O : ̗̀➛ P 🎀
20 stories
Dalam Jagaan Devil [NOVEL] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 3,301,036
  • WpVote
    Votes 171,170
  • WpPart
    Parts 65
Top 1 [Amazing Romance Genre🏅] Top [ GOOD STORYLINE 🏅] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau duduk dengan syaitan, sudah semestinya dia akan membawa aku ke neraka." Kemunculan Rayden Hidayat dalam hidupnya membawa satu makna. Lelaki berdarah kacukan cina itu dilahirkan daripada keluarga kongsi gelap. Dia tidak menyangka perwatakan Rayden yang agak dingin dan serius dapat membawanya keluar daripada dunia suaminya. Setahun perkahwinan Hana dan Ziat telah didirikan. Namun ia runtuh kerana nafsu duit. Ziat sanggup menjual isterinya kepada sesiapa sahaja yang membayarnya dengan wang tunai yang banyak. Sejak kehadiran Rayden sebagai pelanggan, dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila setiap malam lelaki yang sama bakal menempah isterinya. "Saya takkan lari daripada sini. Syurga saya dibawah telapak kaki suami saya."-Hana. "Itu bukan syurga tapi neraka. Just choose one, follow me or continue to satiate the devil's appetite."-Rayden Namun kehadiran Rayden dalam hidup Hana bukanlah satu maksud yang sia-sia. Dia datang dengan hajat tiga tahun yang lalu. Dia muncul sebagai memori pahit Hana yang sudah lama dilupakan. Siapa Rayden? Bagaimana aku boleh lupa tentang orang yang paling penting dalam hidup aku? "Ikut aku balik Hana!" -Rayden Hidayat "Aku suami kau yang sah Hana. Kalau kau lebih pilih bekas suami kau yang dah murtad, kau berdosa besar. Tiada ciuman syurga bagi kau Hana. Datang pada aku sekarang!" -Ziat Mana yang harus aku pilih? Dalam jagaan siapa yang lebih selamat untuk aku menetap? "Cinta boleh buat kita ingat semuanya tapi cinta juga boleh buat kita lupa yang Maha Esa. Cinta memang kejam!"- Rayden Hidayat
CASANOVA LOVE VOL 1 by tihatti
tihatti
  • WpView
    Reads 93,591
  • WpVote
    Votes 9,397
  • WpPart
    Parts 38
Dia pencinta wanita namun dia juga tega musnahkan sekeping hati milik Hawa tanpa tiada rasa serba salah. Taruna Andika, sebaris nama indah tetapi tidak pada akhlak lelaki ini. Nakal, meninggi diri, penghancur hati. Ayat-ayat manis yang terlahir di lidah bukanya menyenangkan jiwa namun menghancurkan segenap rasa. Bagi dia...cinta sejati itu tidak wujud. Hanya cinta yang berpaksikan rupa dan harta. Bagi dia siapa sahaja mampu menerima insan tanpa wang dan kecantikan? Cinta? Pftttt jangan melawak dengan dia. Wanita hanya satu persinggahan untuk lempiaskan rasa bosan. Seperti mainan yang akan dibuang apabila sudah rosak dan cacat. Ego tinggi melangit, langsung dia tidak mahu melihat ke bawah hingga dia juga jatuh terduduk dek wanita yang pernah dia kecewakan dahulu. Tasneem Sufia . Dia hanya wanita yang pernah hadir dalam hidup Taruna, kehadiran nya mungkin sebagai satu lintasan sahaja dan tidak penting bagi lelaki itu namun si dia juga punca mengapa hidupnya berantakan seperti kaca menanti masa untuk berderai. Bagi Tasneem, Taruna ini adalah laki-laki yang langsung tidak layak merasai cinta! Taruna itu masa lalunya dan Jebat adalah masa kini nya. Jebat Andika, dia datang membawa rasa bahagia, membawa seribu kemanisan dan senyuman serta menyembuhkan luka yang dia sendiri tidak lakukan. Jebat Andika, saudara kepada Taruna. Dia sukakan Tasneem, dia cintakan Tasneem semenjak di bangku sekolah namun dia simpan kemas cinta dia pada wanita itu diam-diam dari jauh. Dia definisi lelaki yang lembut tutur katanya, mata miliknya redup penuh rasa kasih kepada Tasneem. Cinta dia agung kepada angkasa raya. " Pilih antara aku ataupun dia Tasneem."- Taruna Andika " Awak lelaki yang langsung tak layak merasa manis nya cinta Taruna."- Tasneem Sufia " Rasa cinta itu adalah anugerah yang paling indah Tuhan berikan kepada kita Tasneem dan tak semua mampu rasa anugerah itu."- Jebat Andika START: 22/2/2025 END:
BAHAGIA UNTUK IZAMMIL | unedited by hannazhya
hannazhya
  • WpView
    Reads 227,463
  • WpVote
    Votes 12,746
  • WpPart
    Parts 40
Dingin. Beku. Garang. Bagi Hanim Izzati, itulah ciri-ciri lelaki kacak tapi misteri itu. Izammil Ardhwan. Kehadirannya di syarikat keluarga mengejutkan semua. Kata orang, dia 'anak kedua misteri' yang tak bernama. Tak pernah nampak bayang tapi tahu-tahu saja muncul sebagai CEO baru. Bagi orang ramai, dia lelaki yang tak berperasaan. Hanim pun tak gemarkan sikap lelaki itu. Tapi, siapa sangka dia sebenarnya bergelar bapa? Dari seorang bos dan pekerja, kepada anak makcik sebelah rumah, kepada Hanim bergelar kak 'beuaty' Tiara, si cilik milik Izammil. Sejak itu, Hanim bagaikan terikat dengan Izammil. Sehinggalah satu kemalangan yang membuat Izammil sendiri tampil untuk mengikat Hanim lebih rapat dengannya. "Kahwin dengan saya. Demi Tiara." Tapi, bagaimana dengan Lyana yang sudah dijanji untuk dikahwini? Sangka Hanim, berkahwin dengan Izammil bermaksud dia hanya perlu sayangkan Tiara seperti anak sendiri. Tapi, segalanya berubah apabila rahsia terbongkar satu-persatu. Dan, Hanim tahu sekeping hati Izammil ialah hati yang paling banyak dilukai. Hati itu beku dengan amarah. "For some people, when they cried, they have people that will cry for their pain. When they were hurt, they have people to tell them they're sorry. But I don't have all that, Hanim. Tiara is all I have." - Izammil Jika bahagia Izammil terletak pada Tiara, Hanim sanggup selamanya bergelar isteri demi Tiara. Namun, apabila masa lalu Izammil muncul untuk meragut Tiara pergi dari hidupnya, banyak maruah yang perlu dijaga. Maka, Hanim tahu dia yang perlu berkorban. "Saya berahsia demi maruah ramai orang." - Izammil "Saya ada satu peluang untuk betulkan segalanya, dan bodohlah saya kalau saya tak ambil peluang itu untuk kembalikan awak yang dulu." - Hanim Tiada apa yang indah tentang masa lalu Izammil tetapi itulah yang membuat Izammil sangat indah di mata Hanim. "I'll be the first to cry when you're hurt, and the last to smile until you smile first." - Hanim *Cliché but do give it a chance
His Remedy [TERBIT] by irenicmia
irenicmia
  • WpView
    Reads 2,584,256
  • WpVote
    Votes 79,904
  • WpPart
    Parts 29
[COMPLETE] [TERBIT] 2nd romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH SYARIKAT PENERBITAN FAJAR PAKEER Don't ever trust my words.. but trust my actions, gorgeous. Disebabkan oleh perkahwinan yang tiba-tiba sahaja diatur oleh ibunya, fikiran Elena mula menjadi buntu. Dia enggan menerima cadangan tersebut jadi pilihannya hanya satu iaitu melarikan diri. "Don't you dare! Selagi El tak terima cadangan mom, jangan harap El boleh pergi jauh." - PUAN SRI RAFEA Siapa sangka, pilihannya untuk melepaskan diri daripada perkahwinan yang dirancang oleh Puan Sri Rafea itu menjadi titik permulaan kepada pertemuannya dengan seseorang? Bagi Elena, pertemuannya dengan jejaka bernama Black itu diibaratkan sebagai sesuatu perkara yang misteri. Mengapa jejaka itu muncul di saat dia memerlukan pertolongan? Mengapa si dia muncul di saat dia rapuh dan memerlukan perlindungan? Itu yang menjadi persoalan di benak fikiran seorang Elena. "How about you? Boleh I percayakan you?" - ELENA SOPHIA Lain pula bagi seorang Black Salvatore. Baginya, menjaga Elena ialah ikrarnya. Selagi dia bernyawa, tidak akan ada sesiapa pun yang mampu untuk menyakiti atau menyentuh Elena kerana... "She's my woman. Touch her, and you will never see daylight ever again. Did you hear that?" - BLACK SALVATORE Namun apa yang terjadi apabila satu-persatu perkara yang disembunyikan mula terbongkar? Permainan apakah yang sedang dimainkan oleh mereka? Dan yang lebih penting, siapakah Black Salvatore di masa lampau? Sebahaya manakah lelaki itu di mata musuh-musuhnya? Because his name is Black Salvatore, and he's willing to give up all for Elena Sophia, his remedy. Cinta tak selamanya tentang perasaan, tapi cinta adalah tentang keikhlasan. ⚠️ unedited highest ranking : #1 in romance , #1 in romantik , #1 in Melayu #1 in action , #1 in thriller , #1 in comedy #1 in mystery , #1st in mafia
Serunai Maut ✔ (TERBIT PBAKL25) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 1,251,760
  • WpVote
    Votes 70,330
  • WpPart
    Parts 31
SERUNAI MAUT SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH PENERBITAN MANGOSTEEEN. Untuk update terkini, sila follow akaun @leena_syiha di Instagram, TikTok, Thread dan join channel telegram. Tekan link di profile penulis. ____ Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry dan Iman segera menyiasat kes itu. Sehinggalah penyiasatan itu membawa kepada sebuah mitos yang tidak mampu dipercayai sesiapa. Serunai maut. Kata penduduk pulau; jangan buka lampu. Kata mereka; pulau ini ada 'penjaga'. Pegangan mereka khurafat. Akidah mereka rosak. Kes bertemu jalan mati. Ada sesuatu yang tidak selesai. Henry tiada pilihan. Falah diperlukan untuk membantunya.
Dirimu Untukku  [TERBIT] by IeraRoselyn
IeraRoselyn
  • WpView
    Reads 3,636,185
  • WpVote
    Votes 328
  • WpPart
    Parts 9
🏅The Wattys 2020 | Winner - Romance Tengku Raykal Aidan... Sayang dan cinta merupakan dua perasaan yang berbeza. Baginya, rasa sayang itu boleh diserahkan kepada sesiapa sahaja, namun tidak cinta. Cintanya masih setia untuk orang yang sama. "Ya, saya masih cintakan dia! Awak tak ada hak nak halang saya cintakan dia walaupun jasad dia sudah terkubur! Tak perlu sibuk pasal saya! Cukup dengan saya cakap saya sayang dekat awak. Apa lagi awak nak???" - Tengku Raykal Qaisara Amalin... Walaupun sakit untuk bertahan, kesabaran tetap menjadi keutamaan sejak bergelar isteri kepada lelaki yang sangat dicintainya itu. Namun setelah kebenaran terbongkar, hatinya tidak mampu untuk bertahan lagi. "Saya sayang awak. Kenapa awak tak jujur dengan saya? Saya boleh terima kalau awak tak tipu." - Sara Sofea... Obsesi membuatkan dia nekad untuk mendapatkan apa yang dimahukannya walaupun diri sendiri menjadi taruhan! "Dia hak aku! Kau tak layak! Orang lain yang aku hapuskan, orang lain pula yang datang. Aku hapuskan Sumaira sebab aku ingatkan aku akan dapat Raykal. Rupanya kau menyibuk pula!" - Sofea Mampukah kesabaran Qaisara Amalin menghadirkan rasa cinta Tengku Raykal Aidan buat dirinya sementara dalam hati lelaki itu masih ada nama lain yang terukir? Berminat untuk tempahan sila tekan link di bio.
FIGHT FOR LOVE [TERBIT] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 1,919,682
  • WpVote
    Votes 19,556
  • WpPart
    Parts 11
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025
Book One : The Runaway Princess [ TERBIT ] by dynnazain
dynnazain
  • WpView
    Reads 67,203
  • WpVote
    Votes 2,792
  • WpPart
    Parts 19
The Princess Series : Volume 1 [ TERBIT - KARYA PUBLIKA ] Tengku Hannah Thalia. Sebaris nama yang cukup menggeruni rakyat jelata Kerajaan Akalil. Kerajaan Akalil yang sering menjadi buah mulut di serata tempat kerana ia merupakan satu-satunya kerajaan yang masih mengekalkan adat Perpatih Putih. Sebut saja namanya, pasti penduduk Akalil mula terbayang pandangan mautnya. Bahkan gadis itu diberikan gelaran Puteri Hazel kerana ketangkasannya dalam berlawan pedang, kebijaksanaanya dalam menutur kata, juga kerana keberaniannya seperti seekor singa. She's such a motionless but her mind is full of wonder. Puteri tunggal itu sentiasa menjadi dambaan rata-rata jejaka di luar sana. Biarpun sudah banyak putera datang merisik, satu pun dia tidak pernah terima mahupun memandang dengan sebelah mata. Semua yang keluar dari bibir merahnya hanyalah nista belaka. Kerana kehilangan bapa kandungnya, menjadikan Thalia seorang yang sangat misteri. Dendam yang lama terkubur akhirnya kembali bangkit demi menuntut keadilan. Kehadiran Sultan Habil demi menggantikan takhta Sultan Mursyid membuatkan rasa dendam itu menebal. "Ayah aku dah lama mati."- Thalia "Jadi anggaplah Sultan Habil sebagai ayah kedua kau. Takkanlah kau layan ayah kau macam tu?"- Haqeem. Mungkin tidak lama lagi pewaris Kerajaan Akalil bakal berubah. Semua pentadbiran mula berantakan apabila ramai sudah mula membangkang adat Perpatih. Bahkan Sultan Habil mula bertindak sesuka hati dalam mentadbir Akalil. Kehadiran Ethan dari zaman depan, membuatkan Thalia semakin senang untuk membuka langkah demi merampas kembali Kerajaan Akalil dari Sultan Habil. Berundur diri tak bermakna dia kalah. Ditekadkan dalam hati, Sultan Habil takkan mampu melawannya di khalayak ramai kelak. Dia akan pastikan Kerajaan Akalil akan kekal teguh di bawah pimpinannya suatu hari nanti. Start : 21st September 2019 End : ©NO PLAGIARISM Contains harsh words and violence.
A.N: Maths [TERBIT PBAKL25] by missblossom_
missblossom_
  • WpView
    Reads 376,043
  • WpVote
    Votes 7,345
  • WpPart
    Parts 10
Teenfic-Romcom 🏆 WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY 🏆 🏅 THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HOSHI AWARD 🏅 P/s: Semua bab di dalam hanyalah Wattpad version. Bukan physical novel version. ❦ °⋆.࿔*:・ "2x darab 2xy jawapannya 4x²y! Mana datang q ni?" - AIRIL NAJMI Pernah terfikir tak bila kau kena belajar Matematik dengan budak poyo lagikan sombong? Semuanya bermula apabila Ain Qaisara menerima keputusan yang teruk dalam subjek Matematik ketika peperiksaan pertengahan tahun. Tiba-tiba pula pelajar pintar + sombong, Airil Najmi diarahkan oleh cikgu untuk mengajarnya subjek tersebut. Haru! Macam mana Airil, si dingin dan angkuh akan mengajar Ain, gadis ceria dan bersikap childish? Dalam kelas pun lelaki itu buka mulut apabila perlu saja. Inikan pula perlu melayan Ain yang mulutnya tak reti diam dan kepoh mengalahkan wartawan Mstar! Apa pula reaksi teman lelaki Ain, Faizz Daniel, apabila mendapat tahu kekasihnya sering meluang masa bersama Airil untuk mengulang kaji pelajaran setiap kali selepas sesi persekolahan? "Sara, you're not cheating on me, right?" - FAIZZ DANIEL Dalam menghitung hari menuju peperiksaan SPM, pelbagai ragam dan dugaan hidup yang dilalui oleh Ain dan Airil. Ada yang bertaut dan ada pula yang makin menjauh. Begitulah... sehingga tali persahabatan yang lama terikat kukuh mulai menegang dan terputus. Cinta yang lama disemai akhirnya layu disiram rasa prasangka dan racun cemburu. Tetapi... Apa yang paling tak disangka, salah seorang antara mereka tanpa sedar mula menyimpan rasa. Yang dahulunya paling dia benci, kini ingin sentiasa berada dekat di sisi. Jadi, bagaimana kesudahan kisah mereka? Berjayakah Airil, Ain dan Faizz mencapai impian dan cita-cita mereka? ❦ °⋆.࿔*:・ START: Sept 2019 tapi I unpublish, then republish 15/3/20 END: 27/6/20 RE-EDIT for TheWattys 2020: 8/8/20 - 30/9/20 🏅 Highest Ranking: #1 in Arrogant #1 in Islam #1 in Wattpad #2 in Teenfiction 📌 STRICTLY NO COPY
The Devyn's Maid | TERBIT by sweetiecupcakee
sweetiecupcakee
  • WpView
    Reads 3,939,451
  • WpVote
    Votes 42,542
  • WpPart
    Parts 12
MULA : 16 NOV 2019 TAMAT : 17 APR 2020 "Kau jaga aku, aku jaga kau." The Devyn's Maid. Wujudnya gelaran itu kepada insan bernama Elvina Naura. Seorang anak yang dimanjakan dengan kemewahan oleh keluarganya. Sehingga suatu hari kebahagiaan itu hilang sekelip mata selepas kematian ibu tercinta. Akibat terasa dicabar dengan keadaan ketika itu, dia tekad untuk keluar dari rumah. Keluarnya si dia dari kesenangan hidup sehingga mencetuskan pergaduhan dengan seorang lelaki kacukan bernama Tuan Rizqish Devyn. "Kalau you tak nak minta maaf, I jerit you ni sexual harassment dekat I." - Elvina Naura. Dari pergaduhan itu, Tuan Rizqish mula ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat. Dia mencari jalan untuk memaksa gadis itu bekerja sebagai pembantu rumahnya. Tidak disangka bahawa lelaki itu akan mengajak Elvina berkahwin secara tiba-tiba akibat masalah yang dihadapinya. Apabila ditolak, kelemahan Elvina dicari. Dia dikurung bersama hamster di dapur. Ya, binatang comel berbulu itu digunakan oleh Tuan Rizqish untuk mengugut Elvina. "Kau nak kahwin dengan aku ke tak?" - Tuan Rizqish. Hari demi hari berlalu dengan kerenah keras kepala Elvina Naura dan sikap Tuan Rizqish yang sentiasa nak betul. Semuanya mula menjadi memori buat dua keping hati itu. Hingga suatu tragedi terjadi membuatkan Tuan Rizqish kesal. Apabila bahagia hendak dikecapi, pasti ada sahaja cabaran yang datang. Dapatkah mereka bersama selamanya? swtcpkee MULA : 16 NOV 2019 TAMAT : 17 APR 2020