Kiranaeva's Reading List
1 story
AISHITERU SENJA KYOTO by Dyra_Nadhira
Dyra_Nadhira
  • WpView
    Reads 594
  • WpVote
    Votes 42
  • WpPart
    Parts 10
Nayla Yasmin sudah lama bersara daripada dunia percintaan. Selepas beberapa episod kecewa yang cukup untuk dijadikan drama 30 episod pukul 7 malam, Nayla Yasmin memutuskan hidupnya lebih aman tanpa komitmen, tanpa bunga, dan tanpa ayat-ayat manis yang akhirnya menambah beban luka di jiwanya. Jadi apabila keluarganya mula bertanya bila dia nak kahwin, jawapan Nayla Yasmin sentiasa sama. "Tak ada calon." Namun semuanya berubah apabila satu tugasan kerja menemukan dia dengan seorang lelaki di Kyoto. Aqeef Ilhan. Pada mulanya, lelaki itu hanyalah orang asing. Kemudian menjadi kawan. Hari demi hari bersama, lelaki itu turut menjadi sebab Nayla Yasmin mula melihat kehidupan dengan cara yang berbeza, seolah trauma dan luka yang dipendam di dalam hati selama ini berjaya diluahkan. Kerana ada luka yang tidak sembuh dengan masa. Mungkin dengan teman istimewa. Di bawah pepohon rimbunan daun maple, Aqeef Ilhan sering membuatkan Nayla Yasmin ketawa sehingga lupa pada hari esok bagaimana takdir mereka. Tanpa mereka sedari, terbit bibit-bibit cinta yang mekar di bumi Kyoto. Tetapi saat itu, Aqeef Ilhan sendiri tidak tahu untuk meluahkan perasaan kerana perjalanan hidup yang berbeza. Nayla Yasmin merasakan ada tembok yang dibina antara mereka oleh Aqeef Ilhan walaupun hati mereka mula terisi dengan perasaan cinta. Persoalan mula bermain. Siapakah Aqeef Ilhan yang sebenar? Apakah rahsia yang disimpan? Dan apabila rahsia itu mula terlerai, adakah kisah mereka akan berakhir seperti yang diimpikan? Atau sekadar menjadi satu kenangan yang ditinggalkan di bumi Kyoto? ***** # Andai deru bayu senja itu dapat kusimpulkan menjadi bola rindu, akan kulontarkan lembut ke perdu rasamu.. untuk menyambut panggilan rinduku ! ***** Assalamualaikum Hai 😊 ini first novel yang saya publish di sini. Jika ada kekurangan dan kesalahan, ampun dari saya. Selamat membaca sambil menyelami perjalanan di Kyoto bersama-sama dgn Nayla dan Ilhan 🍁