Fav❤️
30 stories
Dendam Dalam Cinta [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 530,097
  • WpVote
    Votes 18,405
  • WpPart
    Parts 84
"So keturunan Ghaz la ni? So kenapa dengan mamat tu? Kenapa tiba-tiba topik pasal dia?" - Yusra "Aku... minat dekat dia." - Eliya Saat itu, pertama kali Yusra mendengar nama itu. Ghaz Syahrin. Nama yang pada awalnya asing, kini menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Yusra cuma gadis biasa yang datang dari keluarga sederhana. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya menempatkan diri di universiti berprestij, dikelilingi anak-anak bangsawan. Tapi segalanya berubah selepas kematian sahabat baiknya, Eliya. Hidupnya musnah sekelip mata. Yusra dipaksa berhenti pengajian, dan lebih kejam. Dia dituduh sebagai pembunuh Eliya. Dunia yang pernah terang, kini gelap sepenuhnya. Lebih parah, Ghaz Syahrin, lelaki yang dulunya hanya nama dalam perbualan ringan, kini menuntut balas. Dendamnya membara atas kematian kekasihnya, dan Yusra menjadi sasarannya. "Jangan sentuh aku, Ghaz Syahrin. Aku jijik!" - Yusra "Kalau kau jijik, aku sepuluh kali ganda jijik dengan pembunuh macam kau." - Ghaz Syahrin Antara cinta yang tak sempat berputik dan dendam yang tak mahu padam, mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang tiada penghujungnya.
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 722,831
  • WpVote
    Votes 58,550
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
How I Married Your Father (Completed)  by byFasyah
byFasyah
  • WpView
    Reads 937,583
  • WpVote
    Votes 25,442
  • WpPart
    Parts 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap dengan jeratnya sendiri tatkala ia benar benar jatuh cinta kepada Zakery. Disangka kan duda tua, rupa-rupanya duda bukan sebarang duda, duda hot di pasaran 🥵 Mampu kah Ayra bertahan dari godaan demi godaan? Adakah dia tetap meneruskan misi balas dendam? "Once You're mine, you will be mine forever,Ayra" - Zakery Adam
QAYDER : MR COLD by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 11,760,693
  • WpVote
    Votes 397,108
  • WpPart
    Parts 58
# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cuma mahu jadi dia dan impiannya cuma satu. Mahu menjadikan Airaa, gadis manis bertudung litup sebagai isteri. NAWRA ASYALAA pula seorang supermodel terkenal. Katanya dia punya bentuk tubuh yang lebih cantik dan curvy berbanding model biasa. Seksi. Kaya. Dilimpahi job modelling sentiasa. Orangnya diva yang amat. Satu peristiwa serangan ketika runaway untuk jenama butik paling mahal di Malaysia mempertemukan dia dengan seorang mamat kutub utara. Dingin dia negatif infiniti darjah celsius. Tapi malangnya, si hot Nawra Asyalaa terjatuh suka dengan si kutub utara, mamat ais tu. Asyalaa mula mencari dan terus mencari sehingga jumpa. Dan Nawra mula obses di akhirnya. "Boleh kita berkenalan?" -Asyalaa "Sorry. I hate orientation." -Qayder Wow. Jual mahal. I likey... Pelbagai cara Nawra cuba untuk pikat dan tundukkan polar bear dari kutub utara. Dari buat-buat dingin sama sehingga cubaan menggoda. Tapi tetap tak jalan. "Pakai seksi macam mat lampir berkemban. Fesyen apa ni mak cik?" -Qayder "F you!" -Asyalaa Oh. Polar bear dari kutub utara tu nak kahwin dengan Mira Filzah idaman hatinya. Okey. "Murah sangat ke harga diri kau?" -Qayder "I don't care because at last... you're mine." -Asyalaa Tapi hakikatnya... lelaki itu lebih berbahaya. Bukan hanya hot dan beku semata-mata. "Be careful with my temper. But watch out more for my tempting session as i won't make it easy on my prey." -Qayder. Okey. Okey mister 'tempter'. Saya pun sukakan cabaran.
𝐂𝐡𝐨𝐬𝐞𝐧 𝐆𝐞𝐧𝐭𝐥𝐲 | BAKAL TERBIT by Liohayes
Liohayes
  • WpView
    Reads 511,148
  • WpVote
    Votes 10,914
  • WpPart
    Parts 11
Iris Jasmina. Dirinya dibenci ibu dan adik perempuannya tanpa sebab. Mungkin kerana pendidikannya tidak seperti adiknya, Puteri Qalisya yang bijak pandai. Namun di sebalik ketidakpandaiannya, Iris mampu berdikari sendiri. Keputusan Tan Sri Rahman untuk kahwinkan Puteri dengan pilihannya gagal saat Puteri bantah sekeras-kerasnya kerana dia masih punya dunia sendiri. Malah takut juga jika pilihan Tan Sri Rahman bukan seperti apa dia mahu. Kerana penolakan itu, Tan Sri Rahman mengutuskan untuk kahwinkah Iris dengan calon pilihannya. Mampukah Iris menolak? Apatah lagi bertemu dengan calon pilihan ayahnya yang ternyata... "Iffat. Dato' Iffat Hezryn. You can call me Iffat." Seorang Dato'?! Sukar untuk Iris percayai. Bagaimana pun, Iris dan Iffat menjalinkan hubungan suami isteri seperti biasa. Iffat yang tenang dan Iris yang lemah lembut. Adakah rumah tangga yang terbina kerana keluarga, akan bertahan sampai bila-bila? "Yes, she's nothing to you but she's my wife." -Dato' Iffat Hezryn.
AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD (C) (BAKAL TERBIT) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 2,003,650
  • WpVote
    Votes 66,490
  • WpPart
    Parts 51
AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD Jika dia permaisuri, aku panglimanya♥️ Bagi Leftenan komander Muhammad Hud Mencintai Huda Dahlia ialah kewajipanya. ❗️Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun sudah meninggal dunia ❗️Cerita ini 100% hasil karya saya tiada peniruan dari nama main lead hingga ke jalan ceritanya kecuali scene memberkas lanun bab 2 dan a few bab saya refer beberapa filem, berdasarkan kisah benar. Maaf jika ada kesalahan tatabahasa saya akan cuba perbaiki😊
YOURS, TRULY by sdaniella___
sdaniella___
  • WpView
    Reads 7,407
  • WpVote
    Votes 998
  • WpPart
    Parts 16
UPCOMING EBOOK AIDEEN ZAFRAEL X NUR IWANI ZAFYNA
The Devil Heir  by _adlinfdhlina
_adlinfdhlina
  • WpView
    Reads 456,844
  • WpVote
    Votes 25,893
  • WpPart
    Parts 50
⇨ SPIN OFF ORCA Di Universiti Arundel, nama Hazreen Hazzan dan Hazreeq Hazzan bukan sekadar legenda mereka adalah bahaya yang dibungkus dengan karisma. Hazreen, si abang kembar yang dingin, sombong dan tidak percaya sesiapa. Hazreeq pula si adik, senyumannya manis, tutur katanya memikat tetapi hatinya kosong. Mereka mempunyai segalanya. Namun semuanya mula retak apabila seorang gadis biasa melangkah masuk ke dunia mereka. Eryna Humaira gadis bertudung yang tidak mencari perhatian, hanya mahu hidup semula selepas luka lama yang hampir mematahkan jiwanya. "Ouch. Awak ni jenis tak bagi peluang, eh?"- Hazreeq Hazzan "Kalau peluang tu datang dengan niat main-main, saya pass."- Eryna Humaira Hazreeq yang tidak pernah ditolak mula terasa tercabar. Hazreen pula buat pertama kali merasakan dunianya terganggu oleh seseorang yang langsung tidak cuba menawan hatinya. "Tu tempat aku."- Hazreen Hazzan "Biasanya. Tapi hari ni saya duduk sini dulu. Siapa cepat dia dapat, kan?"-Eryna Humaira Namun di sebalik pertemuan itu, tersembunyi luka zaman silam, dan pengkhianatan yang bakal menuntut bayaran paling mahal. "Seseorang yang menarik."- Hazreen Hazzan "Weird girl." - Hazreeq Hazzan Apabila hati terlibat, tiada apa yang dihiraukan, malah darah daging sendiri pun terlupakan. Siapakah yang sanggup mengkhianati demi melindungi? Dan siapakah yang akan menghancurkan segalanya walaupun melibatkan darah sendiri? Cinta tidak pernah selamat di tangan mereka yang terbiasa memiliki segalanya. Siapakah sebenarnya Devil Heir? Lelaki yang terang-terangan dingin dan berbahaya atau lelaki yang kelihatan sempurna, tetapi menyimpan kehancuran di sebalik senyuman? 🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥 ----------------------------------------------------------------- 🍀START:26 JUNE 2020 🍀END:
Intern Di Hati Sang CEO by NadhilahRosdi
NadhilahRosdi
  • WpView
    Reads 43,235
  • WpVote
    Votes 735
  • WpPart
    Parts 72
Qeesya Aryssaa Imani, seorang pelajar tahun akhir jurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Universiti Malaya, bukan gadis yang mudah tunduk pada sesiapa. Berlidah tajam tetapi berhati lembut, dia dihormati kerana keberanian dan kejujuran dalam bersuara, walaupun terkadang disalah anggap. Kehidupannya yang penuh kasih sayang bersama umi, abi, abang dan anak saudara kesayangan membuatkan dia sentiasa berpijak di bumi nyata. Apabila dia bersama dua sahabat baik, Zahraa Humaira dan Nurin Ameera, ditawarkan tempat latihan industri di syarikat tenaga terbesar di Malaysia - Imras Oil & Power - hidupnya mula berubah. Hari pertama sahaja sudah menjadi detik permulaan perlanggaran takdir. Rayyan Zafriel Emran Bin Tengku Zariel Shah, pewaris tunggal empayar Imras Oil & Power, lelaki berjiwa dingin yang menyimpan sejarah luka masa lalu. Dia tidak pernah memandang perempuan lebih dari seorang pekerja, dan hatinya telah terkunci sekian lama. Namun segalanya berubah apabila seorang gadis intern dengan gaya berani dan mulut tajam melanggar egonya - dua kali. Perbalahan kecil antara mereka mula menyalakan api yang tidak dijangka. Dari benci, muncul peduli. Dari marah, hadir kekeliruan. Bila mereka dipaksa bekerja bersama dalam projek keselamatan tapak yang mencabar, keegoan dan prinsip diri mula diuji. Dalam dunia profesional yang penuh tekanan, mampukah dua insan berbeza dunia ini menafsir semula erti perasaan? Kerana kadang-kadang, cinta tak bermula dengan senyuman - tetapi dengan perlanggaran yang mencipta percikan takdir.
Mawar Untuk Elhan (Revamp) by AshyikinHelvins
AshyikinHelvins
  • WpView
    Reads 306,175
  • WpVote
    Votes 6,051
  • WpPart
    Parts 24
Clarissa Humra, seorang wanita ceria yang tidak tahu malu, hidup dalam kesukaran setelah dibuang oleh ayahnya hanya kerana ibunya difitnah. Dengan hanya ibunya yang sakit sebagai keluarga yang tersisa, hidup Humra dipenuhi dengan dugaan besar. Satu hari, dia hampir dilanggar kereta dan diselamatkan oleh Elhan Al-Maleeq, seorang doktor yang sangat dihormati. Walaupun Elhan menjauhkan diri, Humra terus mengejarnya tanpa rasa segan. Ketika Elhan menolak perasaan Humra dan memanggilnya 'Mawar', dia bingung dan tidak tahu kenapa. "Awak, saya suka awak." Clarissa Humra "Jangan suka aku." Elhan Al-Maleeq "Awak gay ke?" Clarissa Humra "Balik Mawar." Elhan Al-Maleeq "Mawar? Kenapa awak panggil saya Mawar?" Ketika Humra menghilang dari hidup Elhan, barulah dia menyedari perasaannya terhadap gadis itu. Setelah mencari-cari, mereka bertemu semula di hospital, di mana Humra kelihatan lemah akibat kemerosotan kesihatan ibunya yang menghidap kanser payu dara. Dalam saat-saat penuh emosi ini, Elhan menawarkan perkahwinan untuk menjaga Humra, membuatkan gadis itu bingung dengan tawaran tiba-tiba. "Lama aku cari kau Mawar. Kau pergi mana?" Elhan Al-Maleeq "Kenapa cari saya? Awak tak suka saya kan?" "Mana kau tahu aku tak suka kau?" Elhan Al- Maleeq "You suffered enough lady, it's time to let go what's hurting you." Elhan Al-Maleeq "Marry me Mawar. Biar aku jaga kau." Elhan Al-Maleeq Konflik semakin rumit apabila musuh terdekat ibunya muncul, berusaha merampas harta keluarga mereka dan menambah tekanan dalam hidup Humra dan Elhan. "Selagi kau hidup, selagi itu aku tak dapat apa yang aku nak!"