itsaididezra's Reading List
3 stories
THB [Treat Her Better] by MissBlushing_
MissBlushing_
  • WpView
    Reads 612,793
  • WpVote
    Votes 16,769
  • WpPart
    Parts 62
Kereta di parkir di bawah porch. Enjin dimatikan. Orang yang berada di sebelah dikerling. Boleh tidur pula dia ni, ujar Zayyan Mateen dalam hati. Zayyan Mateen memusingkan sedikit tubuh agar menghadap wajah isterinya. Dengkuran halus yang kendengaran itu membuatkan bibirnya tersenyum. "What should I do with you Humaira?"Pipi mulus itu diusap. Dia tak pernah ada kekasih apatah lagi bercinta. Selama hidupnya, dia hanya kisahkan pada diri sendiri. Tak pernah fikir tentang hidup berpasangan. Tetapi, dalam sekelip mata. Statusnya kini sudah berubah sejak bertemu dengan wanita ini. "Bolehkah perkahwinan kita ini berjaya?" Sebenarnya dia takut juga saat membuat keputusan untuk berkahwin. Dia takut tak mampu untuk jalani tanggungjawab dengan baik. Paling dia takut andai orang yang dia sayang berada dalam bahaya. Dia sedar akan risiko pekerjaannya itu. Sayang? Benarkan sudah hadir rasa sayang dalam diri untuk isterinya ini? Atau hanya kerana simpati? Dia sendiri keliru dengan perasaan sendiri. Dia tak pernah rasa apa itu kemanisan bercinta. Dia tak pernah belajar dan tak pernah diajar. Tangan dijatuhkan dari terus mengusap pipi itu. Dia melepaskan keluhan lalu membuka pintu kereta. Dia berjalan ke arah pintu penumpang dan dengan perlahan-lahan tubuh wanita itu dicempung. Pintu kereta ditolak dengan kaki. ...... Nak tahu kelanjutan kisah mereka, jangan segan-segan untuk singgah ke sini... Selamat Membaca "Treat Her Better"
Amaryllis by cik_tinta
cik_tinta
  • WpView
    Reads 751
  • WpVote
    Votes 50
  • WpPart
    Parts 19
Genre : Psikologi-Thriller ⚠️ Amaran ⚠️ Karya ini mengandungi tema dan elemen yang mungkin sensitif kepada sesetengah pembaca. Dalam novel ini, anda akan menemui isu-isu berkaitan kesihatan mental, termasuk gangguan kecemasan dan Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD). Karya ini juga memaparkan elemen keganasan fizikal dan situasi yang melibatkan cubaan mencederakan diri. Sinopsis Firuz Farhanna-anak kepada seorang pembunuh. Kehidupan yang dipenuhi dengan tohmahan, caci maki, dan cercaan daripada masyarakat mengajarnya erti stigma dan keperitan. Namun, saat dunianya terasa gelap dan hampa, takdir mempertemukannya dengan Aidan, seorang General Surgery Specialist (Pakar Bedah Am) yang terperangkap dalam bayangan tragis kehilangan keluarganya. Di antara mereka, terjalin sebuah ikatan yang rumit, diwarnai dengan usaha bersama untuk menyembuhkan luka yang mendalam. Saat mereka menyelami trauma dan kekeliruan, perjalanan ini membawa mereka ke arah penemuan yang tidak pernah mereka sangka. Namun, ketika jawapan terungkap, adakah ia akan menjadi penawar kepada sakit yang telah lama membara, atau hanya menambah kedalaman luka yang sedia ada? Dalam kisah ini, dua jiwa berjuang mencari makna di sebalik tragedi silam yang mengikat mereka. Apakah yang akan terjadi ketika takdir memaksa mereka berhadapan dengan kebenaran yang menakutkan, yang mampu mengubah segalanya dan merobek luka yang telah lama disimpan?
SOLILOVETUDE (Completed) [IDOL SERIES 1] by sofea_sabre32
sofea_sabre32
  • WpView
    Reads 5,998
  • WpVote
    Votes 1,273
  • WpPart
    Parts 75
Atma Hanim - Disebabkan sekeliling manusia yang sering mengambil kesempatan terhadapnya, dia sukar untuk bersosial dan takut dengan harapan manusia. Dia rela bersendiri tanpa mengharapkan sesiapapun, walaupun dia tahu, hidupnya bakal sepi. Dia, seorang gadis yang sukar percaya dengan aneka ragam manusia. Emir Bakri - Bertemu dengan seorang jejaka yang suka menyakat, dia telah menceriakan hidup gadis itu yang serba hitam. Dalam diam, dia telah jatuh cinta pada Atma sejak pertama kali mereka bersua . Dia, lelaki utusan Tuhan yang cuba memulihkan trauma gadis pujaannya. " Asal awak ikut saya eh? Takde tempat lain ke nak pergi?" - Atma Hanim " Kau tu perempuan , tak elok sorang-sorang. "- Emir Bakri " Tak matilah sorang pun, nak harapkan orang lain pun tak guna juga. "-Atma Hanim. Sikap keras dan dingin Atma Hanim membuatkan Emir Bakri semakin jatuh hati padanya. Satu per satu rahsia disebalik keras dan dingin sang gadis itu, telah membuka mata buat lelaki itu. Mampukah Emir buktikan pada pujaan hatinya bahawa dialah penyelamat sehidup semati gadis itu? Disclaimer : Ada dialek pada dialog yang telah dimasukkan ke dalam novel ini. Sesiapa saja tak faham, boleh Tanya di ruangan komen. (Completed)