belum di baca
2 stories
Bukan Sekadar Cinta  by aneessya_
aneessya_
  • WpView
    Reads 52,462
  • WpVote
    Votes 1,669
  • WpPart
    Parts 34
Hani Adreana, seorang perempuan yang terperangkap dalam belitan takdir yang merobek hatinya. Dikhianati oleh tunang yang sangat dicintai sepenuh hati. Kerana terluka, perpisahan diminta. Setelah putus tunang dengan Reza Ahadiat, dia memilih untuk menjauh dari keluarga Reza. Takdir mempertemukan Hani kembali dengan Raid Akashah, abang kepada Reza. " It's been a long time since we met. How are you?" - RAID AKASHAH. " I'm fine." - HANI ADREANA. Pertemuan demi pertemuan telah merapatkan dua insan. Tugas Hani sebagai arkitek yang perlu berurusan dengan Raid kerana satu projek, menambahkan lagi kemesraan antara mereka berdua. Hajat orang tua Raid yang tidak berkesampaian sebelum ini cuba digapai kembali. " Kenapa saya? Bukan ke awak dah ada pilihan hati? Atau pun sebab aunty?"- HANI ADREANA " Pilihan hati saya adalah pilihan hati mummy juga."- RAID AKASHAH. Kehadiran Reza pula yang sering menganggu Hani membuatkan Hani tergugat. " Awak hanya milik saya seorang , Hani. Saya tak kan biarkan sesiapa pun dapat awak kecuali saya!"- REZA AHADIAT. Antara Raid dan Reza, yang manakah lebih layak memiliki Hani? Orang kata cinta pertama itu keramat, adakah ianya akan membuatkan Hani memilih Reza kembali atau pun Raid yang akan menjadi cinta terakhirnya? Status: Still ongoing. How many chapter: Mungkin hanya 30++ bab nii
Pikat Hati Dr Jerk ✓ by aprilhann___
aprilhann___
  • WpView
    Reads 1,132,455
  • WpVote
    Votes 37,448
  • WpPart
    Parts 45
Detik pertama mata Una melekat pada wajah kacak Rees. Hati Una sudah terpaut. Tanpa ragu, Una dah letak nama Rees di tempat paling tinggi dalam carta hatinya. Una yakin cuma Rees Aiden yang dia mahukan. Justeru, Una mula mengejar sekeping hati milik Rees . Tanpa lelah! "Kalaulah kan abang Rees diberikan satu hajat untuk ditunaikan. Abang Rees nak buat hajat apa?" "Kalau Una kan. Una nak minta hajat supaya abang Rees suka Una balik pastu kita kahwin. Then live happily ever after"- Una Itu hajat seorang Husna Nashwa di saat umurnya 16 tahun. Dan ini pula jawapan Rees... "Hajat aku pula, aku nak minta supaya hajat kau dibatalkan" Bertahun Una mengejar Rees tapi hati Rees tetap kalis dengan cinta Una. Una mula buntu sehinggalah Rees terpaksa menikahinya atas desakan mama Sara. Una bahagia. Rees terseksa. "Aku dah kahwin dengan budak macam kau pun dah satu jenis penyeksaan bagi aku. Duduk sebumbung dengan kau?Huh! Bertambah-tambah lah seksaan aku" Una nekad nak tundukkan Rees. Tapi bila Una bertukar jadi makhluk tuhan paling sexy. Rees pun ikut sama bertukar jadi makhluk tuhan paling beku. Bila Una menggoda persis ulat bulu naik daun, Rees naik tarafkan Una jadi ulat beluncas. Bermacam jurus cinta Una keluarkan untuk memikat, semuanya Rees tangkis dnegan mudah. Tapi Una kan anak komando pencen. Mana boleh mengalah! Walaupun kata-kata dan layanan kasar Rees sering kali menggores hati Una. Sikit pun Una tak putus asa kerana bagi Una cuma Rees Aiden saja yang sentiasa ada di hati nya. Kata kak Raihan...'You know that you really love someone when you dont get mad at them for breaking your heart' Tapi selama mana Una dapat bertahan andai Rees berterusan menyakiti sekeping hati miliknya. Hati Una mulai lelah mengejar. "Does it hurt?" - Rees "Everytime!" - Una Akan tetapi, a wise man once said there is no remedy for love but to love more. Jadi apa pilihan mereka berdua? Apa Una akan terus mencintai atau mungkin Rees yang mulai mencintai?