_noninu
AILEEN WONG - Dilahirkan sebagai pewaris tunggal empayar Star's Holding, Aileen tidak pernah kekurangan harta, kemewahan mahupun kemasyhuran. Segala yang diimpikan manusia berada dalam genggamannya.
Kecuali bahagia.
Sejak kedua ibu bapanya memilih untuk berpisah ketika usianya baru menginjak sembilan tahun, hidup Aileen seperti sebuah ruang yang sepi.
Lebih menyakitkan apabila dia melihat ayahnya kini sudah membina keluarga baharu, lengkap dengan tawa dan kasih sayang, tanpa dirinya lagi. Dan ketika utu hatinya bertanya...
Apakah semudah itu dia dilupakan?
Tatkala dewasa, Aileen percaya dia akhirnya menemui bahagia dalam diri Adrian Lee. Hampir tiga tahun mereka menyulam impian sehingga Aileen yakin, lelaki itulah pengakhiran segala lukanya. Namun, takdir mempunyai naskhah yang jauh lebih kejam.
MUHAMMAD FATIH - Anak kampung yang memilih mencari rezeki di kota. Seorang bodyguard elit di bawah naungan Aegis Elite Security (AES). Dia adalah Fatih atau lebih dikenali dengan nama Helang.
Ramai menyangka bahawa dia terlalu mencintai kehidupan bandar. Hakikatnya dia sedang melarikan diri daripada sebuah takdir yang bernama perkahwinan.
Bertahun-tahun Fatih mengelak daripada pulang. Bukan kerana membenci kampung halaman, tetapi kerana dia tahu, orang tuanya pasti sahaja membahas perkara yang sama ketika pulang.
Namun begitu, walaupun dikelilingi gaya hidup moden yang serba bebas, Fatih masih patuh pada agamanya.
Dan disaat hidupnya yang dahulu sunyi kini mula berwarna apabila takdir mula mengatur langkah yang baharu buatnya. Dan pada suatu malam dia bertemu dengan seorang gadis asing yang mabuk dibelenggu luka.
Pertemuan itu singkat. Tanpa nama dan janji. Namun siapa menyangka, wanita yang sama kembali hadir dalam hidupnya? Tetapi kali ini sebagai majikannya sendiri.
Sebuah pertemuan yang ringkas. Namun, adakah kisah mereka juga akan berakhir sesingkat itu? Atau menjadi sebuah kisah yang ditulis oleh takdir?