⋆♡。
11 stories
𝐇𝐈𝐒 𝐎𝐓𝐇𝐄𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐅 | 𝐒𝐔 by frvrdynaa
frvrdynaa
  • WpView
    Reads 6,962
  • WpVote
    Votes 1,921
  • WpPart
    Parts 14
❝ 𝗧𝗵𝗲 𝘄𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗳𝗲𝗲𝗹𝘀 𝗿𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗯𝗲𝗰𝗮𝘂𝘀𝗲 𝘆𝗼𝘂'𝗿𝗲 𝗺𝘆 𝗺𝗶𝘀𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗳, 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴... ❞ 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔. Seorang gadis yang mempunyai rupa yang jelita serta senyuman yang mampu mencairkan dinginnya hati. Dahulu, dia percaya bahawa cinta ialah sebuah janji yang akan kekal terpahat hingga ke hujung usia. Tiada apa yang tidak pernah dikorbankannya demi perasaan itu. Dia membina angan, menyulam harapan dan menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada sebuah cinta yang disangkakan abadi. Namun, dalam sekelip mata, segala yang dibinanya runtuh menyembah bumi. Dunia yang dahulunya berseri kini diselubungi kelam yang tiada bertepi. 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦. Seorang jejaka yang berwajah tampan dan bersikap dingin terhadap setiap wanita yang mendambakan perhatiannya. Namun di sebalik keteguhan wajah itu, tersembunyi sekeping hati yang setia menanti. Sejak zaman persekolahan, hanya satu nama yang bersemayam dalam relung jiwanya - Aisya Cassandra. Dia bukan lelaki yang gemar mengungkapkan rasa, namun kasih yang dipendamnya tidak pernah luput ditelan waktu. Malam pertemuan semula yang sepatutnya menjadi saksi kebahagiaan bertukar menjadi lembaran duka. Hanya dengan sekeping gambar, seluruh benteng hati Aisya roboh tanpa belas. Dalam kesedihan yang menyesakkan dada, dia membawa diri mencari ruang untuk mengubati luka. Dan pada saat itulah, Haidar hadir bagaikan bintang yang enggan padam cahayanya. "Kenapa orang yang paling aku sayang, yang paling aku cintai tinggalkan aku... Apa salah aku, Ya Allah..." - 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔 "Lap air mata kau tu. Buruk beno rupanya," - 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦 Mampukah sekeping hati yang telah retak disatukan kembali oleh benang kasih?
A Song For You by itsmentaris
itsmentaris
  • WpView
    Reads 359
  • WpVote
    Votes 85
  • WpPart
    Parts 17
Sofea Renaya. Pelakon wanita terkenal, wajahnya terpapar di setiap kaca televisyen. Hidupnya seakan-akan sempurna, dipenuhi dengan pelbagai jenis watak-dari kesedihan, jenayah hingga kemanisan. Tiada satu pun yang belum pernah dia lakonkan. Ezra Khael. Penyanyi yang telah lama menjejakkan diri dalam dunia nyanyian. Hari-harinya hanyalah lirik, melodi dan irama, seolah-olah hatinya cuma punya ruang untuk muzik. Hidup mereka berubah sejak Ezra memilih Renaya untuk bergandingan dalam video muzik terbaharunya. Chemistry yang sukar dinafikan membuatkan netizen rancak cuba menjodohkan mereka-sehinggalah satu ayat itu terucap. "Apa kata... kita kahwin?" Dunia Renaya seakan berhenti berputar. Segala kewujudan lelaki lain lenyap, meninggalkan hanya Ezra Khael di hadapannya. Gila. Lelaki itu benar-benar gila. Dan Ezra tidak pernah menafikannya. Cuma Renaya tidak tahu-di sebalik kegilaan itu, tersimpan keikhlasan yang terlalu dalam. "Saya takut, Ezra. Saya takut untuk semua ini. Saya... saya tak layak." Renaya menolak. Berkali-kali. Ezra pula tidak pernah berhenti memilihnya. Hingga akhirnya, Renaya mengalah. Namun kebahagiaan itu tidak sepenuhnya tenang. Ada sesuatu yang mengganggu Renaya-sesuatu yang membuat dadanya terasa sesak tanpa sebab.
LUKA YANG TERPENDAM (SU) by delunania
delunania
  • WpView
    Reads 15,793
  • WpVote
    Votes 1,345
  • WpPart
    Parts 10
Mature content | FIRST BOOK Elara Qyrania, seorang gadis yatim piatu yang kehilangan ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama mak ciknya, Mak Cik Leha, yang menganggap kehadiran Elara sebagai pembawa sial. Akibat hutang yang menjerut leher, suami kepada ibu saudaranya sanggup menjual Elara kepada tuan kelab malam. Walaupun hati Elara berat, dia terpaksa akur dengan keadaan itu. Namun, sebagai seorang wanita, dia memilih untuk tabah dan pasrah. Dalam hiruk-pikuk kelab malam itu, Elara tidak sedar dirinya dijadikan kambing hitam dalam rancangan licik untuk menjerat Zayden Elric. Pada mulanya, Zayden menolak mentah-mentah permintaan Elara. Baginya, apa yang terjadi bukan tanggungjawabnya. Hatinya masih beku, egonya masih menebal. Sejak berkahwin, dia tidak pernah mempedulikan Elara dan membiarkan gadis itu menderita sendirian. Mampukah tautan kasih ini bertahan, atau bakal lebur dalam sekelip mata dek badai yang melanda?
𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐈𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐑𝐔 | 𝐂 by Ninqistina
Ninqistina
  • WpView
    Reads 80,756
  • WpVote
    Votes 2,951
  • WpPart
    Parts 78
'𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹 𝒶𝓁ℴ𝓃ℯ' Aᴅʀɪᴛʜ Dᴢᴜʟᴋᴀʀɴᴀɪɴ × Zᴀʟʟɪᴇsʏᴀ Rɪᴇʜᴀɴᴀ Adrith Dzulkarnain, seorang jejaka yang ceria berpangkat mejar dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Zalliesya Riehana, seorang gadis dingin berpangkat leftenan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Dua insan yang mempertahankan negara, namun dipertemukan secara tidak diduga di rumah Puan Rosmah. "Siapa laki tu?" - Zalliesya "Cucu angkat yang Nek kata haritu. Adrith Dzulkarnain namanya." - Puan Rosmah Pertemuan singkat itu cukup untuk membuatkan hati Adrith terusik, seolah-olah jatuh cinta pada pandangan pertama. Namun bagi Zalliesya, kehadiran Adrith hanya menimbulkan rasa rimas buatnya. Disangka pertemuan itu yang pertama dan terakhir tetapi takdir mempermainkan mereka. Adrith dan Zalliesya diarahkan bekerjasama dalam satu misi berbahaya-menangkap lanun jahat yang mengancam perairan negara. "By the way kan weh! Aku dengar cerita yang kita akan bekerjasama dengan tudm untuk tangkap lanun tu." -Eizanis "Aku pun dengar benda yang sama. Betul ke?" -Aieman Misi selesai, namun segalanya berubah apabila Asyraaf, sahabat baik mereka, melamar Zalliesya secara mengejut. Dan tidak lama selepas itu, Asyraaf disahkan meninggal dunia akibat kanser yang selama ini dirahsiakan sehingga kes pembunuhan yang dijangka punca kematian tersebut. Salah faham mula tercipta. Dalam kesedihan dan amarah, Zalliesya menuduh Adrith sebagai punca kematian sahabatnya itu kerana dia tahu yang dalam pada masa yang sama, Adrith juga suka akan dirinya. Cinta yang sepatutnya diputik bertukar menjadi kebencian, dan kebencian itu menyalakan api dendam. Zalliesya nekad-perkahwinan bukan lagi tentang cinta, tetapi balasan atas sebuah kehilangan. "Assalamualaikum Hana. Abang datang ni." -Adrith. "Kau jangan bermimpi yang aku akan balas cinta kau. Aku kahwin dengan kau untuk balas dendam ja." -Zalliesya Start: 2 November 2024 End: 20 April 2025
𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐓𝐀, 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐊𝐄 𝐇𝐀𝐓𝐈  by Ntsyaqeela
Ntsyaqeela
  • WpView
    Reads 1,392
  • WpVote
    Votes 403
  • WpPart
    Parts 22
𝓡𝓪𝓲𝓺𝓪𝓵 𝓩𝓪𝓲𝓭𝓮𝓷 𝔁 𝓝𝓾𝓻 𝓕𝓪𝓻𝓱𝓪𝓷𝓷𝓪 𝓘𝓻𝓭𝓲𝓷𝓪 Siapa sangka jodohnya adalah seorang lelaki nonchalant? Nur Farhanna Irdina, seorang gadis ceria yang sentiasa bertenaga dan banyak bercakap, sering dipanggil oleh guru-guru dan rakan-rakannya sebagai "Orang yang banyak mulut". Bagi Irdina, itu bukanlah satu hinaan. Meski begitu, di sebalik tutur kata yang tak berhenti itu, keputusan akademiknya tetap mantap. Kecuali satu subjek, Bahasa Inggeris. Setiap kali menghadapi subjek itu, Irdina tidak pernah berjaya mencapai keputusan yang memuaskan. Segalanya berubah apabila dia berjumpa dengan jejaka idamannya, Raiqal. Raiqal Zaiden. Lelaki yang terkenal dengan sifatnya yang nonchalant dan suka bersendirian. Dia kurang selesa dengan tempat yang bising dan terbuka. Ironinya, dia adalah rakan sekelas dan juga jiran selang satu rumah dengan Irdina. Pertemuan dan perjalanan mereka terasa begitu sempurna, seolah-olah takdir telah menulisnya. "Can I pursue you?" tanya Irdina. "Confident enough to go after me, huh?" balas Raiqal dengan nada tenang. Namun begitu, Irdina tidak pernah putus asa. Dia terus berusaha untuk menawan hati lelaki itu. Kerjanya sedikit lebih mudah kerana Raiqal sudi menolongnya memperbaiki keputusan dalam Bahasa Inggeris. "Awak! Saya pertama kali dapat keputusan Bahasa Inggeris yang cemerlang!" seru Irdina gembira. "Congrats. Teruskan usaha," balas Raiqal ringkas. "Awak bagi kata itu? Tak ada ke 'usaha tangkapkan hati Encik nonchalant'?" tanya Irdina dengan nada berseloroh. "Berangan," jawab Raiqal seakan menepis gurauannya. "Wlee! Biarlah!" balas Irdina sambil mencebik. ୨୧ Adakah Irdina mampu bertahan untuk menawan hati Raiqal Zaiden? Atau.. Adakah dia berjaya membuka hati lelaki yang seakan beku itu? All Rights Reserved @Ntsyaqeela || 𝐎𝐍 𝐆𝐎𝐈𝐍𝐆 ||
Dear Mr Mafia  by Fiya_san
Fiya_san
  • WpView
    Reads 169,488
  • WpVote
    Votes 7,758
  • WpPart
    Parts 33
2nd Heartbeat series. Warda Risteena hanyalah seorang gadis yang asyik dipatahkan hati beberapa kali oleh seorang lelaki. Takdir menemukan Warda Risteena dengan seorang lelaki misteri yang asyik menyelamatkannya seperti superhero. Hidupnya berubah apabila dia digelar sebagai QUEEN kepada seorang ketua mafia iaitu Izz Rafiqi Xavier yang terkenal dengan gelaran KING. "Kahwin dengan awak? Nak nak!" -WARDA RISTEENA "Awak ting-tong?"- IZZ RAFIQI TW: • Banyak perkataan mencarut. • Cerita hanya lah rekaan semata-mata dan untuk suka-suka. Tak ada niat untuk dijadikan buku fizikal so please chill yourself. [Highest Ranking] #2 in Kill -23/12/19 #1 in Humor -26/4/2021 #2 in Bahasa Melayu -21/7/2021 #1 in Bahasa Melayu -31/7/2021 • cover by PutraRize_ [©FiyaSan Creation] Start:19 JULY 2019 End:(?)
[OG] Khayla's Ethereal Savior  by theFallera
theFallera
  • WpView
    Reads 11,021
  • WpVote
    Votes 941
  • WpPart
    Parts 22
[STAND ALONE] 「 ✦ KHAYLA RIVIENNA ✦ ZEFRAN KYLE ALEXANDRE ✦ 」 Khayla, seorang gadis kota yang hidup dalam kemewahan, dipaksa untuk meninggalkan rumah setelah ayahnya, Khalid, yang kejam dan tamakkan harta, mengusirnya bersama ibunya, Kamelia. Dalam perjalanan hidup baru mereka, mereka pindah ke sebuah kampung yang jauh dari keselesaan kota. Khayla yang terbiasa hidup mewah, menghadapi kesulitan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung. Hubungan dengan ibunya pun tidak seindah yang orang sangka, kerana Kamelia sering kali melupakan Khayla dan lebih fokus pada hubungan rumah tangga mereka yang hampir hancur dan menguruskan perniagaannya. ❝ Can you tell me? Kita dekat mana sekarang? Ni rumah siapa mommy? Are we going to live here...forever? ❞ -Khayla Rivienna. Di kampung, Khayla bertemu Semat, seorang petani yang awalnya dia benci. Namun, kerana terdesak untuk mencari wang, dia mula bekerja dengan Semat, yang akhirnya menjadi satu-satunya kawan yang dia ada. ❝ Mana ada orang pergi berkebun pakai heels, bengap. ❞-Semat. Rupa-rupanya, kehidupan di kampung tidaklah seteruk yang dia jangkakan. Dia suka kerana hati menjadi lebih tenang dan seronok. Namun, kebahagiaan itu tidak kekal lama. Semuanya berubah sekelip mata saat satu kejadian tragis terjadi. ❝ Mommy teringin nak rasa nasi goreng pattaya khayla, boleh? ❞-Kamelia Vivienna. Khaya terkedu. Ujian itu seakan-akan ada batu besar yang menghempap dirinya. Dunia juga seakan berhenti berputar. Khayla sangkakan dia dapat hidup dengan gembira bersama orang yang tersayang namun takdir berkata lain. Dan lebih menyakitkan, sehari selepas kisah hitam dirinya itu terjadi, dia dapat tahu satu kenyataan yang menambah remuk di dalam hati. ❝ Ikut Daddy balik, now! ❞ -Tuan Khalid Azri. Khayla bagaikan tiada arah tuju. Dia tidak mahu pulang ke kehidupan yang menyakitkan itu tetapi hatinya terlampau hancur oleh rasa kehilangan dan kekecewaan. Jadi akhirnya dia akur. ❝ Welcome
SECEBIS BAHAGIA | Slow update. by missraisha_
missraisha_
  • WpView
    Reads 11,038
  • WpVote
    Votes 1,079
  • WpPart
    Parts 18
"Sesal biar separuh nyawa takkan hilang..." Tengku Areena Rasila dibesarkan di dalam keluarga yang sedikit kucar kacir. Masa kecilnya tidak seindah orang lain. Trauma? sangat. Mengapa? kerana, dia adalah anak hasil daripada perjodohan kedua orang tua si bapa Tengku Ukail Ashraf. 12 tahun lalu, si bapa pernah membencinya sepenuh hati sehingga dia dilayan tidak ubah seperti kucing kurap yang tiada maruah. Kini, si bapa sesal separuh nyawa kerana, anak yang dia benci adalah hasil daripada seorang wanita yang dia nafikan cinta. "Tuan tak perlu bersusah payah untuk saya. Saya tahu nak cari duit macam mana." - TENGKU AREENA RASILA. START : 25.02.2026 END:
𝐆𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 | 𝐂 (REVAMP) by Ninqistina
Ninqistina
  • WpView
    Reads 68,154
  • WpVote
    Votes 3,118
  • WpPart
    Parts 34
•𝒮ℯ𝓇𝒾ℯ𝓈 𝒪𝓃ℯ• ᵖʳᵉᵠᵘᵉˡ ᶜᵉⁿᵈᵃⁿᵃ ᵃʳⁱˢˢᵃ ᵐⁱˡⁱᵏ ⁿᵃᵘᶠᵃˡˡ ⁱʳᶠᵃᵉˡˡ & ᶜᵉᵒ'ˢ ʰⁱˢ ᵖʳⁱⁿᶜᵉˢˢ [Under N.I series] Mᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ ᴀᴅᴀᴍ ɪᴍᴀɴ × ɴᴜʀᴜʟ ɴᴀᴛᴀsʏᴀ ᴀʀᴀʟʏɴ (new version) (not edited) Satu fitnah yang tersebar menyebabkan Natasya dihalau oleh ibu kandungnya sendiri. Pertemuan tidak diduga diantara Adam dan Natasya mengundang perasaan simpati didalam hidup Adam. "Aku nak kau jadi maid sekaligus pengasuh anak aku," - Adam Iman Setelah dua bulan Natasya tinggal bersama mereka, sedar tidak sedar Adam mula jatuh hati dengan sikap dan watak Natasya. "Will you be my angel?"-Adam Iman "Err..I will," -Natasya Aralyn Mereka hidup sangat bahagia setelah bersatu. Namun kerana dendam seseorang dan juga kemunculan semula bekas isterinya, hubungan mereka berdua mula retak "Lyn ni isteri abang. Nurul Natasya Aralyn. Takkan abang lupa?"-Natasya Aralyn "Bila masa aku kahwin? Bila masa aku ada isteri?"-Adam Iman "Kalau abang tak ingat Lyn, ni dalam perut ni anak abang,"-Natasya Aralyn "Bila masa aku buat anak dengan kau ni. Kau merepek apa ni?" -Adam Iman Dan disebabkan rasa sakit hati yang melampau, Natasya melarikan diri bersama Nafique Aqasha keluar negara. Persoalannya siapa Nafique Aqasha? Dan siapa yang berdendam dengan pasangan itu? Adakah Nafique dan manusia yang berdendam dengan pasangan itu bersubahat? Apa niat jahat mereka? Kenapa Adam yang mula mula melamar Natasya tiba tiba berubah hati? Namun jodoh mereka kuat dan mereka dipertemukan semula. Mampukah hubungan mereka dijalin kembali? Atau hanya.. sebagai teman? Jawapan telah tertulis didalam 'Gadis Pinjaman Tuhan' Start: 16 December 2023 End: 30 December 2023 ⚠️ sorry if ad kesalahan ejaan/tatabahasa & typo ⚠️ storyline mmg x best tpi x pyhlah smpai nk kecam oky ⚠️ author still sch so mmg ayt akn ad yg berterabur