KARRMILLAA
Drama Persahabatan. Vila Saujana di Pulau Seri Bayu sepatutnya menjadi simbol kejayaan Adam dan Sara. Sebuah mahligai putih yang dikelilingi lautan biru, jauh dari hiruk-pikuk kota. Untuk meraikan perpindahan mereka, tiga pasangan sahabat dijemput untuk hujung minggu yang penuh eksklusif.
Namun, sebaik sahaja bot terakhir meninggalkan jeti, suasana ceria mula retak. Satu demi satu rahsia silam diseret keluar ke ruang tamu. Apabila salah seorang tetamu ditemui kaku di bilik bawah tanah dengan nota jemputan berdarah di tangan.
Mereka mulai sedar bahawa Vila Saujana bukan sebuah rumah tetapi sebuah sangkar