RissaRalyn
- Reads 2,192
- Votes 194
- Parts 19
*****Unwanted Heart, Unbreakable Vow*****
****************
"Aku nak kau batalkan pernikahan kita."-Fateh Arsyal Zayeed
Sehari sebelum akad, itulah ayat pertama yang Fateh Arsyal Zayeed berikan kepada Nur Aralyn Arisya, perempuan yang bakal sah menjadi isterinya.
Bagi Aralyn, perkahwinan itu ialah amanah yang perlu dijaga walau hati sendiri terluka. Namun bagi Fateh, pernikahan itu hanyalah beban yang tidak pernah dia pinta. Hatinya langsung tidak rela untuk bernikah dengan gadis kampung itu.
"Kau cakap dekat atuk kau yang kau tak nak nikah dengan aku. Faham?"-Fateh Arsyal Zayeed
Tetapi apabila akad tetap berlangsung, Aralyn terpaksa menerima kenyataan bahawa dia kini hidup sebagai isteri kepada lelaki yang tidak pernah memilihnya.
"Takkan tak ada langsung sekelumit rasa belas kasihan dalam diri tuan pada saya? Saya sedar saya orang kampung. Tapi layak ke saya sebagai isteri tuan dihina sampai macam ni?"-Nur Aralyn Arisya
"Bagi aku, kau lebih hina dari anjing kurap!"-Fateh Arsyal Zayeed
Di sebalik status halal yang mengikat mereka, tersembunyi luka, kebencian, ego, dan rahsia kisah silam yang perlahan-lahan mula meruntuhkan segalanya.
Mampukah Aralyn bertahan? Adakah Fateh akan menerima 'Unwanted Bride'nya atau hidup Aralyn terus dirundung awan gelap yang tak pernah membawa bahagia. Akankah pelangi datang mewarnai hidup Aralyn?
Semua itu akan terjawab dalam...
"Fateh Arsyal's Unwanted Bride"
*************
Start : 7/4/26
End: