🫂💗
8 stories
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED] by SidMedea
SidMedea
  • WpView
    Reads 221,353
  • WpVote
    Votes 6,463
  • WpPart
    Parts 58
"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik. " Ujar Yuzma bila sampai dibilik kecemasan. Tangannya laju mencapai kapas yang telah jururawat sediakan. Luka dibahagian dahi pesakit itu dikesat dengan kapas. Doktor yang bertugas dengannya mengambil alih dibahagian kaki mangsa tersebut yang patah. Kening Yuzma berkerut bila pesakit itu tidak merasai apa-apa kesakitan tapi mata pesakit itu begitu ralit merenungnya. Alat bantuan pernafasan dipakaikan ke mulut pesakit tersebut. "Doktor cantik.... " Yuzma terhenti. Pesakit itu dipandang. Matanya merenung wajah pesakit itu yang mulai memucat. Bacaan yang terpapar pada skrin monitor ditepi katil mulai menurun membuatkan Yuzma dan rakan sejawatnya haru biru. "Mangsa tak sedarkan diri! " Tidak sampai beberapa saat, bunyi bingit mulai kedengaran. Doktor Yuzma kalut bertindak pantas menyelamatkan nyawa pesakit itu sambil dibantu rakan sejawatnya dan beberapa orang jururawat.
Prisoner of Tariq Zayyan by SalinaSalleh3
SalinaSalleh3
  • WpView
    Reads 136,854
  • WpVote
    Votes 4,189
  • WpPart
    Parts 56
"Saya tak salah." Ujar Tiara lemah. Kenyataannya, dia sedar dia tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi. Dia tidak boleh ubah apa-apa. Hah, masih berani nak terus pertahankan diri! "I don't give a damn. For me you're guilty as hell!" Bentak Tariq Zayyan kasar. Tiara Shenaaz dihukum hanya kerana satu kesilapan. Dia berkorban lagi dan rela dipenjarakan. Dia, Tiara Shenaaz sah menjadi Prisoner Tariq Zayyan dengan satu lafaz. Mampukah dia bertahan sedangkan hati sering dilukai? Sampai bila Tariq Zayyan nak menghukumnya.
Silent Melody {Terbit ebook} by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 387,245
  • WpVote
    Votes 8,562
  • WpPart
    Parts 29
(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di dalam diri ini. Aku terikat dengan kata itu sepanjang hidup. Hari menjelang minggu, minggu menjelang bulan, bulan menjelang tahun tetapi kalimat itu tidak pernah hilang. Malah menambahkan lagi kesengsaraan diri ini. Dan semua itu sebab aku adalah penyebab ibu aku pergi. Aku dilahirkan di dunia ini dianggap sebagai pembawa malang. Tidak ada satu pun ahli keluarga aku menyayangi aku. Semua mereka berfikir aku adalah pembawa malang. Aku tidak salah tetapi kenapa mereka menyalahkan aku? Atau mungkin aku memang pendosa sebagai manusia yang hidup. Aku sakit. Sakit dan penat menerima kenyataan ini. Dan disebabkan semua ini jugalah, jiwa kedua aku muncul. Muncul sebagai pengganti diri aku yang sungguh sakit dan penat untuk menerima kenyataan sebenar. "Aku bukan Rechel, aku Emerline." P/S karya ini mengisahkan hidup Rechel iaitu kwn kepada Claire di tears of melody Start: 1.1.2021 End: 4.4.2021 Cover by: @AizackMesle
LARA SOFEA  by SyuhadaRozali
SyuhadaRozali
  • WpView
    Reads 951,390
  • WpVote
    Votes 35,681
  • WpPart
    Parts 90
Izznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.
C | Cruel: Trust no one.  by rosettee_
rosettee_
  • WpView
    Reads 43,997
  • WpVote
    Votes 2,159
  • WpPart
    Parts 55
[COMPLETE] KARYA ROSEAIZEN | NEW VERSION. BLURB- Cyra dilahirkan dalam sebuah keluarga kaya yang mempunyai sisi gelap yang hanya mereka ternama saja yang tahu. Namun, dia tidak dilahirkan dalam dulang emas seperti yang orang luar jangkakan. Setiap hari dia didera, dihina, dipaksa melakukan kerja- kerja pembantu rumah dan yang paling maling sekali dihukum di bilik bawah tanah ketika dia tidak melakukan salah seperti yang dituduh ibu dan adik- beradik tirinya. Trauma membuatkan Cyra tidak mudah mempercayai orang luar mahupun ahli keluarga sendiri. Berjuang sendirian demi keadilan diri. Makin hari, diri semakin dimamah amarah dan dendam. Ketika dia berusia 15 tahun, dia dipaksa bertunang dengan pewaris The Hertz yang dikenali sebagai seorang yang kejam dan tidak berhati perut. "Kalau kau fikir aku takut dengan kau hanya kerana pangkal nama kau Muller, kau silap Izek," - Cyra. Izek Muller, pewaris The Hertz dan Hernz Royalce. Bergelar seorang billionaire pada usia muda. Sentiasa menjadi harapan kumpulan dan syarikat keluarganya. Cyra bukan satu- satunya matlamat yang ingin dia capai. Janji harus ditepati, dendam harus dilunaskan. "Ini baru permulaan, Mondlicht." - Izek Muller. Mereka saling menjadi boneka kepada si pendendam tanpa mereka sedar. Mata dan hati mereka dibutakan dengan dendam. Cinta? Mustahil bagi mereka untuk kecapi. © All right reserved ⚠️ The following episode contains despictions of child abuse and sexual assault that may upsetting to some readers. Viewer discretion is advised. ⚠️ Plagiarism is prohibited. ⚠️ Original work by Rose Aizen.
P A L O M A [COMPLETED] by itsnazshabs
itsnazshabs
  • WpView
    Reads 574,360
  • WpVote
    Votes 21,623
  • WpPart
    Parts 57
Garapan ke-2 Ini bukan cerita paling manis, paling romantis dan paling hijau. Ini adalah cerita mengarut dan banyak lompong hasil eksperimentasi kemampuan si penulis. Expect less or better yet, expect none - nazshabs "A dove of broken wings and silent scars." "A prince in silent sorrow, a tale begun."
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED] by SidMedea
SidMedea
  • WpView
    Reads 515,146
  • WpVote
    Votes 15,733
  • WpPart
    Parts 65
Gelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apalagi jika sebahagian keluarganya menyisihkannya. Berbagai cara dia lakukan, tidak lupa juga berdoa kepada Allah SWT untuk membuka pintu hati keluarganya supaya menerima dan memaafkan dirinya. Kesalahan itu bukanlah kesalahan yang dia lakukan tetapi dia di fitnah. Namun, keluarganya sukar mahu mempercayai lagi-lagi dengan bukti yang kukuh menunjukkan dia adalah si pelaku itu. Namun dia seorang lelaki yang sabar dan penuh tekad untuk mengharungi ujian itu. Biarlah dia terjatuh banyak kali, selagi dia mampu berdiri kembali, dia akan berdiri. Dia akan bangkit. Dia akan harungi ujian itu.
Hari ini, Esok dan Selamanya [COMPLETE] by NourZefe
NourZefe
  • WpView
    Reads 37,776
  • WpVote
    Votes 2,200
  • WpPart
    Parts 50
Aira Akasyah jalani hidup yang cukup bahagia. Namun semuanya berubah selepas dia disahkan kanser. Tiada banyak masa lagi untuknya. Dengan itu, dia ambil keputusan untuk penuhi impiannya dengan membeli sebuah apartment yang terletak di sebalik gunung. Aira sangka dia boleh menghabiskan sisa hidupnya di situ dengan tenang. Malangnya tidak bila jiran di hadapan rumahnya tiba-tiba mengetuk pintu dan menghalaunya keluar. Lelaki itu sangat biadap membuatkan Aira sangat membencinya. Rizq Akasyah jalani hidup yang sangat sunyi dan damai sehinggalah muncul jiran baru tinggal di hadapan rumahnya. Di mana itu sangat mengganggu ketenteraman. Kerana Rizq bencikan bunyi. Dia dikurniakan deria pendengaran yang teramat kuat. Rizq mampu mendengar apa-apa sahaja. Itu adalah kuasa bagi orang lain, tapi tidak bagi Rizq, itu adalah sumpahan. Suara orang bercakap pun boleh buatkan gegendang telinganya mahu pecah. Oleh itu dia selalu memakai headphone di telinganya. Berjumpa dengan Aira buatkan dia alami sesuatu yang tak pernah dijangka. Dia tak dapat dengar suara Aira melainkan dia buka headphone itu. Hanya suara dia sahaja yang kedengaran normal. Buat pertama kali dia boleh berhadapan dengan seseorang tanpa menyakitkan telinganya. Dan itu meninggalkan sesuatu dalam hati Rizq.