Encikpresident
- Reads 193,032
- Votes 22,497
- Parts 67
Dalam kekalutan yang tidak pernah disangkakan olehnya, mereka terpaksa mencari pengganti demi melancarkan satu majlis perkahwinan yang sudah kelihatan cacat dari segi masa apabila pengantin yang bertakhta di hatinya tidak kunjung tiba. Mencetuskan naratif dan pertanyaan tetamu.
Tetapi pengganti kepada pengantin lelaki itu sudahlah seorang yang dingin. Nasib baik lelaki itu muncul pada saat akhir. Kalau tidak, pasti pakcik Checheyol yang terpaksa menggantikan tempat tersebut!
"Dah darurat kahwin! Kita kena bayar juga dia untuk jadi pengganti!"
Berkahwin dengan 'anak beruang kutub' memang tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Namun, jika itulah takdir yang tertulis, apa lagi yang boleh dibantah? Semua ini dilakukan demi menjaga maruah keluarganya daripada tercalar.
"Kau nak aku bayar berapa tarian kau ni?"
Tetapi, tiada siapa pun yang dapat menjamin bahawa hubungan mereka mampu bertahan hingga ke saat akhir atau tidak sama sekali.
Kerana takdir yang berjalan tidak semestinya mengikut kemahuan manusia.
START» 25 FEBRUARY 2022
END» 09 OKTOBER 2022
[ REVAMP 50% ]