Fav
3 stories
[C] Her Angel by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 927,697
  • WpVote
    Votes 44,521
  • WpPart
    Parts 66
[FIRST BOOK] Genre: Healing Romance + Slice of Life Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❤️ Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri. Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama. Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu. Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya. 🚨WARNING🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Healing Romance #1 Romance #1 Cinta #1 Persahabatan #1 Siblings #1 Trauma #1 Family #1 Keluarga #1 Wattpad Malaysia #1 Cinta selepas nikah #1 Clingy #2 Friendship #3 Revenge #3 Cute #6 Bromance #7 Sayang #8 Melayu #15 Love Start published: 1/1/2025 Completed: 17/11/2025
MANJA LEILA : HIS HOME (COMPLETED) by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 505,763
  • WpVote
    Votes 31,009
  • WpPart
    Parts 55
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE SPIN OFF - TUAN MUDA AYYAZ KHAN PUBLISH DATE : 1/9/2025 - 22/1/2026 ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya. [RANKING #1 ON WATTPAD!]
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,246,019
  • WpVote
    Votes 89,597
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.