?" - Elora "Sebab kau satu-satunya kelemahan aku hermosa. Dan dalam dunia aku... kelemahan tak hidup lama." - Azryan Dalam dunia yang penuh tipu daya dan pengkhianatan, dua jiwa yang terluka ini perlahan-lahan menemukan sesuatu yang mereka tak pernah cari-cinta yang sempurna dan jujur. Namun mampukah cinta bertahan di tengah dunia yang berdarah dan berduri? Atau mungkinkah... salah satu dari mereka harus hancur demi menyelamatkan yang lain?
Don't Call Me Angel by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 3,112
  • WpVote
    Votes 270
  • WpPart
    Parts 30
2nd book | Guns n' Roses | Sara Angeline | Angel terpaksa mencari kerja lain setelah syarikat lamanya muflis secara misteri. Peluang muncul apabila dia diterima bekerja di Eden Group, sebuah syarikat elit yang hanya dipenuhi dengan kaum lelaki yang berkuasa, karismatik dan misteri. Bermula dari CEO, CTO, COO dan CFO, Angel ditugaskan untuk menjadi setiausaha untuk keempat-empat lelaki itu silih berganti. Dengan syarat, Angel menetapkan yang tiada perkara 'aneh' yang dipinta, dan syaratnya diterima. Pelbagai karenah majikannya yang perlu Angel hadapi, tapi kecekapan dan dedikasinya membuahkan hasil. Namun dunia yang dia masuki jauh lebih rumit daripada yang dijangka. Setiap langkahnya diperhatikan, setiap gerak gerinya diuji. Angel sedar bahawa dia bukan sekadar setiausaha, tapi terjebak dalam permainan politik, rahsia dan strategi yang tak pernah dia bayangkan. Di sebalik kemelut kuasa dan permainan politik yang mengaburi mata semua, mereka terleka dengan satu perkara. Nampak seperti 'malaikat,' tapi Angel merupakan kesilapan terbesar yang dibawa masuk.
𝐌𝐲 𝐌𝐫. 𝐇𝐨𝐭 𝐋𝐞𝐜𝐭𝐮𝐫𝐞𝐫 | 𝐍𝐄𝐖 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐎𝐍 [𝐂] by Ntsyaqeela
Ntsyaqeela
  • WpView
    Reads 230,857
  • WpVote
    Votes 11,370
  • WpPart
    Parts 85
𝑴𝒆𝒍𝒊𝒔𝒔𝒂 𝑨𝒒𝒊𝒍𝒂 | 𝑺𝒊𝒓 𝑹𝒂𝒚𝒚𝒂𝒏 𝒁𝒂𝒌𝒘𝒂𝒏 Cerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Melissa aqila dan juga seseorang jejaka rayyan zakwan. Mereka dikenali sebagai "Mel" dan rayyan pula dikenali sebagai "sir Ryan" ye betul sekali sir ryan ialah professor atau pensyarah bagi satu college. Mel sukakan sir ryan begitu lama sejaknya kedatangan sir ryan dihari pertama, melissa juga seorang yang ceria dan perangai seperti belum matang manakala sir ryan pula berperangai beku seperti peti ais dan cukup matang "Saya suka sir.." -Melissa aqila "Sorry Mel.. kita beza umur.." -sir ryan Mel Sudah banyak kali mengungkapkan rasa cintanya tetapi..Banyak kali juga kena tolak dengan sir ryan. Sampaikan Mel sudah putus asa untuk menyukai sir ryan. Tiba-tiba hadir farhan iaitu boyfriend Melissa, selepas Melissa sudah penat untuk mengejar cinta sir ryan. Tapi..Apakah daya tiba-tiba sahaja sir ryan mula merasakan cintanya terhadap Melissa. Sir ryan berusaha untuk nendapatkan hati Mel balik. "you mine Melissa aqila.." -sir ryan "you're crazy sir!" -Melissa Aqila Akhirnya Cinta sir ryan diterima balik oleh Melissa tetapi korang ingat habis macam tu jeke? Pfff..Banyak rintangan yang harus mereka lalui bersama jika mereka ingin menahan rumah tangga mereka bersama? _____ "Itu pun kau...Macam mana? Rayyan dah minta cerai ke?" -fatisha "Aku dah agak dah ini plan kau, Fatisha. Well, if you wanna know.. malam tadi kitaorang tak gaduh pun. Tapi... kita bina buku pink," -Mel ____ Mampukah mereka berdua kekal selama-lamanya ataupun ada yang sudah berputus asa dengan semua rintangan ini? saya ubah storyline melryan. || 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄 ||