Novel
194 stories
SATU MALAM | C by Milomasinn
Milomasinn
  • WpView
    Reads 375,973
  • WpVote
    Votes 12,934
  • WpPart
    Parts 70
KARYA PERTAMA | Rayyan Malik ×× Alya Sofia Alya Sofia cuma mahu bekerja dan terus hidup. Tetapi satu malam mengubah segalanya apabila dia bertemu Rayyan Malik - CEO muda yang dingin, berpengaruh, dan terlalu berbahaya untuk disentuh. Dia fikir hubungan mereka akan tamat selepas malam itu. Malangnya, Rayyan Malik bukan lelaki yang mudah melepaskan apa yang dia mahu. Semakin Alya cuba melarikan diri, semakin Rayyan mendekat dengan cara yang menyesakkan. Di sebalik wajah tenang dan kuasa yang dimiliki lelaki itu, tersembunyi obsesi yang perlahan-lahan mula menghancurkan hidup Alya. Dalam dunia Rayyan Malik, tiada istilah kebetulan. Sekali dia memilih seseorang... jalan keluar sudah terlambat. Dan Alya baru sedar- malam itu bukan permulaan sebuah cinta. Tetapi permulaan kepada sesuatu yang jauh lebih gelap. Start: 20/5/2026 End:
QAISARA by syarinafarhani
syarinafarhani
  • WpView
    Reads 140,678
  • WpVote
    Votes 2,408
  • WpPart
    Parts 35
Adelia Qaisara Delisha, 21 Gadis bertubuh kecil, berdarah kacukan Siam. Kurangnya kasih sayang dan perhatian dari keluarga menyebabkan dirinya hidup dalam dunia yang bebas. Pertemuannya dengan Dr Adam sedikit sebanyak menerbitkan perasaan suka namun bersediakah dia untuk ke langkah seterusnya...? Adam Qusyairi Daniel, 31 Si jejaka kacak berkaca mata yang bergelar sebagai pensyarah muda. Entah kenapa, pertama kali terpandangkan si gadis yang bergelar pelajarnya itu terus sahaja timbul rasa minat namun cuba disembunyikan. Meskipun begitu, siapa sangka ada kejadian hitam yang berlaku yang akhirnya menyatukan keduanya. Atau mungkin juga sebenarnya ianya telah pun tertulis sebagai jalan hidup bagi kedua-duanya. Namun bersediakah mereka untuk menghadapinya...?
Dear Hani ✅ by author_mikorin
author_mikorin
  • WpView
    Reads 28,822
  • WpVote
    Votes 2,212
  • WpPart
    Parts 54
The story before "My Crazy Boss"; the day when Kim meets Julia Hani ▼ ||Maybe it's destiny after all. Between me and you.|| Kim dan Julia Hani; the end game yang kita semua tahu. The most chill couple dalam My Crazy Boss. Kim pula menjadi penasihat setia Afif dalam hal-hal berkaitan hati dan perasaan. Tapi apa yang jadi antara Kim dan Julia Hani disebalik hubungan harmoni mereka di dalam My Crazy Boss? Dalam Dear Hani, bermula dari pertemuan di pondok bas di dewan kuliah sampailah ke jinjang pelamin, tak ada yang mudah bagi Kim dan Julia Hani. Little fight, big fight, misunderstanding, personal secrets, heartbreak - whatever you name it they have go through it all. Jadi bagaimana mereka overcome semua halangan dan come back stronger? Jawapannya semua dalam Dear Hani ♥️ *** 📝Re-start : 21 March 2020 📚End : 9 October 2021 🍭 Update at random time and date
SUAMI PILIHAN IBU✔ by Ash_lmh
Ash_lmh
  • WpView
    Reads 742,809
  • WpVote
    Votes 22,168
  • WpPart
    Parts 60
Bakal suami ibu yang pilihkan? Masih adakah gadis-gadis yang setuju jika suami ibu sendiri yang carikan di dunia moden kini? Tapi tidak mustahil bagi Amni Najiha @ cikgu Gee, dia serahkan semua kepada ibunya. Disebabkan dia tidak pernah ada teman lelaki dan pengalaman bercinta menyebabkan dia setuju ibunya mencari calon suami untuknya. Macam mana kehidupannya dengan calon suami yang ibu dia pilihkan? Happy? Sama juga dengan Izhan Hanif, setuju dengan ibunya untuk mendapatkan calon isteri. Published: 21 Julai - 18 April 2019
[C] : PENGGODA MR DUDA  by syaiain25
syaiain25
  • WpView
    Reads 467,844
  • WpVote
    Votes 18,173
  • WpPart
    Parts 56
~I hate the way you make me forget about her~ TENGKU DAYREN DANIEL satu nama yang tidak asing di dunia perniagaan. Darah muda yang menjadi jutawan. Siapa sahaja tidak kenal dengan duda terlajak laris itu. Pastilah mereka bukan dari dunia koperat. 5 tahun kehilangan isteri tercinta akibat kemalangan tragis membuatkan si duda ini kehilangan arah. Sepenuh perhatian hanya pada kerja. Kerja kerja dan terus kerja. "Dia mirip Zara" "Za... Zara" "Zara abang minta maaf sayang. Jangan tinggalkan abang lagi....". Kehadiran seorang gadis yang ingin bertemu duga di syarikatnya membuatkan diri si duda ini semakin tidak tentu arah. Nama yang seakan sama. Terlalu membuatkan rindunya semakin mendalam. "Antasya..." ANTASYA ZARA nama si empunya wajah yang mirip dengan arwah isterinya. Dia cuba melupakan wajah itu. Dia cuba melupakan gadis yang pernah diselamatkan dalam hujan. Dia cuba tapi masa terus menyatukan mereka. "Kenapa tak bukak langsir ni semua". Masa memang kejam. Dia terkontang-kanting menahan rasa yang semakin berdebar saat bersama dengan gadis ini. Namun takdir dan jodoh memang tak salah alamat. Mereka disatukan dengan alasan bodoh. Tapi cukup membuatkan si duda ini bahagia. Bagai mendapat nyawa yang dahulu dibawa sekali ZARA AULIA. Namun mahligai yang dibina tidak seindah yang disangka. Dugaan hadir bertimpa-timpa. Dia ditinggalkan. Orang ketiga dan macam-macam. Sehingga dia sendiri lemah. Terasa ingin putus asa. "Saya tunang awak Dayren". "Abang Dayren, kita akan kahwin kan?" "Awalnya anak saya pergi" Bertahankah perkhawinan mereka jika keadaan terus begini? -Karya by syaiain- START - 2020 END -
+2 more
INDAHNYA SABAR √√ by syxhxris
syxhxris
  • WpView
    Reads 52,048
  • WpVote
    Votes 4,469
  • WpPart
    Parts 73
[ Book 5 ] Matanya langsung tidak memancarkan sebarang sinar. Kelam dan suram saja. Tiada apa-apa yang dia nampak dalam mata gadis itu. Kosong. Mahu saja dia bertanya tetapi dia sedar dirinya bukanlah sesiapa dalam hidup gadis itu. Jadi dia memutuskan hanya untuk berdiam diri dan melihat saja daripada jauh. Entah mengapa dalam ramai-ramai pelajar, gadis itu saja yang sering mencuri perhatiannya. Sikapnya yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan membuatkan dia berasa ingin tahu tentang gadis itu. "Ustaz?" "Ya saya." "Saya rasa dunia ni tak adil untuk saya." "Kenapa?" Tiada jawapan. Hanya gelengen kecil saja dia lemparkan sebelum dia berlalu pergi meninggalkan dirinya berseorangan. "Hidup ini penuh dengan dugaan. Makin banyak dugaan yang awak tempuh makin sayang Allah pada awak." "Saya penat nak hidup. Saya letih. Hari-hari saya doa supaya saya cepat mati. Saya dah tak nak hidup. Saya penat." Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun. Mereka dipertemukan kembali dengan keadaan yang tidak di sangka-sangka. Terkejut dan gembira. Namun tiada apa yang mahu diungkapkan padanya. Hanya renungan mata saja sudah memadai. "Saya nak meminang awak." "Umur kita sangat jauh dan saya tak layak untuk awak. Maafkan saya."
Mr. Mafia CEO | C by _VelvetAurora
_VelvetAurora
  • WpView
    Reads 124,248
  • WpVote
    Votes 2,234
  • WpPart
    Parts 43
Tengku Aqeef Nikael. CEO muda Royal Crest Realty, tokoh besar dalam industri hartanah dan pembinaan di Malaysia serta Singapura. Di mata dunia, dia seorang pemimpin berwibawa, berkarisma dan penuh pengaruh. Namun, hakikat yang tidak diketahui oleh sesiapa, termasuk keluarganya sendiri, dia menyimpan rahsia gelap. Di sebalik wajah CEO ternama itu, Tengku Aqeef Nikael adalah seorang gengster, lebih tepat lagi seorang mafia. Rahsia itu hanya dikongsi bersama dua sahabat rapatnya yang turut hidup dalam dunia yang sama. Perwatakan Tengku Aqeef Nikael jauh menyimpang daripada imej seorang pewaris korporat. Sikapnya dingin, berhati beku, dengan wajah bengis yang lebih sesuai dipadankan dengan dunia gelap yang dikuasainya, bukan kerusi empuk CEO. Berbeza pula dengan Fayqa Izzhany. Gadis periang yang tidak pernah lekang dengan senyuman, hidupnya sederhana namun penuh warna. Dia mengusahakan sebuah kafe bernama Lavendar Café bersama dua sahabat merangkap sepupunya. Dunia Fayqa Izzhany jauh dari kelam, penuh dengan aroma kopi, tawa dan kehangatan persahabatan. Pertemuan Tengku Aqeef Nikael dan Fayqa Izzhany seringkali menjadi bahan bualan. Mereka berdua ibarat langit dan bumi, terlalu berbeza, seolah mustahil untuk sehaluan. Namun tanpa diduga, perancangan dua keluarga besar, Tengku Azman dan Dato' Farid, mahu menyatukan mereka dalam ikatan perkahwinan. Apakah yang bakal terjadi bila lelaki berdarah dingin itu dipertemukan dengan gadis penuh cahaya? Mampukah cinta berputik antara mereka apabila terpaksa duduk sebumbung, atau rahsia gelap dunia mafia akan meranapkan segalanya? 13/09/2025 ~ 31/10/2025
𝕀𝕊𝕋𝔼ℝ𝕀 𝕄ℝ. 𝔹𝔸𝔻 𝔹𝕆𝕐 by qtprinc3ss
qtprinc3ss
  • WpView
    Reads 1,810,009
  • WpVote
    Votes 49,878
  • WpPart
    Parts 44
ISTERI 18 TAHUN ➡️ ISTERI MR. BAD BOY ( IN EDITING )
BISIK TANPA SUARA [COMPLETED] by dhimien
dhimien
  • WpView
    Reads 3,427
  • WpVote
    Votes 176
  • WpPart
    Parts 35
--- Darissya Zeyina, seorang setiausaha berdedikasi di sebuah syarikat hiasan dalaman, memendam perasaan terhadap rakan sekerja yang jarang bercakap -- bukan kerana sombong, tetapi kerana dia bisu sejak lahir. Ameer Zaqwan, lelaki tenang dan berkarisma, sering menjadi bahan sindiran dan hinaan dari orang sekeliling. Namun Darissya melihat sesuatu yang jauh lebih indah dalam diamnya Ameer. Tanpa disedari sesiapa, Darissya mula belajar bahasa isyarat hanya untuk memahami Ameer. Dia menyayangi lelaki itu dalam diam selama dua tahun - tanpa mengharapkan balasan, hanya mahu melihatnya bahagia. Namun cinta mereka tak mudah diterima. Keluarga Darissya menentang hubungan itu kerana menganggap Ameer "cacat" dan tidak mampu memberi masa depan yang "sempurna". Tapi bagi Darissya, cinta bukan soal suara, tapi jiwa yang mendengar dalam diam. Dan kadangkala, cinta paling kuat adalah cinta yang tak pernah diucap - tetapi setia hingga ke hujung jalan. ---