macam best
10 stories
Psychopath XX by aensaari
aensaari
  • WpView
    Reads 21,480
  • WpVote
    Votes 1,345
  • WpPart
    Parts 8
Awas! Bacaan 18+. XX merupakan kromosom yang membentuk ciri-ciri wanita. Kisah bunuh-bunuh, kejam, dan pelik yang pendek ini berkaitan dengan wanita sebagai pelakunya. 100% rekaan. Read at your own risk. Want more? Don't forget to vote and comment! ---------- Best Wattpad Achievement: #46 in Mystery/Thriller - 27 May 2017
Psycho (Complete) by nsrnaisyah
nsrnaisyah
  • WpView
    Reads 63,981
  • WpVote
    Votes 2,959
  • WpPart
    Parts 9
Mengisahkan tentang roommate yang psycho
CINTA DUA ALAM by Rahmadan950
Rahmadan950
  • WpView
    Reads 19
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 7
SINOPSIS: CINTA DUA ALAM "Apabila takdir tersilap langkah, cinta menjadi penjara yang mematikan." Faris, seorang pemuda yang mula kehilangan arah dalam realiti, menemui pelarian di pinggir sebuah hutan tebal. Di sana, di atas sebuah bangku kayu usang, dia bertemu dengan Laila-seorang gadis jelita yang sentiasa anggun dalam persalinan tradisional hitam yang mempesona. Kelembutan Laila dan misteri yang menyelubunginya membuatkan Faris jatuh hati tanpa sedar bahawa dia sedang bercinta dengan sesuatu yang tidak lagi bernyawa. Hubungan mereka bukan sekadar pertemuan biasa. Faris semakin hanyut, mengabaikan dunia nyata, kerjaya, dan keluarganya demi mengejar bayang Laila di waktu malam. Namun, setiap kemanisan ada harganya. Tubuh Faris semakin cengkung, tenaganya disedut perlahan oleh entiti yang tidak mempunyai tempat di alam nyata. Aki Samad, seorang tua yang mengetahui rahsia hutan tersebut, memberikan amaran keras: "Dia bukan dari alam kita. Berhenti sebelum kau sendiri menjadi sebahagian daripada kegelapan itu."
PELARIS : 2 (TELAH  TERBIT) by MuhammadFatrim
MuhammadFatrim
  • WpView
    Reads 687
  • WpVote
    Votes 19
  • WpPart
    Parts 21
ROS menukar identitinya menjadi ROSSA selepas satu peristiwa. Tinggal bersama Kak Ruby yang bekerja di Kelab Angel terkenal membuatkan Ros mengenali pelaris kecantikan yang digunakan oleh pekerja kelab untuk mendapat banyak wang dan kemahsyuran. Akibat terpengaruh, Ros turut memasang pelaris tersebut demi pekerjaaannya. Dia mendapat banyak manfaat termasuk mendapatkan Haris, lelaki yang disukainya tapi malang Haris dirampas seorang artis terkenal yang memakai pelaris lebih hebat daripadanya. Ros terdesak memakai pelaris patung emas paling berkuasa untuk merampas kembali segalanya. Tapi harganya mahal malah ritual dan pantang larangnya juga berat hingga boleh membawa maut! Pelaris patung emas akan ditanam di dahi pemakainya secara ghaib dan perlu mengorbankan sesuatu yang berharga. Apakah Ros sanggup berkorban? Dan adakah pelaris patung emas itu akan menunaikan segala impian Ros? Atau sebaliknya.... (EBOOK PELARIS:2 BACAAN PENUH (RM10) BOLEH DIBELI DENGAN MENGHUBUNGI (0199259523) PENULIS)
💀 Sereberum by aensaari
aensaari
  • WpView
    Reads 2,161
  • WpVote
    Votes 309
  • WpPart
    Parts 4
Slow update! ---------- Serene, seorang gadis yang dingin, dibesarkan oleh ibu dan bapa tirinya tanpa mengenal erti kasih sayang dan perhubungan. Suatu hari, selepas dia menerima berita yang bakal merubah segala-galanya, tiba-tiba sahaja dia bangkit dari tidur di dalam satu bilik yang asing. Bilik itu gelap tanpa tingkap dan dikunci dari luar. Kemudian, dia menemui seorang lelaki yang berusia di awal 20-an berada di bilik yang sama. Penculik yang hanya dikenali sebagai 'dia' merupakan pembunuh bersiri yang mengerat kepala mangsa dan menjadikan otak sebagai trofi. Di bilik itu, kedua-duanya berkongsi sejarah hitam mereka dan merancang untuk melarikan diri. Dalam masa yang sama, kisah Dr. Aswad yang popular dengan gelaran Dr. Ward menambah rencah cerita ini. Dapatkah mereka melarikan diri tanpa menjadi mangsa 'dia' yang seterusnya. Dan apa kaitannya kisah ini dengan Dr. Ward? Ps: Kalau nak share, guna hashtag #novelsereberum okay? Thank you! ---------- Best Wattpad Achievement:
Jan by Misslyz
Misslyz
  • WpView
    Reads 24,353
  • WpVote
    Votes 951
  • WpPart
    Parts 14
<SHORT STORY> Di sebuah kampung terpencil, siri pembunuhan mengejutkan penduduk. Seorang demi seorang mati dengan cara misteri, tanpa saksi, tanpa petunjuk jelas. Amir Hafizan, seorang anggota polis yang baru dipindahkan ke kampung itu, tampil sebagai harapan penduduk untuk memburu pembunuh sebenar. Namun, semakin jauh siasatan berlangsung, semakin pelik semuanya. Seorang wanita kampung, Chendana, sering menjadi bahan bualan. Dia pendiam, dikata 'tak siuman', disisih, dan disakiti secara senyap oleh orang sekeliling. Setiap kali mayat dijumpai, sosok Chendana lah yang ada di tempat kejadian, dengan wajah dan pandangan kosongnya dan siasatan Hafizan semakin jauh dari cahaya tapi mungkin semua yang berlaku ini bukan kerana gila, tapi kerana cinta, dan keadilan yang disalah guna. Siapa sebenarnya pembunuh? Dan siapa sebenarnya yang patut diselamatkan?
Red Velvet Cake by Mint_Hyerin
Mint_Hyerin
  • WpView
    Reads 2,303
  • WpVote
    Votes 38
  • WpPart
    Parts 81
Lima tahun yang lalu, telah terjadi satu kes pembunuhan di kawasan Kulin. Siasatan terus dilakukan oleh pihak polis, namun hal tersebut tidak menunjukkan sebarang petunjuk atau kemajuan. Oleh itu, pihak polis terpaksa menutup kes pembunuhan tersebut. Tahun demi tahun berlalu, penemuan mayat di kawasan Haunella mula menimbulkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat. Para detektif berusaha mencari petunjuk dalam kes ini dengan pelbagai cara agar pelaku pembunuhan dapat ditangkap. Semakin lama, semakin banyak mayat ditemukan. Para detektif kemudian mengaitkan kes tersebut dengan kes pembunuhan lima tahun yang lalu. Menyedari persamaan antara kedua-dua kes itu, pihak polis memutuskan untuk membuka semula kes pembunuhan tersebut.
Vengeance: Kesumat (Bonus bab Awal) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 227
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 7
Malam itu malam yang dipenuhi jeritan yang mengerikan. Api yang marak dan garang telah meragut nyawa sebuah keluarga kecil. Thariq satu-satunya anak kecil yang terselamat namun sesuatu dalam dirinya turut mati bersama tragedi itu. Kemanusiaan. Tahun demi tahun berlalu, kini Thariq semakin membesar seiring dengan dendam kesumatnya. Tanpa amaran, siri pembunuhan mula mengoyak kesepian malam. Seorang demi seorang diseksa dan dibunuh, bagai satu rantaian pembunuhan yang terancang. Penyiasatan mula dijalankan Inspektor Munir. "Mereka jadi sasaran seseorang. Mereka diburu oleh orang yang sama. Waktu saya kenal pasti semua sasaran, semuanya dah terlewat. Hampir kesemua mereka ditemui maut dalam keadaan yang mengerikan. Saya percaya, perbuatan ganas ni bermotifkan dendam." - Inspektor Munir. Thariq masih tidak berhenti untuk melunaskan dendam kepada sasaran terakhirnya iaitu Dato Badar. Sasaran yang paling dinantikannya. Dato Badarlah punca segala kehancuran hidupnya. Namun lelaki itu kelihatan bahagia dengan keluarganya, malah mempunyai orang kepercayaan baharu, menantunya, Najmi. Bagi Najmi pula, dia kerap berasa berdebar-debar tanpa sebarang sebab. Kebelakangan ini juga, dia sering kali didatangi mimpi ngeri. Mimpi yang dahsyat sehingga dia meracau-racau dalam tidur, memaksa isterinya, Miralia mengejutkan dia ke alam jaga. Miralia sendiri terlalu bingung dengan perubahan mendadak Najmi. Keterujaan Miralia tatkala terbinanya mahligai bahagia bersama insan tercinta hanyalah sementara. Segalanya berubah setelah dia mendirikan rumah tangga. Najmi bukan lagi lelaki yang pernah dikenalinya sebelum ini. Perubahan lelaki itu menimbulkan seribu tanda tanya. Pertemuan Miralia dan Thariq sedikit demi sedikit merungkai teka-teki. Saat segalanya terbongkar, tegarkah dia meneruskan ikatan yang dibina atas dasar cinta?
THE INVITING. by KARRMILLAA
KARRMILLAA
  • WpView
    Reads 33
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 7
Drama Persahabatan. Vila Saujana di Pulau Seri Bayu sepatutnya menjadi simbol kejayaan Adam dan Sara. Sebuah mahligai putih yang dikelilingi lautan biru, jauh dari hiruk-pikuk kota. Untuk meraikan perpindahan mereka, tiga pasangan sahabat dijemput untuk hujung minggu yang penuh eksklusif. ​Namun, sebaik sahaja bot terakhir meninggalkan jeti, suasana ceria mula retak. Satu demi satu rahsia silam diseret keluar ke ruang tamu. Apabila salah seorang tetamu ditemui kaku di bilik bawah tanah dengan nota jemputan berdarah di tangan. Mereka mulai sedar bahawa Vila Saujana bukan sebuah rumah tetapi sebuah sangkar
RAKAMAN TERAKHIR by DellaLatte7
DellaLatte7
  • WpView
    Reads 40
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 12
Ariana tidak pernah menyangka satu rakaman audio yang diterimanya akan mengubah seluruh hidupnya. Rakaman itu mengandungi suara misteri yang seolah-olah mengetahui sesuatu tentang masa silamnya-sesuatu yang sepatutnya sudah lama terkubur. Apabila mesej demi mesej mula muncul, Ariana terperangkap dalam permainan psikologi yang penuh tanda tanya, ancaman, dan rahsia gelap yang berkait dengan orang terdekatnya sendiri. Setiap rakaman membawa dia lebih hampir kepada kebenaran... tetapi juga semakin dekat kepada bahaya yang sedang memerhatikannya dari dalam gelap.