qwertylina's read
3 historias
Dia, Bintang di Syurga por thebellesa
thebellesa
  • WpView
    LECTURAS 119,363
  • WpVote
    Votos 9,607
  • WpPart
    Partes 73
( On-Going | inspirasi daripada kisah nyata ) "Dia, suami dari neraka yang masih ku anggap sebagai kiriman terindah daripada Tuhan." Iman kalau bertentang dua kepala dengan Aisar, fuh! Musuh tradisi, anjing dengan kucing, perang dunia ketiga, semua boleh masuk! Tapi, ada sisi Aisar yang Iman suka. Aisar... protective! "I tunang Iman. Lagi dua bulan, kami akan kahwin. So, I harap you tak ganggu bakal isteri I sebelum i cabut semua gigi jonggang you. Faham?" -WAAN AISAR "Kenapa awak cakap yang kita nak kahwin? Nanti tak fasal jadi gosip murahan satu hospital ni!" -IMAN NADEENA Di sebalik rasa bahagia, pasti ada onak duri yang kunjung tiba. Aisar, pencinta kaum sejenis. Bukan dia tak cuba berubah, dah cuba. Bukan dia tak cuba ubati, dah cuba. Cuma, tak boleh. "Mama nak Waan kahwin Qamelya. Prove me that's you're not gay!" -PUAN SRI SYUHADA "Mama nak Waan kahwin dengan Qamelya? Qamelya yang ada kanser tu? Siapa nak bimbing siapa sebenarnya ni?" -WAAN AISAR Dan, di sini Iman. Kononnya, sudi jadi isteri atas kontrak. Langsung tidak mengaku cinta. Padahal, diri dilamun cinta asmara! "Apa kata kita kahwin, Aisar? Lepas awak jumpa orang yang awak suka, cinta sebenar awak, kita berpisah baik-baik?" -IMAN NADEENA Kisah ini bukan kisah bahagia. Saat ingin mengecapi rasa manisnya bersama, saat itu lah, derita saling merobek rasa cinta yang terbina. Mahligai ini... tidak selamanya kukuh di sini. [ update everyday | spin-off bukan cinta sempurna ] WARNING: WATAK PEREMPUAN LEMBIK MACAM JELI!
Mi Tesoro, You're Mine!  por _thefieyy
_thefieyy
  • WpView
    LECTURAS 1,600
  • WpVote
    Votos 31
  • WpPart
    Partes 1
𝐌𝐈 𝐓𝐄𝐒𝐎𝐑𝐎, 𝐘𝐎𝐔'𝐑𝐄 𝐌𝐈𝐍𝐄! (𝐒𝐋𝐎𝐖 𝐔𝐏𝐃𝐀𝐓𝐄) 𝐖𝐀𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆 ⚠️: 𝐩𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐜𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐮𝐬𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐤𝐚𝐭𝐚-𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐭. Aldren Zarmyr- Seorang jejaka yang memiliki ketampanan asli, berkacukan Spain-Malay yang menjadi kegilaan para wanita kerana kekayaan dan ketampanan nya Adyra Zayfryn- Seorang gadis polos yang memiliki kehidupan yang tidak teratur dan sentiasa berada di dalam kesakitan kerana disiksa oleh ibu bapanya. Kecantikan pada wajah Adyra menarik minat Aldren ketika pertemuan pertama mereka di cafe..mereka saling memandang antara satu Sana lain di kondominium milik keluarga aldren. Kemunculan Aldren di dalam hidup Adyra merupakan satu kebahagiaan. Mereka berkahwin diatas dasar cinta masing-masing selepas kenal antara satu sama lain daripada Datin Amel "Kenapa tuan nak bersama saya?" -Adyra "Sebab kau orang pertama yang buat aku mudah jatuh cinta"-Aldren Kemunculan Fawwaz Airil dan Anis Cassra yang menjadi punca kesalahfahaman hubungan Aldren dan Adyra. Niat mereka kembali hanya untuk menghancurkan hubungan Aldren dan Adyra. " Aldren hanya cintakan aku" -Anis "Dan Adyra hanya untuk aku" -Fawwaz Adakah cinta mereka akan berkekalan sehingga akhir? Dan mampukah mereka bertahan dengan apa yang akan dihadapi diwaktu akan datang?
Love, Unspoken por lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    LECTURAS 568,370
  • WpVote
    Votos 28,482
  • WpPart
    Partes 45
[2nd romance] Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.