soon
3 stories
Mahar Dendam by izfrwiza
izfrwiza
  • WpView
    Reads 173
  • WpVote
    Votes 22
  • WpPart
    Parts 10
"Aku hanya akan taat dengan kata-kata kau sebaik sahaja kau naik takhta sebagai Sang Nata Diraja." - Bentara Puteri Lailatul Qamar Lail yang bererti malam. Lantas penasihat istana cerdik pandai itu Thareeq kunjungi hanya di malam hari. Sehingga ada sumpah yang termateri. "Atau perlu ke aku nikahi kau dan menjadikan kedudukan aku sebagai seorang suami untuk kau taat lebih tinggi berbanding ayahanda di mata kau? Gelaran Cik Suri Mahkota dah lama terkubur jadi lebih baik kau fokus untuk dapatkan gelaran Ratu Embun Syahdina di samping aku. Singkirkan ayahanda aku dari takhta macam yang kau impikan dan naikkan aku sebagai Sang Nata Diraja di Bumi Arjuna ni. Kemudian kau boleh terus fikirkan cara untuk jatuhkan aku termasuklah dengan membunuh suami kau sendiri." - Paduka Nata Putera At-Thareeq Syamu Najmi Al-Hadid Thareeq, pengunjung malam. Pengunjung malam yang mengunjungi malamnya. "Kau jangan mati melainkan dekat tangan aku sendiri. Aku haramkan darah kau tumpah dekat kerajaan ni selagi kau tak boleh bagi apa yang aku nak!" - Thareeq "Your father destroyed my family. You destroyed me. You and your family disgust me! Kalian rampas Melang Surya dan takhta kami. Aku lebih daripada mampu untuk bunuh kau dengan pangkat aku yang juga sebagai Srikandi Pedang Diraja." - Lail Syamu Najmi. Matahari dan bintang. Menjadi matahari untuk menerangi malam Lail dan menjadi bintang demi menemani Qamar, bulannya. Al-Hadid. Maksud besi itu bukan hanya lambang tanggungjawab dia sebagai Panglima Naga Diraja tetapi kini dengan satu tujuan. Melindungi Lail walau dunia perlu terbakar bersamanya. "Jauhkan mata pedang kau dari ratu aku. Berani sekali kau halakan senjata ke arah seorang ratu. Kau baru saja menggalangkan leher minta disembelih. Sebaik sahaja pedang kau menyentuh kulitnya, tangan kau aku kelar. Sekiranya pedang kau menggores lehernya, kepala kau aku pancung."
MANJA LEILA : HIS HOME (COMPLETED) by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 548,084
  • WpVote
    Votes 32,931
  • WpPart
    Parts 55
GENRE : FLUFFY ROMANCE // SLICE OF LIFE PENULIS : HYZWAYNE SPIN OFF - TUAN MUDA AYYAZ KHAN PUBLISH DATE : 1/9/2025 - 22/1/2026 ........ Rumah tidak semestinya sebuah tempat... kadangkala, ia adalah seseorang. Meskipun sudah berganjak dewasa, trauma yang dilalui Syed Thaqeef Thauri masih tersemat di buah fikiran. Kisah diwaktu kecilnya telah mendidik dia untuk menjadi dewasa dan matang dari usia sebenar. Perlu berpura-pura bahagia padahal dalam hatinya penuh dengan luka-luka lama yang disembunyikan. Bagi Thaqeef, tujuan hidupnya kini adalah bertemu dengan seorang gadis yang dapat menerima kekurangan dirinya. Dia mahukan, 'rumah' yang dapat memberikan kebahagian hingga dia lupa akan kisah silam tragis dahulu. Dan kebahagian itu, dia temukan dalam bentuk seorang gadis bernama Syarifah Nur Manja Leila. Seorang gadis yang penuh sifat kepimpinan dan tegas tetapi ada jiwa sayang dalam hatinya. Bagi Thaqeef, Manja Leila bukan sekadar rumah 'singgah', tetapi dia adalah rumah 'tetap' yang dicari selama ini. "Terima kasih sebab jadi rumah tetap untuk Thaqeef." - Syed Thaqeef Thauri. "Rumah tetap ini tak akan pernah meninggalkan awak. Sebab rumah ini akan menjadi tempat yang paling selamat yang awak pernah ada." - Syarifah Nur Manja Leila. Kerana... lelaki juga berhak merasai bahagia yang tidak pernah dia miliki pada zaman kecilnya. Dan ini adalah kisah... seorang lelaki yang mahukan sebuah 'rumah' yang dapat menerima dia seadanya. [RANKING #1 ON WATTPAD!]