mieserene
- Reads 1,820
- Votes 125
- Parts 8
[ B O O K 2 ]
Aderissa Nayra membesar dalam keluarga yang penuh kasih sayang. Sebagai anak sulung kepada pasangan Ayden dan Dalissa, dia dibesarkan dengan didikan yang membuatkan dia percaya bahawa cinta itu jujur, setia, dan tidak akan mengkhianati.
Pada usia 24 tahun, Aderissa percaya dia akhirnya menemui lelaki yang tepat.
Faiz Haleeq.
Lelaki yang melayan dia seperti seorang puteri. Lelaki yang tidak pernah gagal mengucapkan selamat pagi, yang selalu hadir dengan janji masa depan, yang memperkenalkan Aderissa kepada keluarganya sendiri seolah-olah hubungan mereka sudah yakin menuju perkahwinan.
Sehinggalah hari pernikahan itu tiba. Di hadapan keluarga, di hadapan tetamu, di saat akad dilafazkan, Aderissa baru menyedari satu perkara yang menghancurkan seluruh dunianya.
Lelaki yang menjadi suaminya bukan Faiz Haleeq sebaliknya Fawwaz Faleeq.
Abang kepada lelaki yang pernah dia cintai. Tanpa penjelasan. Tanpa pilihan. Tanpa persetujuan yang benar-benar difahami olehnya. Dalam sekelip mata, Aderissa menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak pernah dia kenal.
Namun yang lebih menyakitkan Faiz hilang begitu sahaja. Pengkhianatan itu akhirnya membuka mata Aderissa bahawa cinta yang dia percayai selama ini mungkin hanyalah satu pembohongan besar. Tetapi semakin banyak kebenaran tentang Faiz terbongkar, semakin banyak juga rahsia tentang Fawwaz yang mula menampakkan bayang-bayangnya.
Kenapa lelaki itu sanggup menggantikan tempat adiknya di hari pernikahannya?
Kenapa dia seolah-olah sudah mengenali Aderissa jauh sebelum mereka berkahwin?
Dan kenapa setiap kali seseorang cuba menyakiti Aderissa, Fawwaz menjadi seseorang yang jauh lebih gelap dan berbahaya daripada yang dia sangka?
Kerana semakin lama dia berada di sisi lelaki itu, semakin Aderissa sedar bahawa Fawwaz bukan sekadar suami yang tak pernah diminta. Dia adalah lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan Aderissa tetap berada di sisinya.
beautiful cover by @AizackMesle