isabellamrlyn
[ EMBERS SERIES I ]
"May our love outlive time itself."
Kendra Madeleine Delachelle merupakan seorang pereka fesyen kepada satu jenama yang terkenal di serata dunia iaitu LA CHELLÉ. Hampir sedekat wanita itu membina empayarnya di sebalik tabir, memilih untuk membiarkan karyanya dikenali dunia tanpa perlu mempamerkan diri kepada mata dunia. Tatkala orang ramai berlumba-lumba mengejar kemasyhuran, dia lebih selesa hidup jauh dari kehidupan tersebut.
"See you when I see you, in every universe." - KENDRA MADELEINE DELACHELLE
Aaron Reeves Huntington, atau lebih dikenali sebagai AARÖN, merupakan seorang penyanyi yang namanya sentiasa menghiasi carta muzik antarabangsa. Di bawah tatapan dunia, di situlah seluruh hidupnya. Di sebalik segala kemasyhuran yang dimilikinya, dia hanyalah seorang lelaki yang sekian lama mendambakan sesuatu yang tidak dapat ditangini dengan wang, populariti mahupun kejayaan di dunia.
"Sure thing, a promise is a promise." - AARON REEVES HUNTINGTON
Seorang insan yang menghabiskan tahun-tahun hidupnya yang sepatutnya diraikan, dia memilih untuk menyembunyikan dirinya daripada tatapan dunia. Dan seorang lagi menghabiskan tahun-tahun nya di bawah tatapannya.
Namun, mampukah dua hati yang datang dari dunia yang begitu berbeza menemukan tempat untuk berpaut?