We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
2026
200 stories
Dia, Bintang di Syurga ✓ by thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Reads 195,220
  • WpVote
    Votes 12,893
  • WpPart
    Parts 84
(COMPLETE) "Dia, suami dari neraka yang masih ku anggap sebagai kiriman terindah daripada Tuhan." Iman kalau bertentang dua kepala dengan Aisar, fuh! Musuh tradisi, anjing dengan kucing, perang dunia ketiga, semua boleh masuk! Tapi, ada sisi Aisar yang Iman suka. Aisar... protective! "I tunang Iman. Lagi dua bulan, kami akan kahwin. So, I harap you tak ganggu bakal isteri I sebelum i cabut semua gigi jonggang you. Faham?" -WAAN AISAR "Kenapa awak cakap yang kita nak kahwin? Nanti tak fasal jadi gosip murahan satu hospital ni!" -IMAN NADEENA Di sebalik rasa bahagia, pasti ada onak duri yang kunjung tiba. Aisar, pencinta kaum sejenis. Bukan dia tak cuba berubah, dah cuba. Bukan dia tak cuba ubati, dah cuba. Cuma, tak boleh. "Mama nak Waan kahwin Qamelya. Prove me that's you're not gay!" -PUAN SRI SYUHADA "Mama nak Waan kahwin dengan Qamelya? Qamelya yang ada kanser tu? Siapa nak bimbing siapa sebenarnya ni?" -WAAN AISAR Dan, di sini Iman. Kononnya, sudi jadi isteri atas kontrak. Langsung tidak mengaku cinta. Padahal, diri dilamun cinta asmara! "Apa kata kita kahwin, Aisar? Lepas awak jumpa orang yang awak suka, cinta sebenar awak, kita berpisah baik-baik?" -IMAN NADEENA Kisah ini bukan kisah bahagia. Saat ingin mengecapi rasa manisnya bersama, saat itu lah, derita saling merobek rasa cinta yang terbina. Mahligai ini... tidak selamanya kukuh di sini. [ inspirasi dari kisah nyata | spin-off bukan cinta sempurna ] WARNING: WATAK PEREMPUAN LEMBIK MACAM JELI!
Teduhan Kasih by MareamArissa
MareamArissa
  • WpView
    Reads 10,658
  • WpVote
    Votes 407
  • WpPart
    Parts 47
Jodoh aturan keluarga diantara Cempaka Balqis dan Sulaiman Mukhriz bukanlah ibarat kisah cinta dongeng. Ternyata di hati Mukhriz, Balqis bukanlah siapa-siapa. Hanya anak gadis kepada sahabat baik ibu dan bapanya. Namun di hati Balqis, Mukhriz adalah cinta pertamanya. "I cuma jatuh cinta sekali, bukan berkali-kali." -Sulaiman Mukhriz- Namun, di hati Balqis, Mukhriz adalah cinta pertamanya. Siapa sangka crush di zaman sekolah adalah insan yang menjadi suaminya. Jauh di sudut hati masih yakin, Mukhriz akan belajar mencintai dirinya. "Jodoh ini akan kujaga sehingga ke hujung nyawa." -Cempaka Balqis- Ego Mukhriz dan kedegilan Balqis menjadikan mahligai yang dibina ibarat retak menanti belah. Dan diakhirnya Balqis mengalah dengan takdir yang tertulis. Namun, tanpa diduga kehadiran Ilyas Yaqin mengundang rindu diantara keduanya. Di penghujungnya, masih adakah sinar cinta buat Balqis dan Mukhriz? Adakah mahligai yang dibina hanya berlandaskan keterpaksaan semata-mata? Atau sebenarnya telah wujud sambutan cinta di antara keduanya?
THE COMMANDO'S SWEETHEART : MY LOVE (C)  by Limiamore
Limiamore
  • WpView
    Reads 8,189
  • WpVote
    Votes 258
  • WpPart
    Parts 42
"Jika kau bermimpi untuk setia kepada negara,pastikan kau belajar untuk setia kepada seorang perempuan yang bersama dengan kau dari kosong" - Arranella "Akan aku buktikan bahawa perempuan yang bersama aku sekarang merupakan salah satu sebab aku mampu sampai disini sekarang" Arvin SINOPSIS : Arrabella Dellaney Ashikin ialah seorang wanita muda berjiwa tenang yang membesar dalam dunia ketenteraan. Anak perempuan kepada Panglima TLDM Lumut, Perak, Panglima Ashikin, serta adik kepada Andrew Alden Ashikin, Arrabella membawa nama keluarga yang disegani. Berasal dari Sabah, dia memilih untuk menyembunyikan identiti sebenarnya dan menjalani kehidupan sederhana, jauh daripada bayangan pangkat dan kuasa keluarganya. Kehadirannya tanpa disangka telah menarik perhatian Arvin Immanuel, seorang calon Kursus Asas PASKAL yang juga berasal dari Sabah. Arvin melihat Arrabella sebagai wanita biasa-lembut, berprinsip, dan menjadi sumber ketenangan di tengah latihan keras yang menguji mental dan fizikal. Perasaan mula berputik, namun hubungan mereka tidak pernah semudah yang disangka. Segalanya berubah apabila Arvin mengetahui kebenaran yang mengejutkan-Arrabella bukan sekadar anak panglima, malah seorang Leftenan TLDM, anggota elit Pasukan Super Lynx, unit khas yang bakal digerakkan bersama PASKAL dalam satu misi berisiko tinggi. Rasa terkhianati, ego sebagai anggota latihan, dan jurang pangkat mencetuskan konflik antara mereka. Dalam dunia di mana arahan mesti dipatuhi dan emosi sering dikorbankan demi negara, Arrabella dan Arvin terpaksa memilih antara tanggungjawab dan perasaan. Saat peluru menjadi bahasa dan lautan menjadi saksi, mampukah cinta bertahan apabila kepercayaan diuji dan nyawa menjadi taruhan?
Penakluk Sang Cahaya Rindu [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 112,007
  • WpVote
    Votes 5,473
  • WpPart
    Parts 54
Dia tidaklah jahat tetapi di dalam dunia dia, dia 'penjahat' sebenar. Tiada yang bisa menandingi ritma kehidupan dia dan tiada siapa tahu susuk tubuh itu wujud memerhati dalam samar. Tiada siapa yang mampu melihat senyumannya namun hanya 'dia' seorang sahaja yang mampu membuatnya senyum seperti manusia hilang akal. "Naa, kahwin dengan aku jom." - Syafiq Hakimi "Tak nak, kau baran gila pulak tu." - Naira Hanina Prequel - Yang Tertulis Dilangit Start Writing : December 2024 Start Publish : 2 March 2025 End Publish : 17 April 2025
INFERNO | C by MsAurora121
MsAurora121
  • WpView
    Reads 14,103
  • WpVote
    Votes 521
  • WpPart
    Parts 62
( New Version Milik Valco ) Series 1 "Dia dilahirkan dalam kegelapan. Pemimpin Inferno, pewaris darah mafia yang digeruni dunia. Namun segalanya berubah... kerana seorang gadis bernama Reeya Delfeera." Hayder Zafrael hidup dengan tangan yang penuh dengan darah, berlumuran dosa dan hati yang membeku tanpa rasa. Pertemuan takdir di Kuala Lumpur International Airport menemukan dia dengan Reeya seorang gadis yang berprinsip teguh dan sangat berani. Tanpa sedar menjadi cahaya dalam gelap hidupnya. "Aku bukan lelaki yang baik. Tapi aku janji yang aku akan bahagiakan kau" "Kalau awak nak berubah, itu sudah cukup bagi saya." Namun mencintai seorang mafia bukan kisah yang mudah. Dunia Zafrael penuh bahaya dan pengkhianatan. Untuk mempertahankan cinta, dia harus memilih kekal sebagai raja kegelapan, atau menjadi lelaki yang layak berdiri dalam cahaya. Kerana kadangkala, cinta bukan tentang memiliki tetapi tentang sejauh mana kesetiaan akan berkekalan apabila di uji.
Teman Istimewa | Complete by nazblqs
nazblqs
  • WpView
    Reads 98,800
  • WpVote
    Votes 7,974
  • WpPart
    Parts 48
𝓢𝔂𝓪𝓱𝓲𝓭𝓪𝓷 𝓘𝓯𝓯𝓪𝓽 | 𝓐𝓲𝓷𝓲𝓵 𝓘𝓷𝓽𝓲𝓼𝓪𝓻 Perbalahan yang tercetus antara dia dan si kakak sulung, mendorong Intisar untuk membawa diri dari rumah yang tak lagi nyaman untuk dirinya. "Bebaskan Is." - Ainil Intisar Kali ini Intisar nekad ingin meninggalkan rumah tersebut untuk dia hidup berpaksikan kaki sendiri. Tetapi Intisar hanyalah seorang pelajar universiti yang masih terkontang-kanting dalam cubaan hendak berdikari. Dan keadaan yang mendesak itu telah membuatkan dia ambil keputusan mudah untuk menyewa rumah dengan sesiapa sahaja. Termasuklah... seorang lelaki. Yakni jejaka yang dibenci Intisar. "Kau, kalau dah terdesak sangat nak cari rumah sewa, boleh tak tolong fikir yang kau tu perempuan?!" - Syahidan Iffat Iffat sehabis boleh membangkang niat Intisar yang hendak menjadi teman serumahnya. Gadis yang dia berharap daripada dahulu, tidak akan muncul lagi di hadapan mata. Walau apa pun nawaitu yang telah dipasang, tidak semestinya yang sudah dinormalisasi menjadi tiket untuk mereka menghalalkan perkara yang haram. Apabila kedua-duanya tidak ingin mengalah, hanya ada satu jalan sahaja yang Iffat nampak untuk mereka keluar dari kemelut ini.
QARL AL-FAWWAZ  (complete) by rlizzzz
rlizzzz
  • WpView
    Reads 23,802
  • WpVote
    Votes 922
  • WpPart
    Parts 80
"Garang." Itulah perkataan pertama yang terlintas setiap kali Medina Aralynn melihat lelaki itu. Qarl Al-Fawwaz. CEO muda yang terkenal dengan wajah kacaknya, ketegasan yang sukar dibaca dan perangai garang yang membuatkan semua orang tegak macam pembaris bila dia lalu. Mulutnya memang tajam. Nada suaranya pula sentiasa tenang, dingin dan serius. Tapi entah kenapa, setiap kali dia bercakap, orang yang mendengar selalu tahan ketawa. "Benda mudah pun nak aku lukis atas dahi baru faham? Buat kerja, bukan buat dokumentari kehidupan." Garang. Tapi boleh buat orang tersengih sambil minta maaf. Tiada siapa berani melawan arahannya. Dan tiada siapa pernah melihat lelaki itu memberi layanan istimewa kepada mana-mana wanita. Termasuk Medina Aralynn. Tetapi mungkin ia akan berubah... Bagi Aralynn, lelaki itu hanyalah seorang ceo yang suka membebel dengan muka tak berperasaan. Sejenis manusia yang marah pun macam tengah baca berita. Sedangkan dirinya? Dia seorang pembantu peribadi. Seorang gadis yang sentiasa selamba. Kena marah pun masih boleh jawab dengan muka tenang. "Baik, bos. Saya salah. Tapi saya salah dengan penuh keyakinan." Dan entah macam mana, ayat itu pernah membuat Qarl diam tiga saat sebelum mengurut dahinya. Medina Aralynn memang banyak cakap. Kadang-kadang terlebih santai. Kadang-kadang lawak dia sendiri pun dia seorang yang gelak. Tapi walau mulutnya tak berhenti bercakap, setiap arahan Qarl tetap dia ikut tanpa banyak soal. "Bos suruh saya diam? Baik. Saya diam. Tapi dalam hati saya masih bercakap." TANPA SEDAR, TEMBOK ITU RUNTUH. Sebuah cerita tidak pernah sempurna, begitu juga penulisnya. Jika ada kata yang tersalah, cerita yang terkurang atau sesuatu yang tidak seperti diharapkan, maafkan segala kekhilafan. Pohon kemuning di tepi perigi, Tumbuh subur menghijau laman; Andai ada cacat dalam karya ini, Maaf dipinta atas kekurangan.
My Beautiful Humayra [C] by 28janee0
28janee0
  • WpView
    Reads 11,597
  • WpVote
    Votes 564
  • WpPart
    Parts 43
[3ʳᵈ book♡] [𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮𝐇𝐚𝐳𝐢𝐦𝐇𝐢𝐫𝐳𝐚𝐧᙭𝐀𝐢𝐬𝐲𝐇𝐮𝐦𝐚𝐲𝐫𝐚] Aisy Humayra ialah seorang pemilik kedai Aisy Florist, iaitu sebuah kedai bunga yang terletak di sebuah pekan. Dia telah bertemu dengan Tengku Hazim Hirzan, CEO HZ Holding. Tengku Hazim Hirzan seorang yang tenang dan tidak mudah mengalah.. Pertemuan yang tidak disengajakan itu telah menyebabkan kisah antara mereka bermula. "Aduhh! Kau ni jalan tu boleh tak guna mata! Lain kali tengok ada orang ke tak kat depan!" -Tengku Hazim Hirzan- "Ehemm. Ewah ewah encik.. Sapa yang jalan tak guna mata hah? Encik tu yang ralit sangat tengok fon. Lain kali masa jalan tu tengok depan bukan tengok fon.." -Aisy Humayra- Jatuh cinta untuk kali yang kedua bukan mudah, ditambah pula dengan kisah silam Humayra yang tidak berapa indah dengan bekas kekasihnya dahulu, namun itu tidak menjatuhkan semangat Tengku Hazim untuk terus menyakinkan Aisy Humayra bahawa dia akan mencintai Humayra dengan seikhlasnya. Bila bahagia mulai tercipta antara mereka, mereka berdua ditimpa pula dengan ujian dari-Nya.. Ujian bila berumah tangga itu sudahpun menjadi lumrah. Namun, ujian yang dihadapi oleh Hazim dan Humayra bukanlah ujian yang mampu diterima oleh semua orang.. Kehilangan insan yang sudah lama berada dalam hidup kita, ibarat hilangnya separuh nyawa.. "Allahuakbar.. Ya Allah.. Aku tak kuat, ya Allah.." -Tengku Hazim Hirzan- #1 perasaan - on 26/11/25 #1 hati - on 2/1/26, 29/3/26 ⚠️Cringe and banyak kesalahan typo. Mohon ditegur jika ada salah dan silap.. 📝 DALAM PROSES MENGEDIT SEMULA DAN MEMBAIK PULIH! ✒️ Idea asal daripada saya! Dilarang plagiat! Start - 1 Mac 2024 End - 17 Mei 2025
Mr. Rizz : His Legacy by TheNovel1206
TheNovel1206
  • WpView
    Reads 385
  • WpVote
    Votes 49
  • WpPart
    Parts 45
OST Mr. Rizz "His Legacy" : Aisha Retno feat Ade Govinda - Semoga Saja Dilahirkan oleh dunia yang penuh dosa dan bayangan, Redzlia Athzra dibesarkan dalam kebencian yang tidak pernah memilih mangsanya. Satu demi satu insan yang disayanginya sudah pergi, meninggalkan luka yang tidak pernah sembuh... Dan, dunia yang semakin menghukumnya tanpa ada belas kasihnya... Namun bagi mereka, darah lebih kuat dari kebenaran. Sebagai anak kepada Redza Ifrit, Redzlia Athzra bukan sahaja dibenci... Malah, dijatuhkan hukuman tanpa ada sebabnya dan tanpa pernah diberikan peluang untuk membela diri... Di bawah bayang seorang peguam yang tidak berbelas kasihan, Tengku Mikayla Zafrina... Nasib Redzlia Athzra, semakin terkunci dalam permainan kuasa yang kejam. Dalam dunia yang dipenuhi pengkhianatan dan rahsia, hanya ada satu nama yang masih kekal dalam menjadi harapan terakhirnya... Syed Arief Zairi. Dalam pertarungan antara cahaya serta kegelapan, adakah harapan masih lagi mampu menyelamatkan mereka? Atau, sekadar menjadi satu janji palsu yang akhirnya memusnahkan segalanya? "Rizz Protocol : Alpha Shutdown" On Air : 4 Mei 2026 (Expectation)
AURORA JASMINE: BELOVED WIFE [C] by mrshakita
mrshakita
  • WpView
    Reads 37,917
  • WpVote
    Votes 1,945
  • WpPart
    Parts 44
(⁠♡Karya ke12♡)⁠ Pulangnya dari Amsterdam,kedua ibubapanya minta dia bersedia.Bersedia dari fizikal dan mental. Mahu tak terkejut Aurora Jasmine dengan permintaan kedua ibubapanya untuk penuhi permintaan mereka.Kerana terhutang budi, Aurora Jasmine di jodohkan dengan kenalan orang tuanya. "Min baru balik dari overseas, tiba-tiba dah kena kahwin! Dengan kawan Daddy pula tu!"-Aurora Jasmine "Ini saja cara yang Daddy ada untuk balas budi kawan Daddy tu."-Tan Sri Khalid Bermulanya pertemuan Aurora Jasmine dengan kenalan Daddy dia itu. Bermacam persoalan dan pertanyaan di benak fikiran dia.Namun, kenalan Daddy dia itu, terlalu tenang dan setiap permintaan Aurora Jasmine, dia penuhi. "Dato tak kisah ke saya bolot semua harta Dato nanti?"-Aurora Jasmine "Itu hak you sebagai isteri i."-Dato Saef Khalif Bermulanya asam garam dalam rumahtangga mereka berdua yang penuh warna-warni kehidupan.