-·=»‡«=·- к𝓲𝐭ᵃ 𝓢𝐞𝓡Iє𝐬!! -·=»‡«=·-
2 قصص
𝓐𝓷𝓽𝓪𝓻𝓪 𝓚𝓲𝓽𝓪 (OG) بقلم Irysavelle
Irysavelle
  • WpView
    مقروء 137
  • WpVote
    صوت 43
  • WpPart
    فصول 12
Iris Althera membesar dalam rumah yang mengajarnya satu perkara: diam lebih selamat daripada jujur. Sebagai anak perempuan dalam keluarga yang keras, Iris terbiasa disakiti - bukan sekali, tetapi cukup lama untuk membuatkan dia percaya bahawa sakit itu normal. Dalam semua kekacauan itu, hanya Haizar Althura, abang ketiganya, menjadi tempat Iris berpaut. Satu-satunya yang melihat, dan memilih untuk tidak menutup mata. Namun, perlindungan tidak selalu kekal. Bila Haizar semakin jauh, Iris terpaksa belajar hidup sendirian - dengan luka yang tak pernah benar-benar sembuh. Kaif Darren Al-Kafi hadir bukan sebagai penyelamat. Dia juga membawa retaknya sendiri - tenang di luar, berat di dalam. Pertemuan mereka perlahan, tanpa janji dan tanpa kata manis. Cuma dua manusia yang faham bagaimana rasanya hidup dalam keadaan tidak pernah benar-benar selamat. Cinta tidak selalu datang untuk menyembuhkan. Kadang-kadang ia hanya mengingatkan bahawa ada luka yang perlu dibiarkan diam, dan ada hati yang terlalu lama belajar bertahan. Antara Kita ialah kisah tentang seorang perempuan yang tumbuh seperti bunga kecil - hidup di tanah yang tidak pernah lembut. Bukan tentang bahagia. Bukan juga tentang sembuh. Hanya tentang bertahan.
𝓣𝓪𝓴𝓭𝓲𝓻 𝓚𝓲𝓽𝓪 (𝓞𝓖) بقلم Irysavelle
Irysavelle
  • WpView
    مقروء 23
  • WpVote
    صوت 9
  • WpPart
    فصول 4
Mawar Elvani tak pernah menyangka hidupnya akan selalu bertembung dengan seorang lelaki bernama Luthfan Azrael. Sejak pertemuan pertama mereka, segalanya penuh dengan pertengkaran. Ego mereka sama tinggi, dan setiap kali berbual pasti berakhir dengan rasa menyampah. Bagi Mawar, Luthfan hanyalah lelaki yang menjengkelkan dan terlalu suka menyakitkan hati orang. Namun hidup tidak pernah berjalan seperti yang dirancang. Apabila takdir terus menemukan mereka dalam pelbagai keadaan, Mawar mula sedar bahawa di sebalik sikap dingin Luthfan Azrael, ada sisi lain yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Dan tanpa mereka sedari, kebencian yang pernah ada perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam. "Kenapa kau nak sangat jaga aku ni?"-Mawar Elvani "Because you're my Little Flame Mawar..."-Luthfan Azrael Kerana kadang-kadang, orang yang paling kita benci... sebenarnya adalah Takdir Kita.
+4 أكثر