psiko
27 stories
SINIS by LeezJoon
LeezJoon
  • WpView
    Reads 23,801
  • WpVote
    Votes 1,076
  • WpPart
    Parts 20
18SG Agak ganas dan gore. Mungkin tidak sesuai untuk yang berhati tisu. (versi yang sudah diedit) "Yun..aku mintak ampun. Mintak maaf. Maafkan la aku." "Ya Allah Yun..mengucap! Janganlah buat macam ni. Yun..aku minta maaf sakitkan hati kau dan malukan kau selama ni." "Yun..tolonglah berhenti..sakit..aku merayu. Tolong aku..." Manusia. Masa buat sesuatu, hanya ikut rasa dan hati. Berseronok, bergelak-ketawa kalau boleh nak hari-hari atau selamanya. Frasa 'beringat sebelum kena' bagaikan nak letak pada senarai paling akhir untuk difikirkan. Ya, manusia ni kalau buat apa-apa selalu tak fikirkan kesan yang mendatang, apatah lagi kesannya kepada manusia lain. Asalkan diri sendiri senang, walaupun akan menyebabkan manusia lain susah. Bila dah terkena yang buruk dekat diri sendiri, baru nak menyesal, baru nak menggelupur minta maaf, baru nak bercakap fasal buruk dan baik sesuatu perkara. Pandai menasihat, tapi lupa nak menasihat diri sendiri. Di sini aku cuma mahu mengingatkan. Manusia, ada dua sisi. Mungkin sekarang kau cuma nampak satu sisi dia. Yang selalu tersenyum, diam, baik dan pemalu. Sisi yang putih. Waktu kau nampak sisinya yang satu lagi, mungkin kau patut bersedia untuk ucap selamat tinggal pada segalanya. Jaga apa yang kau perkatakan. Jaga apa yang kau lakukan kepada manusia lain. Waktu ini mungkin kau jadikan dia mangsa. Waktu lain, mungkin roda dunia akan berputar, membuatkan kau beralih ke bawah. Ketika itu, segala penyesalan tidak akan mengubah apa-apa. Tutup mata dan terima saja.
Jan by Misslyz
Misslyz
  • WpView
    Reads 23,624
  • WpVote
    Votes 939
  • WpPart
    Parts 14
<SHORT STORY> Di sebuah kampung terpencil, siri pembunuhan mengejutkan penduduk. Seorang demi seorang mati dengan cara misteri, tanpa saksi, tanpa petunjuk jelas. Amir Hafizan, seorang anggota polis yang baru dipindahkan ke kampung itu, tampil sebagai harapan penduduk untuk memburu pembunuh sebenar. Namun, semakin jauh siasatan berlangsung, semakin pelik semuanya. Seorang wanita kampung, Chendana, sering menjadi bahan bualan. Dia pendiam, dikata 'tak siuman', disisih, dan disakiti secara senyap oleh orang sekeliling. Setiap kali mayat dijumpai, sosok Chendana lah yang ada di tempat kejadian, dengan wajah dan pandangan kosongnya dan siasatan Hafizan semakin jauh dari cahaya tapi mungkin semua yang berlaku ini bukan kerana gila, tapi kerana cinta, dan keadilan yang disalah guna. Siapa sebenarnya pembunuh? Dan siapa sebenarnya yang patut diselamatkan?
Bebaskan Aku Sayang. by Lyaaanuar
Lyaaanuar
  • WpView
    Reads 4,042
  • WpVote
    Votes 191
  • WpPart
    Parts 6
Memang dia tidak mengenali Amir yang merupakan junior Zarina di Universiti. Tetapi dia sendiri tidak mengenali siapa Zarina sebenarnya.
AKU BUKAN PSIKOPAT 🔞 by zurayong_
zurayong_
  • WpView
    Reads 2,514
  • WpVote
    Votes 50
  • WpPart
    Parts 12
MATURED CONTENT ⚠️🔞 -COMPLETED- AMARAN⚠️🔞JANGAN BACA KALAU MASIH DIBAWAH 18 TAHUN. CERITA INI AKAN DIPENUHI DENGAN KESEKSAAN, KEKERASAN, KEMATIAN, UNSUR DEWASA PADA MANGSA WATAK-WATAK YANG ADA DALAM NOVEL INI⚠️🔞 Pyong menyeksa mangsa-mangsanya dengan caranya sendiri. Pyong sangat berpuas hati setelah menyeksa dan membunuh orang yang ingin ia bunuh selama ini. "Aku bukan psikopat, aku hanya membunuh ketika aku mau. Siapa yang cakap aku psikopat?" kata Pyong dengan rasa tak bersalah dalam dirinya. By Siti Norazurah Start: 2 Jun 2021♥️ End: 29 Oct 2023🚩
Mask by isom_20
isom_20
  • WpView
    Reads 25,085
  • WpVote
    Votes 2,338
  • WpPart
    Parts 9
Setiap kali pembunuhan berlaku, Pembunuh itu hanya meninggalkan satu petunjuk. Topeng misteri tu... buatkan satu sekolah aku menjadi paranoid untuk keluar berseorangan. "Is it you?" "The Mask?" "..." "Yes." (Book cover tu Anne buatkannnnnn♡)
Amaryllis by cik_tinta
cik_tinta
  • WpView
    Reads 753
  • WpVote
    Votes 50
  • WpPart
    Parts 19
Genre : Psikologi-Thriller ⚠️ Amaran ⚠️ Karya ini mengandungi tema dan elemen yang mungkin sensitif kepada sesetengah pembaca. Dalam novel ini, anda akan menemui isu-isu berkaitan kesihatan mental, termasuk gangguan kecemasan dan Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD). Karya ini juga memaparkan elemen keganasan fizikal dan situasi yang melibatkan cubaan mencederakan diri. Sinopsis Firuz Farhanna-anak kepada seorang pembunuh. Kehidupan yang dipenuhi dengan tohmahan, caci maki, dan cercaan daripada masyarakat mengajarnya erti stigma dan keperitan. Namun, saat dunianya terasa gelap dan hampa, takdir mempertemukannya dengan Aidan, seorang General Surgery Specialist (Pakar Bedah Am) yang terperangkap dalam bayangan tragis kehilangan keluarganya. Di antara mereka, terjalin sebuah ikatan yang rumit, diwarnai dengan usaha bersama untuk menyembuhkan luka yang mendalam. Saat mereka menyelami trauma dan kekeliruan, perjalanan ini membawa mereka ke arah penemuan yang tidak pernah mereka sangka. Namun, ketika jawapan terungkap, adakah ia akan menjadi penawar kepada sakit yang telah lama membara, atau hanya menambah kedalaman luka yang sedia ada? Dalam kisah ini, dua jiwa berjuang mencari makna di sebalik tragedi silam yang mengikat mereka. Apakah yang akan terjadi ketika takdir memaksa mereka berhadapan dengan kebenaran yang menakutkan, yang mampu mengubah segalanya dan merobek luka yang telah lama disimpan?
ARSHID (Teaser) by LokmanHakimAW
LokmanHakimAW
  • WpView
    Reads 1,241
  • WpVote
    Votes 67
  • WpPart
    Parts 3
Usus yang bertaburan di atas lantai dikutip. Lalu dilingkarkan pada bukaan yang menempatkan si bayi tadi. Bayi yang melintang baringnya ditegakkan. Matanya yang pejam dicelikkan. Bibirnya yang kecil itu dipicit-picit agar membentuk senyuman. Wajahnya yang bersalut darah dikesat. Dante memang aneh. Imaginasinya, buat aku rasa seolah berada di tingkat bawah sebuah bangunan tinggi, di mana, Dante pula, merenung dari puncak menara. Dia melihat ke arahku dengan pandangan penuh hina. Di mata Dante, aku hanya khadam. Aku tahu. Aku terima fakta.
Somnambulis (Tamat) by girangfashali
girangfashali
  • WpView
    Reads 4,248
  • WpVote
    Votes 506
  • WpPart
    Parts 17
Kelopak baldu bara rindu mangsi merah nian nyawa gugur kelopak, mengalir mangsi kesumat lerai di hujung atma. Thea kerap dibayangi mimpi ngeri. Mimpi-mimpi yang suram, menggerunkan, kerap berulang dan sentiasa mendominasi lenanya. Enggan ditakluki mimpi-mimpi tersebut, Thea meluangkan waktu jaganya dengan menulis novel. Tersingkap Hijab Mimpi, bergenre thriller yang ditulis dinobatkan sebagai bestseller dan berjaya mendapat sambutan dalam kalangan pembaca. Namun, satu demi satu yang digarap Thea bertukar menjadi realiti yang menakutkan. Kematian demi kematian berlaku sama seperti apa yang ditulis Thea dalam novelnya. Dengan bantuan suami, Thea mula menyiasat sama ada mimpi-mimpi yang dialami sebelum ini memang sekadar mainan tidur ataupun sebenarnya titik mula yang membawa kepada suatu penemuan tidak terduga. Antara cinta belahan jiwa, kasih darah daging dan keakraban teman baik, ada sesuatu yang Thea perlu korbankan. Facebook: Girang Fashali Instagram: @girangfashali
Emansipasi by Omar_Omark
Omar_Omark
  • WpView
    Reads 972
  • WpVote
    Votes 89
  • WpPart
    Parts 24
Emansipasi merupakan skrip pertama yang dihasilkan oleh aku dan dua lagi ahli kumpulan aku iaitu Saras dan Dickson untuk subjek Penulisan Skrin. Skrip ini merupakan tugasan berkumpulan yang telah kami siapkan tahun lepas. Disebabkan ni skrip, so gaya penulisan agak berbeza sedikit. Diharapkan korang semua boleh digest story ni. Selamat membaca ! P/s : Skrip ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan antara yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Sekiranya terdapat persamaan nama ataupun watak, ia hanya kebetulan sahaja. Tapi kalau betul sama jugak maknanya I have power and I should join the X-Men Team ! Oh yeahhh !
Saikovil by elmoiy
elmoiy
  • WpView
    Reads 41,922
  • WpVote
    Votes 2,162
  • WpPart
    Parts 19
Psssst, hati-hati. Mereka ada dimana-mana. Dari nun sana setia memerhati.