🤍
Истории 6
Menunggu Tanpa Suara [C] на CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Прочтений 58,108
  • WpVote
    Голосов 4,719
  • WpPart
    Частей 92
Bagi Izz Elqar, hidupnya adalah tentang pengorbanan. Sejak kecil, dia lebih mengutamakan adik-adiknya dari dirinya sendiri. Walaupun ibu bapanya sering menasihatkan tentang sikapnya itu namun tiada siapa boleh mengoyahkan pendirian Izz Elqar itu. Elqar membesar dengan melihat satu figura sebagai idola iaitu bapanya sendiri. Apabila impian menyarung beret biru PASKAU seperti bapanya menjadi realiti, Elqar berfikir hidupnya sudah lengkap. Namun, dia silap. Hatinya masih lagi terpahat dengan satu nama yang dia kenali sejak kecil lagi iaitu Puteri Maissa. Maissa bukan lagi gadis kecil yang memandangnya dengan penuh kekaguman. Bagi Maissa, Elqar hanyalah masa lampau yang perlu dipadam. Cinta Elqar dianggap tidak berasa kerana mereka masih lagi remaja ketika itu. Walaupun ditolak, Elqar tetap di situ. Dia tidak merayu, namun dia juga tidak pernah berganjak. Walaupun Maissa sudah bertemu lelaki pilihannya sendiri. Dia menunggu tanpa suara sehingga hatinya boleh melupakan gadis itu, walaupun dia tahu dia akan gagal. Sehinggalah satu tragedi hitam meragut segalanya. Saat semuanya dipertaruhkan, adakah kesetiaan Elqar akan membuahkan hasil? Atau adakah tragedi itu sebenarnya satu isyarat bahawa sudah tiba masanya Elqar berhenti menunggu dan membiarkan cintanya hilang di telan awan? "Maaf Elqar. Mai tak pernah ada hati pun dekat Elqar. Mai anggap Elqar kawan sahaja sebab kita dah kenal dari kecil." - Puteri Maissa "Tak apa Elqar faham. Elqar tak paksa Maissa, cuma tak nak diri sendiri berharap." - Izz Elqar. Published : 6 February 2026
Love, Unspoken на lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Прочтений 635,825
  • WpVote
    Голосов 31,645
  • WpPart
    Частей 45
[2nd romance] Qayl Zachary | Dian Antasya Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah. beautiful cover: @pplyoumayknow
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️ (REVAMP SOON 2026) на RosieHaydar
RosieHaydar
  • WpView
    Прочтений 1,264,602
  • WpVote
    Голосов 39,202
  • WpPart
    Частей 71
1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahun tanpa khabar, mereka bertemu kembali. Aryssa cuba melarikan diri dari lelaki itu kerana terasa jauh jurang pencapaian hidup mereka berdua. 'Jom jadi isteri aku Aara.' Satu ajakan gila dari lelaki yang dahulunya beku, tetapi kini sudah berubah 360 darjah. 'Aku rasa, kita tak boleh teruskan pertunangan ni Ad.' Terungkainya satu rahsia di sebalik kisah silam Ku Adlee Raiz dan Aara Aryssa. Membuatkan Aryssa tidak yakin akan hubungan yang bakal dibina. 💚 Ku Adlee Raiz - Green flag hero, soft spoken, manja dan clingy! 🤍 Aara Aryssa - Independent girl, soft yet strong. ***** 🌼 Konflik ringan & happy ending. Saya tak nak bebankan fikiran saya yang dah terlalu berat ini dengan konflik berat. 🌼 Mana saya tanda (MC) di tajuk bab, itu bukan medical cert ya. Tapi Mature Content. Tak lah mature sangat tapi saya hormat pembaca yang mungkin baru bersekolah ketika ini? Hahaha! 🌼 Ampunkan saya kalau banyak ralat tatabahasa. Mungkin boleh leave komen di tepi untuk saya perbaiki? Thank you in advance! 🌼 Ini cerita pertama saya, please go easy on me! 🌼 Maafkan saya kalau cerita ni panjang sangat. Kalau bosan, sila pergi dari sini. Tapi harap tak bosan haha
ZARITH'S: HER COMMANDO [C] на sdaniella___
sdaniella___
  • WpView
    Прочтений 1,133,904
  • WpVote
    Голосов 47,056
  • WpPart
    Частей 82
Aiman Zarith x Aufyaa Imani [𓂀 ʙʟᴀᴄᴋ ᴅᴇᴍᴏɴ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ɪɪ 𓂀] ‼️WARNING‼️ - Might contain sensitive issues. Read on your own risks. Sinopsis: Aiman Zarith merupakan seorang anggota pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai VAT69. Serbuan yang dilakukan oleh pasukan yang diketuai Zarith enam tahun lalu di sebuah rumah pelacuran milik sebuah kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Venom telah menjadi titik pertemuan Zarith dan seorang gadis bersama seorang bayi perempuan. "Kau bawa anak kau ke tempat macam ni? Untuk apa? Untuk tengok aksi kau dengan jantan dalam bilik ni?" - Aiman Zarith Aufyaa Imani merupakan seorang gadis biasa yang lahir dari sebuah keluarga yang cukup harmoni. Kematian ibunya akibat kanser mengubah seorang ayah penyayang menjadi bengis, kaki pukul, kaki judi dan kaki minum. Kejadian satu malam yang mencambah kebencian dalam hati Aufyaa terhadap si ayah sehingga dia tidak lagi memerlukan sosok seorang ayah dalam hidupnya. "Aku tahu pandangan orang macam kau pada golongan lorong macam kami. Tapi kau langsung tak ada hak untuk menghina, terutama sekali anak haram yang kau sebut tu." - Aufyaa Imani Sepanjang enam tahun selepas serbuan di rumah pelacuran dan bubarnya Venom, Aufyaa menghabiskan waktunya mencari rezeki untuk menyara diri dan bayi yang dijaga. Sehinggalah takdir menemukan semula Zarith dan Aufyaa selepas enam tahun membawa haluan masing-masing. Takdir apa yang sudah tertulis untuk mereka sehingga mereka dipertemukan semula? Start: 11 MAY 2024 End: 24 MAY 2025
The Defender (C) на FaneaNeaa
FaneaNeaa
  • WpView
    Прочтений 360,444
  • WpVote
    Голосов 12,120
  • WpPart
    Частей 65
[SECOND ROGUE SERIES] READ AT YOUR OWN RISK!!!!!! "Tsk! Such a gold digger!" Jauhkan diri kau dari aku. Jangan muncul depan aku lagi. Aku tak suka perempuan macam kau ni! -Faeq Zabran- "If there were no poor, no rich. And, just because I'm poor, doesn't mean I'm a gold digger!" Bersyukurlah dilahirkan dalam dulang emas. Jangan sesekali menghina orang lain. -Syana Daifa- BERMULA: 2 FEBRUARI 2025 BERAKHIR: 24 FEBRUARI 2025 Disclaimer: Any resemblance to other stories, whether in reality or existing works, is entirely coincidental and unintentional. Do not copy my works without my permission. Plagiarism is a crime!