epikiyut's Reading List
2 stories
BOW TO HER [UNPUB] by doodybeans
doodybeans
  • WpView
    Reads 502,703
  • WpVote
    Votes 7,056
  • WpPart
    Parts 7
RAJA FAHIM BAIHAQIE Dia yang digelar raja. Raja dalam mematahkan hati gadis Askania Highschool. Sebut sahaja The Legendary Player,satu sekolah kenal siapa. Jatuh cinta? "Aku tak akan jatuh cinta selagi aku tak jumpa perempuan yang mampu tundukkan perangai playboy aku" - Raja Fahim Baihaqie Dan kata-kata itu harus ditelan semula selepas kehadiran si dia. Gadis pendiam yang digelar 'nerd' oleh satu sekolah kerana dirinya yang selalu membawa buku ke mana sahaja dengan kacamata besar yang terletak elok di atas batang hidung. Auranya mampu buat Raja Fahim Baihaqie gila bayang sendiri. Demi perempuan itu,egonya dicampak jauh. Dia satu-satunya manusia yang boleh jinakkan lelaki itu. HIFZA ATALIA. Apa akan berlaku kalau playboy sekolah bertukar menjadi manusia paling bucin?
BENAR UNTUKMU [C] by bySueHerra
bySueHerra
  • WpView
    Reads 99,552
  • WpVote
    Votes 3,232
  • WpPart
    Parts 40
Nur Qayreena, gadis kampung berusia 26 tahun, hidup dalam tenang yang sederhana menjaga ayahnya yang uzur sambil meneruskan hari-hari sunyi selepas kehilangan ibu. Tamat pengajian dalam bidang perladangan, dia memilih tinggal di kampung, bukan kerana tidak mampu melangkah lebih jauh, tetapi kerana kasihnya pada ayah terlalu besar untuk ditinggalkan. Dunia Qayreena mula berubah apabila ayahnya tiba-tiba menyuarakan hasrat: "Abah nak Reena kahwin dengan anak kawan baik abah..." Bersama rasa berat dan berdebar, Qayreena mula bertanya pada diri sendiri siapa lelaki itu? Kenapa dia? Dan cukupkah waktu untuk mengenali seseorang sebelum bergelar isteri? Soalan demi soalan dilontarkan oleh Hani, sahabat yang paling setia dan prihatin: "Reena... hati kau dah sedia ke?" "Kau tahu apa-apa pasal dia?" "Sekurang-kurangnya... kau tahu dia jenis lelaki yang boleh jaga kau?" Dan Qayreena, seperti biasa, hanya mampu diam dalam resah yang belum pasti. Namun demi ayah, dia reda. Reda yang bukan bermaksud rela sepenuhnya. Pertemuan pertama mereka tak seindah drama cinta. Dengan senyuman yang entah ikhlas entah tidak, lelaki itu bersuara: "Awak betul nak kahwin dengan saya? Saya ni dah lah hensem." Muka Qayreena terus berubah. Kalau ikut hati, dia nak cakap: "Lelaki green flag ke, jangan test aku awal-awal boleh?" Namun siapa sangka, di sebalik ayat 'bajet' itu... tersembunyi seorang lelaki yang tahu menghargai, tahu memimpin, dan tahu menyayangi dengan cara paling tenang. Perkahwinan yang bermula kerana takdir keluarga itu menjadi permulaan kepada satu cerita cinta yang tidak dijangka. Adakah hubungan mereka akan kekal lama? Adakah cinta antara mereka akan menjadi sebuah cinta abadi? Dan... adakah mereka tetap meneruskan hubungan itu hingga ke hujung nyawa?